Ciri-Ciri Isteri Derhaka Menurut Rasulullah


Kita jangan keliru, apabila wanita disebut sebagai isteri, bukanlah untuk merendahkan taraf wanita itu. Ia adalah sebagai suatu jaminan hak supaya mereka itu dipelihara, dilindungi dan dibela dengan baik oleh suami.
Seorang isteri tentulah mempunyai tugas dan tanggungjawab terhadap suami.


gambar sekadar hiasan 
Tanggungjawab ini adalah suatu perkara yang serius dan tidak boleh diabai-abaikan. Isteri yang mengabaikannya senang mendapat laknat dan dikhuatiri termasuk ke dalam kategori isteri derhaka.

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah Radhiallahu Anha bermaksud:
“Aku pernah bertanya kepada Baginda: “Siapakah orang yang paling berhak ke atas isteri ?” Baginda menjawab: “Orang yang paling berhak kepada isteri ialah suaminya”.

Kemudian aku bertanya lagi : “Dan siapakah orang yang paling berhak ke atas suami?” Baginda menjawab:” Orang yang paling berhak ke atas seorang suami ialah ibu kandungnya.”
(Riwayat Bazar dan al-Hakim)

Dalam sebuah hadis yang lain pula Baginda bersabda bermaksud:
“Sekiranya aku dibenarkan untuk memerintahkan seseorang bersujud kepada orang lain nescaya aku perintahkan seorang isteri bersujud kepada suaminya.”
(Riwayat Tirmizi dab Ibnu Hibban)

Jika ada para isteri yang tidak menunaikan tanggungjawabnya kepada suami dengan sebaik-baiknya, dan menganggap tanggungjawab terhadap suami itu hanya membebankan dan menyusahkan dirinya, maka isteri yang sedemikian itu dikhuatiri termasuk di dalam kategori isteri yang menderhaka atau nusyuz.

Apakah ciri atau tanda isteri yang derhaka itu? Ini perlu diketahui semata-mata untuk dijadikan langkah waspada agar para isteri terhindar daripadanya.

Berikut diketengahkan antara ciri atau tanda isteri derhaka:

1. Tidak mensyukuri kebaikan yang dilakukan suami

Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bermaksud:
“Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakan ahli neraka ialah wanita.

Rasullullah Sallallahu Alaihi Wasallam ditanya: “Mengapa demikian ya Rasulullah?”

Baginda menjawab: “Wanita mengkufurkan suaminya dan mangkufurkan ihsannya. Jikalau engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum merasa berpuas hati dan merasa cukup.”
(Riwayat al-Bukhari)

Dalam hadis yang lain Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda bermaksud:
“Kebanyakan ahli neraka adalah terdiri daripada kaum wanita.” Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka: “Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir ?” Baginda menjawab : “Tidak, mereka ini ialah mereka yang menggunakan lidah menyakiti hati suami dan tidak bersyukur akan nikmat yang disediakan oleh suaminya.”
(Riwayat Muslim)

Ibnu Asakir pula menyebut:
“Apabila seorang isteri berkata kepada suaminya, aku belum pun melihat atau merasa nikmat pemberian daripadamu, maka ketika itu gugurlah segala pahala amalan kebajikannya.”

2. Menyakiti hati suami

Isteri yang suka menyakiti hati suami akan menerima balasan buruk sebagaimana sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam:
” Seorang wanita menyakiti suaminya, maka isterinya yang bidadari itu berkata: Janganlah kamu menyakitinya semoga Allah mengutukmu, kerana dia (suami) itu disampingmu hanyalah sebagai orang asing yang akan berpisah denganmu menuju kami.”
(Riwayat Ibnu Majah)

3. Puasa sunat tanpa keizinan suami

Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam:
“Tidak boleh seorang isteri mengerjakan puasa sunat, jika suaminya ada dirumah, serta tidak dengan izinnya dan tidak boleh memasukkan seorang lelaki ke rumahnya dengan tidak izin suaminya.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

4. Keluar rumah tanpa izin suami

“Apabila perempuan keluar rumah, sedangkan suaminya membencinya, dia dilaknat oleh semua malaikat di langit, dan semua apa yang dilaluinya selain daripada jin dan manusia sehingga dia kembali.”
(Diriwayatkan oleh Thabarani di dalam al-Awsat)

