Penjualan 'Mercun' Umpama DiHalalkan

Setiap kali pertengahan Ramadhan hingga ke Syawal, pastinya langit dan bumi di Malaysia ini akan berdentam-dentum.

Mana tidaknya, dari mercun sekecil-kecil biji saga hinggalah mercun setanding sambutan ulangtahun kemerdekaan semakin banyak dipasaran.

Seolah-olah mercun di Malaysia telah di’halal’kan kerana ia terlalu mudah untuk didapati.

Selain dari mercun yang dijual, ada juga mercun buatan sendiri, seolah-olah mereka telah menerima ijazah sebagai pembuat bom.

Anda pergilah kemana-mana bazar Ramadhan, gerai-gerai jualan di sekitar pusat bandaraya mahupun di ceruk-ceruk kampung, pasti akan ada ‘gerai haram’ yang menjual mercun.

Pernah satu ketika, bukan sahaja penulis yang terkejut, malah imam serta seluruh jemaah surau beristighfar panjang seolah-olah kami menunaikan solat di Afghanistan apabila dentuman mercun tidak putus menggegarkan kawasan sekitar.

Tambah mengecewakan apabila ibubapa seolah-olah merelakan anak mereka membeli dan bermain mercun.

Dengan kata mudah, “raya setahun sekali je, biarlah mereka nak main..”

Memang raya setahun sekali, putus jari, pecah muka pun akan berlaku sekali dalam seumur hidup.

Dalam isu itu, beberapa pihak harus mengambil tindakan yang serius.

Kemana perginya Akta Bahan Letupan pindaan 1991 yang mengklasifikasikan mercun sebagai bahan letupan kecil?

Jarang sekali kedengaran pihak berkuasa mengambil tindakan seperti menangkap pemain-pemain mercun.

Justeru, pihak berkuasa haruslah ‘membuka mata’ bukan hanya memantau sebaliknya mengambil tindakan yang sewajarnya supaya isu penjualan mercun secara terbuka mahupun secara ‘gelap’ dapat ditangani.

Pada masa yang sama, ibubapa haruslah memantau serta prihatin terhadap setiap pergerakan dan tindakan anak-anak mereka.

Jangan sampai ratapan air mata Syawal menyelubungi keluarga anda pada Syawal nanti.

Penulis bukan ingin memburukkan mana-mana pihak, cuma sebagai peringatan supaya tragedi yang pernah menimpa pada tahun-tahun yang lalu tidak berulang lagi pada Syawal kali ini.

[kredit]

p/s: kalau rasa post ni menarik share la ye / if you like this post please share it

1 comments:

Komen anda amat dihargai. Tapi jangan komen sesuatu yang boleh menyinggung perasaan dan melanggar undang-undang. Admin tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua yang ditulis dan penulisan anda tidak mewakili pandangan Admin.

[Gambar] Spesis Ular Baru 'Man-aconda' Ditemui Di Brazil

Spesis ular buta atau nama saintifiknya Atretochoana eiselti, ditemui di dasar sungai amazon, brazil, oleh sekumpulan pakar. Namun mereka percaya spesis ini bukanlah reptilia seperti ular tetapi lebih dekat dengan keluarga spesis salamander.

p/s: kalau rasa post ni menarik share la ye / if you like this post please share it

0 comments:

Komen anda amat dihargai. Tapi jangan komen sesuatu yang boleh menyinggung perasaan dan melanggar undang-undang. Admin tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua yang ditulis dan penulisan anda tidak mewakili pandangan Admin.

Korang Tengok 5 Jenis Makanan ni Jijik Tak?

Manusia dilahirkan dengan akal fikiran yang membolehkan kita berfikir dan membezakan antara baik dan buruk juga antara bersih dan jijik.
Contohnya, seperti gambar-gambar makanan yang sangat menjijikkan di bawah.

1. Balut (Cambodia)

Telur-telur ini sengaja dibiarkan hingga embrio di dalamnya mulai wujud. Kemudian dimasukkan ke dalam air mendidih. Memakannya dengan diberi garam sedikit. Makanan ini digunakan untuk suatu upacara di daerah tempatan.

2. Black Pudding (England)

Sosej yang dimasak dengan darah, lalu membeku ketika disejukkan. Ini adalah makanan untuk sarapan pagi.

3. Baby Mice Wine (Korea)

Ini adalah minuman tradisional Korea dan China yang digunakan untuk kesihatan. Minuman ini dibuat dengan cara memasukkan hidup-hidup anak tikus yang baru lahir dan belum terbuka kelopak matanya ke dalam botol sake.