5. Meminta cerai daripada suami
Sabda Rasulallah sallallahu Alaihi Wasallam bermaksud:
“Mana-mana isteri yang meminta suaminya menceraikannya dengan tiada sebab yang dibenarkan oleh syara haram baginya bau syurga.”
(Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)

6. Isteri yang tidak menunaikan hajat suami 

Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam:
“Apabila memanggil suami akan isterinya ke tempat tidur, tetapi ditolaknya sehingga marahlah suaminya, maka akan tidurlah wanita itu di dalam laknat malaikat sehingga ke pagi.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Demikian sebahagian daripada ciri-ciri atau tanda isteri derhaka dan balasan buruk yang akan diterima di akhirat nanti. Semoga ianya akan memberikan manfaat dan kesedaran bagi kita semua, khususnya kaum isteri.

kredit: nizarazu

0 comments:

Komen anda amat dihargai. Tapi jangan komen sesuatu yang boleh menyinggung perasaan dan melanggar undang-undang. Admin tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua yang ditulis dan penulisan anda tidak mewakili pandangan Admin.

CANTIK PRAMUGARI THAILAND NI, TAPI ?

Gambar dibawah merupakan gambar pramugari dari Thailand. Cantik, hot, mantap semua ada tapi? 
Tapi apa? 
Tapi tak boleh nak buat bini la. Sebab mereka nie sebenarnya 'LELAKI'.






p/s: kalau rasa post ni menarik share la ye / if you like this post please share it

0 comments:

Komen anda amat dihargai. Tapi jangan komen sesuatu yang boleh menyinggung perasaan dan melanggar undang-undang. Admin tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua yang ditulis dan penulisan anda tidak mewakili pandangan Admin.

Bila Wanita Bertudung Jadi Model Iklan Ubat


Sebelum ini, pernah kecoh sebentar dengan isu berkenaan iklan gel perapat yang disiarkan dengan meluas melalui media cetak dan sosial.

Iklan itu (gambar di atas), memperlihatkan modelnya siap menggigit lidah lagi berserta dengan kata-kata yang hanya sesuai antara suami dan isteri.

Itu bukan iklan yang pertama dan terakhir.

Nampaknya, trend seumpama itu  semakin menjadi-jadi apabila semakin banyak pengiklan yang berani menampilkan wanita-wanita bertudung sebagai model iklan disertakan testimoni ‘l***h’.

Bukan tidak boleh menggunakan wanita bertudung sebagai model, tetapi caranya perlulah dengan produk yang sesuai.

Bukan itu sahaja, pengiklan kini berani menggunakan  wajah wanita bertudung bersama pendapat testimoni yang tidak sesuai bagi tatapan umum.

Dengan ‘headline’ – ‘Suami Lemas Dalam Dakapan’  kisah mesra suami isteri pun didedahkan.

Si model pula seolah-olah bangga menunjukkan asetnya pada umum tanpa rasa segan silu.

Malah, si model turut berkongsi pengalaman ‘luar dan dalam kain’ bersama si suami.

“Dulu suami ejek macam nasi lemak 20 sen” …antara baris ayat yang digunakan dalam iklan berkenaan. Perlu ke ayat -ayat seperti ini? Suami pun tak guna jugak kalau sebut camtu pada isteri dia.

Itu belum mengambil kira ayat seperti kemut, bergetah dan macam-macam lagi.

Kononnya produk yang dihasilkan sangat hebat sehingga dari muka sedih , berubah kepada muka penuh ceria.

Mungkin ada lagi cara lain yang boleh digunakan oleh pengiklan untuk melariskan produk mereka.

Bagaimana jika bangsa atau penganut agama lain melihat iklan sebegini? Pasti akan timbul satu persepsi terhadap wanita bertudung.

Pada pendapat admin, menggunakan model wanita bertudung serta memberi testimoni yang berunsur lucah bukan sahaja mengaibkan diri model itu malah kepada orang Islam secara umumnya.

Justeru, pihak-pihak berkuasa yang bertanggungjawab dalam hal ini seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Kementerian Dalam Negeri serta jabatan-jabatan berkaitan perlu memantau masalah seperti ini dari terus berleluasa.

Garis panduan yang lebih ketat juga harus diwujudkan kepada mereka yang berkenaan dengan penerbitan sebegini.

Apa pendapat anda?

sumber: mynewshub

p/s: kalau rasa post ni menarik share la ye / if you like this post please share it

2 comments:

Komen anda amat dihargai. Tapi jangan komen sesuatu yang boleh menyinggung perasaan dan melanggar undang-undang. Admin tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua yang ditulis dan penulisan anda tidak mewakili pandangan Admin.

Misteri Bahan Binaan Piramid Dijawab Dalam Al-Quran


Sudah sekian lama para saintis kebingungan tentang bagaimana sebuah piramid yang merupakan salah satu binaan ajaib di dunia ini dibina. Terdapat pelbagai teori yang dikemukakan untuk mengetahui teknologi yang digunakan dalam pembinaan piramid ini kerana teknologi untuk mengangkat batu-batuan besar yang beratnya mencapai ribuan kilogram ke puncak bangunan belum memungkinkan di zamannya. Apakah rahsia di sebalik pembinaan piramid ini?


Akhbar Amerika Times edisi 1 Disember 2006, telah menyiarkan satu berita saintifik yang mengesahkan bahawa Firaun telah menggunakan tanah liat untuk membina piramid. Menurut kajian tersebut, disebutkan bahawa batu yang digunakan untuk membuat piramid adalah dari tanah liat yang dipanaskan sehingga membentuk batuan keras yang sukar dibezakan dengan batu asalnya.

Al-Quran Telahpun Mempunyai Jawapan
Jika dikaji lebih mendalam, ternyata Al-Quran telah mendedahkan perkara ini 1400 tahun sebelum kajian saintifik dijalankan. Perhatikan sebuah ayat Al Quran yang berikut:

وَقَالَ فِرْعَوْنُ يَا أَيُّهَا الْمَلَأُ مَا عَلِمْتُ لَكُمْ مِنْ إِلَهٍ غَيْرِي فَأَوْقِدْ لِي يَا هَامَانُ عَلَى الطِّينِ فَاجْعَلْ لِي صَرْحًا لَعَلِّي أَطَّلِعُ إِلَى إِلَهِ مُوسَى وَإِنِّي لَأَظُنُّهُ مِنَ الْكَاذِبِينَ

“Dan berkata Fir’aun: ‘Hai pembesar kaumku, aku tidak mengetahui Tuhan bagimu selain aku. Maka bakarlah Hai Haman untukku TANAH LIAT kemudian buatkanlah untukku bangunan yang tinggi supaya aku dapat naik melihat Tuhan Musa, dan sesungguhnya aku benar-benar yakin bahawa Dia dari orang-orang pendusta.”
(Al-Qasas: 38)

Para saintis mengatakan bahawa Firaun mahir di dalam bidang ilmu kimia dalam menguruskan tanah liat sehingga menjadi batu. Teknik yang mereka gunakan adalah sangat misteri jika dilihat dari kodifikasi nombor di batu yang mereka tinggalkan.

Profesor Gilles Hug, dan Dr. Michel Barsoum menegaskan bahawa Piramid yang paling besar di Giza, dibuat dari dua jenis batuan yang terdiri dari batu semula jadi dan batu-batu yang dibuat secara manual hasil dari olahan tanah liat.

Artikel kajian yang diterbitkan oleh majalah “Journal of the American Ceramic Society” menegaskan bahawa Firaun menggunakan tanah jenis slurry untuk membina monumen yang tinggi, termasuk piramid. Kerana tidak mungkin bagi seseorang untuk mengangkat batu berat ribuan kilogram. Sebaliknya pada dasar piramid, Firaun menggunakan batu semula jadi.

Lumpur tersebut merupakan campuran lumpur kapur yang dipanaskan dengan wap air garam dan ini akan menghasilkan wap air sehingga terbentuknya campuran tanah liat. Kemudian olahan itu dituangkan ke dalam tempat yang disediakan di dinding piramid. Ringkasnya lumpur yang sudah diadun mengikut saiz yang dikehendaki tersebut dibakar, lalu diletakkan di tempat yang sudah disediakan di dinding piramid.