4. Scrapple (Amerika)

Inti roti ini adalah semacam agar agar yang dibuat dari bahagian tubuh babi (bibir, moncong, atau bahagian organ lain) yang dimasak sebentar lalu dituangkan dalam cetakan untuk mengeraskan

5. Surstromming (Sweden)

Ikan yang dibusukkan di dalam tin dalam jangka waktu yang lama. Mereka mengatakan bahawa baunya sangat membangkitkan selera.

[kredit]

p/s: kalau rasa post ni menarik share la ye / if you like this post please share it

2 comments:

Komen anda amat dihargai. Tapi jangan komen sesuatu yang boleh menyinggung perasaan dan melanggar undang-undang. Admin tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua yang ditulis dan penulisan anda tidak mewakili pandangan Admin.

Lelaki Maut Disambar Petir Dikepala

SEDIH...ahli keluarga menatap gambar Mohd Nazrun. Gambar kecil, Mohd Nazrun.

ENDAU: “Saya mahu kerja hari ini saja, esok tidak lagi sebab saya masih bercuti, maklumlah raya dah dekat,” itu kata-kata akhir Mohd Nazrun Othman, 27, yang maut disambar petir di rumah kongsi tempat dia bekerja, kelmarin.

Kejadian jam 7 malam itu berlaku di Ladang Sungai Merbau, Ulu Sungai Endau, dekat sini, ketika Mohd Nazrun memasang alat pengecas telefon sebelum sambungan berkenaan disambar petir lalu menyambar kepalanya.

Rakannya, Muhammad Ikhwan Muhammad, 19, yang berdiri berdekatan ketika kejadian, parah dan dihantar ke Hospital Mersing sebelum dipindahkan ke Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru. Bagaimanapun, seorang rakan mereka, Johari Mohd Sood, 41, terselamat.

Ketika ditemui di Hospital Mersing, malam kelmarin, Johari berkata, kejadian itu menyebabkan soket elektrik terbakar, manakala dinding rumah kongsi mereka pecah hingga pelbagai barangan berselerak sejurus kejadian.

“Sejurus dentuman guruh dan kilat menyambar, saya lihat dua rakan terpelanting sambil menggelupur dan mengerang kesakitan... saya tak mampu buat apa-apa ketika suara Nazrun semakin lemah kecuali bergegas mendapatkan bantuan rakan lain di ladang untuk menghantar mereka mendapatkan rawatan,”

Ketua Polis Rompin, Deputi Superintendan Johari Jahaya, berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Muadzam sebelum diserahkan kepada keluarganya untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam FELDA Selendang 1, Rompin.

Sementara itu, sumber tidak dapat menemubual ibu bapa mangsa kerana pasangan itu masih dalam keadaan terkejut dan terlalu bersedih dengan kejadian menimpa anak lelaki tunggal mereka, hanya beberapa minggu lagi umat Islam akan menyambut Aidilfitri.

“Dia sempat berkata mahu menyelesaikan kerjanya sebelum bercuti sempena Nuzul Quran. Tak sangka dia meninggalkan kami dalam suasana Ramadan ini. Kami amat terasa kehilangannya kerana dia anak lelaki tunggal daripada enam beradik dalam keluarganya,”

Ibu saudara mangsa, Mariani Omar, 30, ketika ditemui di rumahnya di Felda Selendang, Rompin berkata, perubahan sikap mangsa yang seolah-olah berat hati untuk pergi bekerja sebenarnya petanda dia meninggalkan keluarga buat selama-lamanya.

Katanya, arwah yang bekerja sebagai pemandu lori masih bercuti namun bekerja pada hari kejadian kerana mahu mengumpul lebih banyak wang menjelang Aidilfitri, namun pada masa sama berat hati meninggalkan keluarga dan dilihat termenung di depan rumah biarpun enjin motosikalnya sudah dihidupkan.

“Tak sangka rupa-rupanya perubahan itu petanda hari terakhirnya bersama kami.

Kami sangat terasa kehilangannya memandangkan dia anak lelaki tunggal dalam keluarga,” katanya.

p/s: kalau rasa post ni menarik share la ye / if you like this post please share it

0 comments:

Komen anda amat dihargai. Tapi jangan komen sesuatu yang boleh menyinggung perasaan dan melanggar undang-undang. Admin tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua yang ditulis dan penulisan anda tidak mewakili pandangan Admin.

Peluncur Degil Dibaham Jerung

SPESIES jerung yang banyak di perairan Pulau Reunion.

PULAU REUNION: Seorang peluncur berpengalaman dibaham seekor jerung di Lautan Hindi selepas dia tidak mengendahkan amaran supaya tidak meluncur pada lewat petang.

Lelaki warga Perancis itu yang dipercayai berusia 40-an cedera parah selepas dibaham pada waktu paling bahaya di kawasan yang banyak ikan jerung.

Dia meluncur di kawasan di pantai barat Pulau Reunion, pulau peranginan Perancis kelmarin apabila jerung membahamnya dua kali menyebabkan sebelah kaki dan sebelah tangannya hilang.

Rakannya mendengar dia menjerit dan melihat dia berenang ke tepi pantai walaupun cedera parah.

Mereka membantunya naik ke darat sebelum menelefon ambulans yang membawanya ke hospital.

Jurucakap pihak berkuasa pulau berkenaan, Xavier Brunetiere berkata, kecederaan peluncur itu bagaimanapun tidak mengancam nyawa dan dia kini semakin pulih.

Ikan jerung yang mempunyai testosteron paling banyak berbanding haiwan lain di dunia, gemar berenang di perairan cetek di kawasan pantai.

Serangan terbaru itu adalah yang kelapan di Pulau Reunion sejak awal 2011. Tiga daripada serangan itu membabitkan peluncur yang mati akibat kecederaan.

Alexandre Rassica, 22, mati selepas kakinya dibaham seekor ikan jerung bulan lalu dan pada September tahun lalu, pengurus sebuah sekolah meluncur dan bekas juara sukan itu, Matthieu Schiller, juga mati akibat serangan haiwan berkenaan.

Rakan mangsa berusia 32 tahun itu berkata, jerung itu mengelilingi Schiller sebelum bertindak pantas membahamnya. Ia berlaku beberapa hari selepas Datuk Bandar Saint Leu, Thierry Robert, mencetuskan bantahan di kalangan pakar ekologi apabila dia membenarkan nelayan membunuh ikan jerung yang sebelum ini menjadi haiwan dilindungi di perairan pulau itu sebagai tindak balas terhadap peningkatan serangan.

Robert bersetuju menarik balik keputusannya selepas memperoleh jaminan kerajaan bahawa tindakan akan dilakukan bagi melindungi pengunjung pantai. - DM

p/s: kalau rasa post ni menarik share la ye / if you like this post please share it

0 comments:

Komen anda amat dihargai. Tapi jangan komen sesuatu yang boleh menyinggung perasaan dan melanggar undang-undang. Admin tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua yang ditulis dan penulisan anda tidak mewakili pandangan Admin.

Samseng 969 Parah Dibelasah

ABDUL MAJID (dua dari kanan) menunjukkan kayu yang digunakan dalam pergaduhan di sebuah restoran pada sidang akhbar di Kluang semalam.

KLUANG – Polis memburu dua lelaki yang disyaki terlibat dalam pergaduhan ala gengster Hong Kong melibatkan dua kumpulan kongsi gelap hingga mengakibatkan seorang pemuda terpaksa menerima 10 jahitan di kepalanya akibat dipukul dengan pelbagai jenis senjata dalam kejadian di Taman Suria di sini kelmarin.

Kejadian pukul 11 malam itu melibatkan pergaduhan lebih 40 lelaki daripada kumpulan Kaw Lak Kaw (969) dan Jin Ngee Thong yang bersenjatakan parang panjang, rotan, kayu snuker, kayu beluti dan pisau. Pemuda yang cedera itu merupakan ahli kumpulan 969.

Difahamkan, pergaduhan tercetus apabila mangsa yang berusia 28 tahun dikatakan bukan sahaja enggan menyertai kumpulan Jin Ngee Thong, malah didakwa cuba merampas kawasan untuk melebarkan kekuasaannya.

Mangsa sebelum ini dikatakan mempunyai hubungan baik dengan kumpulan Jin Ngee Thong tetapi keengganannya menyertai mereka telah membuatkan dia dilabelkan orang yang tidak mengenang budi dan ingin melanggar kawasan.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Abdul Majid Mohd. Ali berkata, ketika kejadian mangsa dan enam rakannya sedang minum di sebuah restoran di situ sebelum dua daripadanya beredar awal. - kosmo

p/s: kalau rasa post ni menarik share la ye / if you like this post please share it

0 comments:

Komen anda amat dihargai. Tapi jangan komen sesuatu yang boleh menyinggung perasaan dan melanggar undang-undang. Admin tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua yang ditulis dan penulisan anda tidak mewakili pandangan Admin.

Robot Nasa Tiba Di Planet Marikh

MODEL kenderaan robotik Curiosity.

PASADENA, California - Kenderaan robotik, Curiosity mendarat di kawah gergasi Gale di planet Marikh semalam dalam misi meneroka permukaan planet berkenaan.