Profesor Davidovits telah mengambil sampel batu piramid yang terbesar untuk dilakukan analisis dengan menggunakan mikroskop elektron terhadap batu tersebut. Hasilnya, Davidovits menegaskan bahawa batu itu diperbuat dari lumpur. Selama ini, tanpa penggunaan mikroskop elektron, ahli geologi belum mampu untuk membezakan antara batu alam dengan batu buatan manusia.

Sebelumnya, seorang saintis Belgium, Guy Demortier, telah bertahun-tahun mencari jawapan dari pembuatan batu besar di puncak-puncak piramid. Guy Demortier berkata, “Setelah bertahun-tahun melakukan penyelidikan dan kajian, sekarang barulah saya yakin bahawa piramid yang terletak di Mesir diperbuat dengan menggunakan tanah liat.”

Penemuan oleh Dr Perancis Joseph Davidovits ini adalah hasil kajian yang memakan masa kira-kira dua puluh tahun. Sebuah kajian yang begitu lama terhadap piramid Bosnia, “Piramid Matahari” dan menjelaskan bahawa batu-batunya diperbuat dari tanah liat. Ini memperkuatkan lagi bahawa kaedah ini tersebar luas di masa lalu.

Kaedah tuangan batu berasal dari tanah liat telah dikenali sejak ribuan tahun yang lalu dalam tamadun yang berbeza baik Rom ataupun Firaun.

Bukti-bukti dari kajian menunjukkan kepada kita semua bahawa bangunan bangunan raksasa, patung-patung raksasa dan tiang-tiang yang ditemui dalam tamadun canggih zaman dahulu, juga dibina dari tanah liat. Al-Quran adalah kitab pertama yang mendedahkan rahsia bangunan piramid, bukan para Ilmuwan Amerika, mahupun Perancis.

Kita tahu bahawa Nabi saw tidak pernah pergi ke Mesir dan tidak pernah melihat piramid, bahkan mungkin tidak pernah mendengar tentangnya. Kisah Firaun, terjadi sebelum masa hidupnya Nabi saw ribuan tahun yang lalu, dan tidak ada satu pun di muka bumi ini pada masa itu yang mengetahui tentang rahsia piramid. Sebelum ini, para saintis tidak pasti bahawa Firaun menggunakan tanah liat yang dipanaskan untuk membina monumen tinggi kecuali beberapa tahun kebelakangan ini.

Ajaib, 1400 tahun yang lampau, Nabi Muhammad saw, beratus tahun selepas berakhirnya Dinasti Firaun memberitahu bahawa Firaun membina monumen yang kini dikenali sebagai Piramid menggunakan tanah liat.
Kenyataan ini sangat jelas dan kuat untuk membuktikan bahawa Nabi Muhammad saw tidaklah berbicara mengikut hawa nafsunya melainkan petunjuk dari Allah swt yang menciptakan Firaun dan menenggelamkannya, dan Dia pula yang menyelamatkan nabi Musa. Dan Dia pula yang memberitahu kepada Nabi terakhir-Nya akan hakikat ilmiah ini, dan ayat ini menjadi saksi kebenaran kenabiannya di kemudian hari.

kredit: informasi dot my

p/s: kalau rasa post ni menarik share la ye / if you like this post please share it

0 comments:

Komen anda amat dihargai. Tapi jangan komen sesuatu yang boleh menyinggung perasaan dan melanggar undang-undang. Admin tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua yang ditulis dan penulisan anda tidak mewakili pandangan Admin.

[Sukan] Selangor sah tempat ketiga

Balaban cuba melepasi pemain Sabah, Radzi Mohd Hussin dalam saingan Liga Super, malam tadi.

Shah Alam: Selangor mengesahkan tempat ketiga Liga Super musim ini dan layak ke Piala AFC 2013 selepas menewaskan Sabah 3-2 pada aksi kedua terakhir liga di Stadium Shah Alam, malam tadi.

Kekalahan Sabah itu meletakkan skuad kendalian jurulatih sementara, Andrew Majanggim kekal di tangga kedua tercorot liga, sekali gus sah akan beraksi playoff untuk turun ke Liga Perdana musim depan.

Pasukan tuan rumah yang dibimbing Irfan Bakti Abu Salim selesa mendahului 2-0 pada separuh masa pertama menerusi tandukan kapten, Amri Yahyah pada minit ke-15 dan tolakan Solihin Kanasian minit ke-29. 
Penjaga gol Sabah, Syed Adney Syed Hussein terus tewas buat kali ketiga hanya dua minit selepas babak kedua bersambung menerusi bola lambungan menarik penyerang import Selangor dari Croatia, Bosko Balaban.

Sabah bagaimanapun berjaya merapatkan kedudukan menerusi Brendan Gan pada minit ke-84 dan rembatan susulan Rozaimi Abd Rahman minit ke-88 selepas sepakan penaltinya ditepis penjaga gol Selangor, Norazlan Razali.
Namun sehingga wisel penamat, Sabah gagal mendapatkan gol penyamaan.

sumber: bharian

p/s: kalau rasa post ni menarik share la ye / if you like this post please share it

0 comments:

Komen anda amat dihargai. Tapi jangan komen sesuatu yang boleh menyinggung perasaan dan melanggar undang-undang. Admin tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua yang ditulis dan penulisan anda tidak mewakili pandangan Admin.

Painless and Wordless Wednesday Photo Post #8 drivethru at maybank





p/s: kalau rasa post ni menarik share la ye / if you like this post please share it

0 comments:

Komen anda amat dihargai. Tapi jangan komen sesuatu yang boleh menyinggung perasaan dan melanggar undang-undang. Admin tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua yang ditulis dan penulisan anda tidak mewakili pandangan Admin.

Haifa Wehbe jadi mangsa pengawal sendiri


Haifa Wehbe adalah seorang penyanyi terkenal di Lebanon.

Ada satu insiden di mana ribuan peminatnya cuba menyerbu penyanyi kesayangan mereka sebaik saja selesai konsert.

Apa lagi, setelah melihat nyawa ‘bos’ mereka terancam, melurulah pengawal peribadi ke atas pentas dan menarik penyanyi ini ke dalam kereta.

Tapi tindakan salah seorang pengawal peribadinya itu mencetus kontroversi hingga menyebabkan dia dipecat oleh penyanyi seksi tersebut.

Kesalahannya?

Mungkin kerana merasakan inilah ‘peluang’ yang terbaik, dirabanya dada majikannnya itu sewaktu dalam keadaan kelam-kabut tersebut.

Tidak diketahui sama dia tidak sengaja, atau SENGAJA berbuat demikian.

Yang pasti Haifa tidak dapat menerima alasan pekerjanya itu.

Akhirnya, tak pasal-pasal kena pecat atau yang selalu Donald Trump sebut…YOU’RE FIRED!






p/s: kalau rasa post ni menarik share la ye / if you like this post please share it

0 comments:

Komen anda amat dihargai. Tapi jangan komen sesuatu yang boleh menyinggung perasaan dan melanggar undang-undang. Admin tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua yang ditulis dan penulisan anda tidak mewakili pandangan Admin.

[Wayang] KL Gangster 2


Filem prequel KL Gangster 2 dari syamsul yusof ni memang ditunggu-tunggu oleh semua peminat KL Gangster 1. Semua orang ternanti-nanti kemunculan hero-hero seperti Malik(Aaron Aziz) Jai(Adi Putra) tak ketinggalan juga hero otai kesukaan ramai Rosyam Nor.


Tapi bukan hero-hero ni semua yang aku tunggu-tunggu sebab dah tentu diorang ni hero kan.. yang aku nak tengok sapa lagi kalau bukan watak Abg Long Dil (Zizan Raja Lawak) ha nak tengok abg long dil punye karakter masa ikut Malik yang tengah kuat melanggar sume taiko kat KL tu..

perghhhh bagai kancil dikapit gajah... tapi gaya beb..


Abg Long Dil pun ada scene gaduh ye...
apsal kat KL Gangster 1 tak de kan..

Apa-apa pun jom layan dulu gambar-gambar dari scene KL Gangster2 kat bawah ni sementara nak tunggu filem dia keluar kat wayang kan...










*semua foto kredit to thehitman nazri.


0 comments:

Komen anda amat dihargai. Tapi jangan komen sesuatu yang boleh menyinggung perasaan dan melanggar undang-undang. Admin tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua yang ditulis dan penulisan anda tidak mewakili pandangan Admin.