Pasukan penyelidik dan jurutera Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) bersorak kelmarin apabila kenderaan itu memasuki atmosfera planet itu.

"Kita selamat mendarat di permukaan Marikh," kata jurutera NASA, Allen Chen.

Selepas mendarat, kenderaan itu menghantar gambar dari dalam kawah tersebut di planet Marikh ke pejabat NASA.

Dijana kuasa nuklear, Curiosity yang bersaiz sebesar sebuah kereta dilengkapi pelbagai peralatan saintifik, kamera dan stesen cuaca.

Kenderaan itu turut memiliki gerudi, sebuah tangan robotik, pancaran laser, alat pengukur radiasi dan makmal kimia mini.

Curiosity akan melakukan penerokaan selama dua tahun di permukaan Marikh.

Misi tersebut antara lain bertujuan untuk memastikan sama ada Marikh memiliki bahan asas bagi menyokong kehidupan seperti karbon, nitrogen, fosforus, sulfur dan oksigen.

Pembinaan dan penghantaran Curiosity ke planet merah berkenaan menelan belanja sekitar AS$2.5 bilion (RM7.76 bilion).

Walaupun kos itu amat tinggi, beberapa penyelidik NASA memberitahu, perbelanjaan besar tersebut berbaloi sekiranya Curiosity dapat melakukan pelbagai penemuan saintifik.

Kenderaan tersebut dihantar ke Marikh dengan menggunakan sebuah roket yang mengambil masa perjalanan lebih lapan bulan sejauh 566 juta kilometer (km). - Agensi

p/s: kalau rasa post ni menarik share la ye / if you like this post please share it

0 comments:

Komen anda amat dihargai. Tapi jangan komen sesuatu yang boleh menyinggung perasaan dan melanggar undang-undang. Admin tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua yang ditulis dan penulisan anda tidak mewakili pandangan Admin.

Hantu Dalam Pesawat AirAsia Punca Lelaki Terjun

CHONG kini masih dirawat di Hospital Miri.

MIRI – Lelaki yang terjun dari pesawat AirAsia malam Jumaat lalu mendakwa dia terlihat kelibat bayangan ‘hantu’ dalam pesawat tersebut sebelum nekad meninggalkan teman wanitanya dan terjun ke atas landasan Lapangan Terbang Miri di sini.

Lelaki tersebut yang dikenali sebagai Chong, 24, mendakwa, kehadiran bayangan ‘hantu’ yang mengganggunya itu menyebabkan dia ketakutan dan mengambil keputusan bertindak keluar dari pesawat berkenaan.

Menurut lelaki itu, tanpa mempedulikan keselamatan dirinya, dia terus membuka pintu kecemasan disebabkan permintaannya untuk turun daripada penerbangan itu tidak dibenarkan oleh anak kapal bertugas.

“Semasa pesawat bersedia untuk berlepas, tiba-tiba saya ternampak kelibat makhluk aneh seakan-akan hantu hadir mengambil tempat penumpang.

“Disebabkan bimbang sesuatu tidak diingini berlaku semasa penerbangan memandangkan permintaan saya tidak dipedulikan pramugari bertugas, saya tiada pilihan lain melainkan terjun dari pesawat,” katanya ketika ditemui di Hospital Miri di sini semalam.

Menceritakan lebih lanjut, Chong yang merupakan seorang staf AirAsia memberitahu, ketika mula memasuki pesawat, keadaan adalah tenang sebelum dia mengambil tempat duduk bersama teman wanitanya.

Bagaimanapun, ketika sedang melalui lorong untuk mencari tempat duduknya, tiba-tiba dia berasa sesuatu yang tidak menyenangkan lalu menoleh ke belakang pesawat sebelum melihat suatu kelibat hitam yang menakutkan di situ.

p/s: kalau rasa post ni menarik share la ye / if you like this post please share it

0 comments:

Komen anda amat dihargai. Tapi jangan komen sesuatu yang boleh menyinggung perasaan dan melanggar undang-undang. Admin tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua yang ditulis dan penulisan anda tidak mewakili pandangan Admin.

[Gambar] Kereta Polis yang Super Cool

Koleksi gambar kereta polis dari beberapa buah negara maju.. power tu kereta diorang agak susah nak lari dari diorang macam ni..

[sumber]

p/s: kalau rasa post ni menarik share la ye / if you like this post please share it

2 comments:

Komen anda amat dihargai. Tapi jangan komen sesuatu yang boleh menyinggung perasaan dan melanggar undang-undang. Admin tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua yang ditulis dan penulisan anda tidak mewakili pandangan Admin.

Sebab Apa Orang Kurang Tengok Olimpik Kali ni

Korang tengok sukan olimpik kali ni tak kat tv, admin tengok gak satu dua acara sukan tu.. tapi lepas tengok acara angkat berat wanita ni.. rasanya admin dah tak nak tengok lagi kot.. nape, tolong skrol ke bawah..

Warghhhhh... aku nak angkat ni.. jaga.. jaga..

Hu..hu..hu... boleh ke ni.. boleh ke ni..

Yarghhhhh... dah naik separuh dah ni... aku mesti boleh..

Yessss... berjaya..

Fffuuuhhhhh... bulu ketiak tak potong... FAILLLL..

** Sebab ni la ada orang takut nak tengok acara angkat berat (wanita) kat olimpik kali ni... apesal banyak kes bulu ketiak tak trim kat olimpik kali ni ye...

video kejadian tersebut.. jgn muntah ye..

p/s: kalau rasa post ni menarik share la ye / if you like this post please share it

0 comments:

Komen anda amat dihargai. Tapi jangan komen sesuatu yang boleh menyinggung perasaan dan melanggar undang-undang. Admin tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua yang ditulis dan penulisan anda tidak mewakili pandangan Admin.

Gaji Pemain Bolasepak Tertinggi Di Dunia

Pemain Sweden, Zlatan Ibrahimovic melakar sejarah menjadi pemain bola sepak yang memperoleh pendapatan tertinggi di dunia apabila kelab mewah Perancis, Paris St. Germain (PSG) bersetuju untuk membayar gaji £220,000 (RM1,084,277) seminggu, musim depan.

Pemain berusia 30 tahun itu melengkapkan perpindahan berjumlah £18 juta (RM88 juta) dari AC Milan ke PSG.

Bagaimanapun, jumlah itu akan meningkat kepada £11.4 juta (RM56.19 juta) setahun sekiranya beliau berjaya mencapai sasaran kelab tersebut.

“Saya akhirnya di Paris. Impian saya untuk bermain bersama PSG menjadi realiti.

“Bagi saya, perpindahan ini merupakan satu langkah besar dalam karier saya, kerana bermain dengan PSG adalah perkara yang luar biasa.

“Jadi, saya gembira menjadi sebahagian bersama keluarga PSG. Dan saya berjanji akan memainkan peranan dalam menaikkan imej kelab ini nanti,” kata Ibrahimovic.

Tambah Ibrahimovic, “memang benar bahawa saya tidak mengetahui tentang Liga Perancis tetapi saya yakin mampu beraksi dengan baik.”

PSG yang dimiliki oleh jutawan Qatar, bersedia untuk memperkukuhkan skuad seperti usaha yang dilakukan oleh kelab mewah England, Manchester City, sekali gus memburu gelaran pertama Liga Perancis sejak kali pertama melakukannya pada tahun 1994.

Sementara itu, pengarah sukan PSG, Leonardo berkata, mereka gembira apabila akhirnya berjaya membawa seorang pemain yang berkaliber dalam kelab itu.

“Ini adalah tahun yang besar untuk PSG. Ini kerana seorang pemain yang berkaliber telah datang ke Paris.

“Dan saya yakin, Ibrahimovic mampu membantu kami dan merealisasikan PSG untuk memburu gelaran pertama Liga Perancis nanti,” kata Leonardo.

p/s: kalau rasa post ni menarik share la ye / if you like this post please share it

0 comments:

Komen anda amat dihargai. Tapi jangan komen sesuatu yang boleh menyinggung perasaan dan melanggar undang-undang. Admin tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua yang ditulis dan penulisan anda tidak mewakili pandangan Admin.

Imam Muda Jabar Muncul Juara IM3

KUALA LUMPUR: Selepas sembilan minggu menghadapi cabaran sengit, program realiti pencarian imam terbitan Astro Oasis, Imam Muda musim tiga (IM3) menobatkan Imam Muda Jabar selaku juara mengalahkan dua lagi pencabarnya, Imam Muda Hafiz dan Imam Muda Naufal.

Imam Muda Jabar, Abdul Jabbar Mohammed Kahar, 28

Keputusan itu diumumkan Mudir IM3, Datuk Hassan Mahmud Al Hafiz, malam tadi. Dengan kemenangan itu, Imam Muda Jabar atau nama sebenarnya Abdul Jabbar Mohammed Kahar, 28, membawa pulang wang tunai RM100,000 serta trofi sumbangan Astro. Peserta berasal dari Selangor itu memiliki kelulusan Sarjana Fiqh dari Al Madinah International University dan Sarjana Muda Syariah serta Pengajian Islam dari Universiti Islam Madinah. Dia kini berkhidmat sebagai penolong pensyarah dan sudah berkahwin. Naib juara pula menjadi milik Imam Muda Hafiz atau Mohammad Hafiz Abdul Khodir, 27, yang meraih wang tunai RM35,000 sumbangan Astro dan RM15,000 sumbangan Bank Islam.