Sebuah Blog Paling Kontroversi Pada Tahun 2012

Blog Uncleseekers Hina Sultan Johor? Pendedahan Berani Uncle Seekers. pengamal paranormal Syed Abdullah Hussein Al-Attas atau lebih dikenali sebagai Uncle Seekers berhubung penyiaran artikel dalam blognya yang dikatakan berunsur provokasi, hasutan dan mengaibkan Sultan Johor.

uncleseekers.blogspot.com


Blog Uncle Seekers kini sudah menjejak siri artikel yang ke 63 dan semua mengisahkan persoalan yang dilontarkan kembali kepada Sultan Johor, beberapa kerabat Diraja Johor dan tidak lupa juga kepimpinan tertinggi negeri dalam negeri.

Laporan polis dibuat oleh pelbagai pihak, perseorangan dan juga badan-badan NGO di Balai Polis sekitar tanah air, di sini, bagi memohon pihak berkuasa menjalankan siasatan terhadap blog uncleseekers.blogspot.com 2012 yang turut berunsur mengaibkan Tunku Mahkota Johor, pemimpin dan penjawat awam kerajaan Johor. Hasilnya uncleseekers telah ditahan pihak polis dan direman untuk membantu siasatan.

**takut admin nak baca post dalam blog uncle ni...kalau korang nak tau apa isi dia korang terjah la sendiri ye


p/s: kalau rasa post ni menarik share la ye / if you like this post please share it

0 comments:

Komen anda amat dihargai. Tapi jangan komen sesuatu yang boleh menyinggung perasaan dan melanggar undang-undang. Admin tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua yang ditulis dan penulisan anda tidak mewakili pandangan Admin.

KELEBIHAN NISFU SYAABAN


Dalam Raudatul Ulamak dan diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

أَتَدْرُونَ لِمَ سُمِّيَ شَعْبَانَ؟ قَالُوا: اللهُ وَرَسُولُهُ أَعْلَمْ. قَالَ: ِلأَنَّهُ يَتَشَعَّبُ فِيهِ خَيْرٌ كَثِيرٌ.

Yang bermaksud, Tahukah kamu kenapa bulan ini dinamakan Syaaban? Para sahabat menjawab: Allah dan RasulNya mengetahui. Baginda bersabda: Ianya dinamakan demikian kerana bercabang-cabang dan banyak kebaikan padanya.


Firman Allah,

فِيهَا يُفْرَقُ كُلُّ أَمْرٍ حَكِيمٍ.

Yang bermaksud, Pada malam yang berkat itu, dijelaskan (kepada malaikat) tiap-tiap perkara yang mengandungi hikmat serta tetap berlaku, (tidak berubah atau bertukar).
Al-Dukhaan: 4

 ‘Ikrimah dan sebahagian ulamak tafsir menjelaskan bahawa perkataan malam pada ayat ini bermaksud malam nisfu syaaban.


                                           
Di sini dinyatakan kelebihan malam nisfu Syaaban sebagaimana sabda Nabi saw,


قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إِذَا كَانَ لَيْلَةُ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ فَقُومُوا لَيْلَهَا وَصُومُوا نَهَارَهَا، فَإِنَّ اللهَ تَعَالَى يَنْزِلُ فِيهَا لِغُرُوبِ الشَّمْسِ إِلَى سَمَاءِ الدُّنْيَا فَيَقُولُ: أَلاَ مُسْـتَغْفِر فَأَغْفِر لَهُ، أَلاَ مَسْتَرْزق فَأَرْزُقهُ، أَلاَ مُبْتَلى فَأُعَافِيه، أَلاَ كَذَا، أَلاَ كَذَا حَتَّى يَطلعُ الفَجْر.

Yang bermaksud, Rasulullah saw telah bersabda: Apabila tiba malam Nisfu Syaaban maka kamu hidupkanlah malamnya dan kamu berpuasa di siang harinya, sesungguhnya Allah turun (hampir) padanya dari terbenam matahari ke langit dunia dan berfirman: Sekiranya terdapat orang yang memohon keampunan maka Aku ampunkannya, sekiranya terdapat orang yang meminta rezeki maka Aku beri rezeki kepadanya, sekiranya terdapat orang yang ditimpa bala maka Aku sejahterakannya, sekiranya begitu… sekiranya begini… sehinggalah terbitnya fajar.
(Riwayat Ibnu Majah)


                        


Sabda Rasulullah saw,

إِنَّ اللهَ عَزَّ وَجَلَّ يَنْزِلُ إِلَى سَمَاءِ الدُّنْيَا لَيْلَةَ مِنْ شَعْبَانَ فَيَغْفِرُ لأَكْثَرَ مِنْ شَعْرِ غَنَمِ بَنِى كَلْبٍ.