Peserta termuda IM3, Imam Muda Naufal atau nama Abdul Rahman Naufal Mohd Hatta, 21 yang menduduki tempat ketiga pula menang wang tunai RM15,000 sumbangan Astro dan RM10,000 sumbangan Bank Islam. Hafiz yang kini berkhidmat sebagai imam masjid berkelulusan Sarjana Fiqh dan Usul Fiqh dari Universiti Malaya serta Sarjana Muda Syariah Fiqh dan Usul Fiqh dari Universiti Mu’tah, Jordan.

Naufal pula masih mengikuti pengajian peringkat Sarjana Muda Sains Aktuari dan Pengurusan Risiko dari Universiti Sains Islam Malaysia.

Kemuncak IM3 diadakan di Dewan Jubli, Pusat Penilaian Negara (Inspens), Bangi dan siaran rakaman itu disiarkan di Astro Oasis (Saluran 106) dan Mustika HD (Saluran 134), malam tadi. Program realiti Islamik yang diperkenalkan tiga tahun lalu mendapat liputan meluas di seluruh dunia dengan juara IM1 disandang Imam Muda Ashraf (Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan) dan juara IM2 pula dimenangi Imam Muda Hassan (Mohd Hassan Adli Yahya). - mymetro

p/s: kalau rasa post ni menarik share la ye / if you like this post please share it

0 comments:

Komen anda amat dihargai. Tapi jangan komen sesuatu yang boleh menyinggung perasaan dan melanggar undang-undang. Admin tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua yang ditulis dan penulisan anda tidak mewakili pandangan Admin.

Betul Ke Jambatan ini Menyeramkan?

Dikatakan jambatan ini merupakan jambatan yang paling seram dan panjang di dunia, kepada yang ada sakit jantung, ibu mengandung, lemah lutut, sakit kepala, gout tidak digalakkan tengok gambar di bawah ini, takut malam nanti boleh mengigau.. ini serius bukan main-main..

Ni jambatannya..

** uishhh.. terkojut den... Selamat menyambut Bulan Ramadhan..

[kredit]

p/s: kalau rasa post ni menarik share la ye / if you like this post please share it

0 comments:

Komen anda amat dihargai. Tapi jangan komen sesuatu yang boleh menyinggung perasaan dan melanggar undang-undang. Admin tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua yang ditulis dan penulisan anda tidak mewakili pandangan Admin.

Ada 6 Bulan Je lagi Nak Hidup

BEKAS aktor cilik yang pernah menjadi bintang filem Home Alone, Macaulay Culkin, dikatakan hanya mempunyai jangka hayat selama enam bulan lagi.

Menurut laporan Inquisitr, bekas kekasih aktres Mila Kunis itu menghabiskan wangnya sebanyak RM18,000 (US$ 6,000) sebulan untuk membeli pelbagai jenis ubat yang dilarang.

Malah Macaulay telah berpindah ke Manhattan untuk menyertai pesta dadah.

“Macaulay hanya mampu bergantung pada ubat-ubatan dan itu boleh membunuhnya. Dia ketagih dengan dadah jenis heroin, oxycodone, percocet dan vicodin.

“Saya lihat sendiri bagaimana dia boleh ambil semua itu dalam satu masa,” kata sumber.

Februari lalu, paparazzi merakamkan fotonya dengan keadaan kurus kering. Ia dikatakan berpunca daripada masalah tekanan perasaan yang berpanjangan sejak putus cinta dengan Mila tahun lalu.

p/s: kalau rasa post ni menarik share la ye / if you like this post please share it

0 comments:

Komen anda amat dihargai. Tapi jangan komen sesuatu yang boleh menyinggung perasaan dan melanggar undang-undang. Admin tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua yang ditulis dan penulisan anda tidak mewakili pandangan Admin.

Ally Iskandar Nak Cuti Raya Tahun ni !

Ally dan isterinya Farah Lee akan berhari raya di Kuala Terengganu selama seminggu.

SHAH ALAM: Personaliti TV3, Ally Iskandar Mohd Mardzi telah pun mengambil cuti selama seminggu bagi meraikan Hari Raya Aidilfitri selepas 10 tahun tidak berbuat demikian.

Ally, 36, berkata, sebelum berkahwin lagi dia telah menyuarakan hasrat untuk bercuti Hari Raya sekiranya dia berumah tangga bagi meraikannya bersama isteri dan keluarga.

"Selama 10 tahun saya tidak pernah mengambil cuti raya kerana bekerja pada 1 Syawal untuk program Malaysia Hari Ini (MHI). Tahun ini saya mahu peluang untuk menyambut lebaran bersama isteri tersayang," ujarnya kepada mStar Online.

Ally ditemui selepas rakaman program Mentor Raya 6 di Plaza Alam Sentral pada malam Rabu lalu.

Tambah Ally, sebelum ini dia bukan tidak pernah memohon untuk bercuti tetapi komitmen terhadap kerja telah membuatkan dia perlu berkorban untuk bertugas.

Dalam pada itu, Ally berkata, dia sangat terharu dapat menyambut bulan Ramadan pertama sebagai suami kerana Farah Lee yang sedang bercuti selama tiga bulan daripada pengajiannya di Universiti In Ha, Korea Selatan.

Ally memberitahu kesempatan itu diambil sebaik-baiknya untuk menghabiskan masa bersama selain memastikan mereka dapat berbuka puasa berdua.

"Jika dulu sebelum kahwin saya tidak pernah peduli di mana hendak berbuka tetapi selepas ada isteri ni, memang saya sentiasa ternanti-nanti untuk berbuka puasa dengannya," ujar Ally.

Sementara itu, Ally memberitahu kehadiran Farah Lee telah banyak mengajarnya untuk mengimbangi pelbagai perkara dalam hidup yang sebelum ini banyak tertumpu kepada kerjayanya sahaja.

"Saya lebih utamakan isteri saya dan jika terlalu sibuk saya akan bawa kerja balik ke rumah. Sekurang-kurangnya saya dapat bersama dia.

"Dia juga masih belajar di luar negara dan apabila dia berada di tanah air saya cuba sedaya upaya untuk membuatkan dia gembira," ujarnya.

Ally dan Farah Lee bernikah pada 20 Januari lalu dalam satu majlis pernikahan yang diadakan di Masjid Kristal, Kuala Terengganu. - mstar online

p/s: kalau rasa post ni menarik share la ye / if you like this post please share it

0 comments:

Komen anda amat dihargai. Tapi jangan komen sesuatu yang boleh menyinggung perasaan dan melanggar undang-undang. Admin tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua yang ditulis dan penulisan anda tidak mewakili pandangan Admin.

Nak Kahwin Dengan Bidadari ke..?

Ummi – Mat…,(berhenti sekejap). Kau dah besar Mat. Ummi rasa dah sampai masanya untuk kau berumahtangga dan memiliki keluarga sendiri.
Ahmad – Betul ke Ummi? Mat ok aje kalau Ummi boleh carikan calon yang sesuai…. (senyum malu)

Ummi – Haah ni gambar dan biodata A, Ummi yakin dia sangat baik orangnya
Ahmad – Nampak ok orangnya Ummi tapiiii….. dia ni gempal sikitlah Ummi

Ummi – Dah 3 bulan Ummi cari calon yang ni, B macam yang Mat sebut tu
Ahmad – Masya Allah Ummi….tapi B ni rendah orangnya lah….

Ummi – Nah ! Cuba tengok gmbar C ni, tentunya memenuhi citarasa kau Mat
Ahmad – Subhanallah….., cantik dan manis betul dia ni tapi dia gelap sikitlah Ummi..

Ummi – Kau minat tak D anak Pak Cik Min tu, cantik, putih dan badan pun slim
Ahmad – Mat nak yang macam tu lah Ummi tapi….yang lemah lembut sikit wataknya

Ummi – Tengok gambar E ni pulak, dah 4 bulan kawan Ummi tolong carikan untuk anak Ummi sayang ni
Ahmad – Mat suka macam dia lah ni Ummi tapi Mat nak yang kelulusan professional lah

Ummi - Cuba kau tengok gambar F ni, baru lulus jurutera dari Australia pulak
Ahmad – Allah Allah hebat dia ni…tapi kalau dia ada ciri berkepimpinan, Mat memang setuju

Ummi – ni pulak G, doktor muda balik Mesir & ada ciri-ciri ketua, lama dah Ummi cari
Ahmad – Masya Allah hebat, tapi dia tak hafal 30 juzuk Qur’an lah Ummi

Ummi - Maafkan Ummi Mat, Ummi tak ada masa yang banyak untuk cari calon yang sempurna macam yang kau nak
Ahmad – Kalau macam tu boleh Ummi minta tolong abah carikan pulak…

Ummi – Abang 2x, cubalah carikan calon untuk Mat, anak kita yang memilih sungguh tu.
Abah – Calon yang macam mana dia nak?

Ummi – Dia nak seorang yang putih melepak, cantik, tidak rendah, tidak tinggi, tidak gempal, watak yang lemah lembut, lulusan bidang professional, berkarismatik dan ciri terakhir, hafal 30 juzuk Qur’an.

Abah – Ok lah. Sayang pun tau, abang ni kurang sabar kan? Ayang pesan je pada Mat tu… minta dia tengok cermin puas-puas. Kalau dia betul-betul nak kahwin dengan bidadari, dia kena masuk syurga dulu….

By: Dr Zainur Rashid Zainuddin

[kredit]

p/s: kalau rasa post ni menarik share la ye / if you like this post please share it

0 comments:

Komen anda amat dihargai. Tapi jangan komen sesuatu yang boleh menyinggung perasaan dan melanggar undang-undang. Admin tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua yang ditulis dan penulisan anda tidak mewakili pandangan Admin.

Bala Ponteng Kelas

tertusuk pagar, menderita kesakitan, ponteng sekolah

Beijing: Seperti pepatah "buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat," begitulah takdir menimpa seorang pelajar yang cuba ponteng sekolah semalam.

Gara-gara ingin melarikan diri dari kelas, De fang menderita kesakitan amat sangat selepas bahunya ditembusi pagar sekolah.

De, 16, dilaporkanmelarikan diri dari kelas dan memanjat pagar sekolahnya di daerah Suixi di wilayah Anhui, tengah China.

Bagaimanapun, dia tersilap langkah dan tergelincir, menyebabkan satu daripada bilah pagar itu tercucuk bahu kanannya.

Media tempatan melaporkan, De menjerit sekuat hati untuk meminta tolong.

Dia bernasib baik kerana suaranya segera didengari pelajar lain yang bertindak pantas menghubungi pihak sekolah.

Anggota bomba kemudian dikejarkan ke sekolah unutk menyelamatkan De.

Saksi berkata, anggota bomba terpaksa mengangkat tubuh De ke udara untuk beberapa ketika sebelum mereka dapat memotong pagar berkenaan.

Dia kemudian dikejarkan ke hospital tempatan unutk menjalani pembedahan kecemasan. - DM

0 comments:

Komen anda amat dihargai. Tapi jangan komen sesuatu yang boleh menyinggung perasaan dan melanggar undang-undang. Admin tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua yang ditulis dan penulisan anda tidak mewakili pandangan Admin.

[Gambar] Confirm Vios Boleh Terbang

Hari tu dah kecoh 'Vios terbang' hinggap atas tembok batu (lagi gambar ada kat sini).. tak sangka rupanya ada lagi gambar vios lain pulak terbang naik lereng bukit tepi highway lagi..

ini kejadian baru

yang ni kejadian sebelum ni 

p/s: kalau rasa post ni menarik share la ye / if you like this post please share it

0 comments:

Komen anda amat dihargai. Tapi jangan komen sesuatu yang boleh menyinggung perasaan dan melanggar undang-undang. Admin tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua yang ditulis dan penulisan anda tidak mewakili pandangan Admin.

[Gambar] Muka Lawak Atlit Penerjun Olimpik

Masa korang tengok kat dalam tv mesti korang tak perasan macam mana sebenarnya muka atlit penerjun papan anjal ni kan.. sebab yang korang dengan juri nak tengok diorang terjun sama ke tidak dan ulang tayang gerak perlahan pun tak tunjuk muka..

Tapi tidak bagi lensa still photo kerana semua saat-saat indah dan lawak dapat dirakam dengan jayanya.. tengok gambar-gambar kat bawah ni kalau korang tak percaya..

[Gambar] Muka Lawak Penerjun Olimpik

p/s: kalau rasa post ni menarik share la ye / if you like this post please share it

0 comments:

Komen anda amat dihargai. Tapi jangan komen sesuatu yang boleh menyinggung perasaan dan melanggar undang-undang. Admin tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua yang ditulis dan penulisan anda tidak mewakili pandangan Admin.

[Gambar] Cara China Latih Atlit Emas Mereka

Gymnasium Nanning di Nanning, China, merupakan tempat dimana China melatih kanak-kanak kecil mereka untuk menjadi atlit emas yang bakal menggegar dunia sukan seperti di olimpik. Tetapi bila kita lihat method atau cara latihan yang diberikan timbul persoalan adakah itu melatih atau mendera?

Tetapi hasil dari rejim latihan ini lah yang telah membuatkan China sebagai sebuah negara yang digeruni didalam dunia sukan masa kini.

Lihatlah gambar-gambar dibawah bagaimana mereka ini berusaha menjadi juara..

Blog Ping Tool