Yang bermaksud, Sesungguhnya Allah Azza wa Jalla turun ke langit dunia pada malam Nisfu Syaaban maka diberikannya keampunan terlebih banyak daripada bulu kambing Bani Kalb.

(Riwayat daripada Imam Ahmad, al-Tirmizi dan Ibnu Majah)



Terdapat pula dalam hadith yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a berkata: Rasulullah saw telah bersabda,

أَتَانِى جِبْرِيلُ لَيْلَةَ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ، وَقَالَ يَا مُحَمَّدٌ هَذِهِ لَيْلَةُ تُفْتَحُ فِيهَا أَبْوَابُ السَّمَاءِ وَأَبْوَابُ الرَّحْمَةِ، فَقُمْ وَصَلِّ وَارْفَعْ رَأْسَكَ وَيَدَيْكَ إِلَى السَّمَاءِ. فَقُلْتُ يَا جِبْرِيلُ مَا هَذِهِ اللَّيْلَةُ؟ فَقَالَ: هَذِهِ لَيْلَةُ تُفْتَحُ فِيهَا ثَلاَثُمائَةِ بَابٍ مِنَ الرَّحْمَةِ، فَيَغْفِرُ اللهُ تَعَالَى لِجَمِيعِ مَنْ لاَ يُشْرِكُ بِاللهِ شَيْئًا إِلاَّ مَنْ كَانَ سَاحِرًا أَوْ كَاهِنًا أَوْ مُشَاحِنًا أَوْ مُدْمِنَ خَمْرٍ أَوْ مُضِرًّا عَلَى الزِّنَا أَوْ آكِلَ الرِّبَا أَوْ عَاقَ الوَالِدَيْنِ أَوِ النَّمَّامِ أَوْ قَاطِعَ الرَّحِمِ، فَإِنَّ هَؤُلاَءِ لاَ يُغْفِرُ لَهُمْ حَتَّى يَتُوبُوا وَيَتْرُكُوا. فَخَرَجَ النَّبِيُّ عَلَيْهِ الصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ فَصَلَّى وَبَكَى فِى سُجُودِهِ وَهُوَ يَقُولُ: اَللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُبِكَ مِنْ عِقَابِكَ وَسَخَطِكَ وَلاَ أُحْصِى ثَنَاءً عَلَيْكَ أَنْتَ كَمَا أَثْنَيْتَ عَلَى نَفْسِكَ فَلَكَ الحَمْدُ حَتَّى تَرْضَى.

Yang bermaksud, Jibril a.s pernah datang kepadaku pada malam Nisfu Syaaban seraya berkata: Wahai Muhammad, inilah malam yang dibuka padanya pintu-pintu langit dan pintu-pintu rahmat. Maka bangunlah kamu, bersolatlah dan angkatlah kepala dan kedua tanganmu  ke langit. Maka aku bertanya: Wahai Jibril malam apakah ini? Maka jawabnya: Inilah malam yang dibuka padanya tiga ratus pintu rahmat, Allah mengurniakan keampunan bagi mereka yang tidak menyenyutukan sesuatu dengan Allah dan rahmat ini tidak diberikan kepada tukang sihir, tukang tenung nasib, orang yang bermarah-marahan, orang yang kekal meminum arak, orang yang berzina, orang yang makan riba, orang yang derhaka kepada ibu bapanya, tukang mengadu domba dan orang yang memutuskan silaturrahim. Maka sesungguhnya mereka itu tidak diampunkan sehingga mereka bertaubat dan meninggalkan perbuatan tersebut. Lalu Nabi saw pun keluar dan bersolat sambil menangis dalam sujudnya dan diucapkannya: Sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau daripada seksaan dan kemurkaanMu. Dan tidaklah aku dapat menghitung segala pujian kepadaMu, Engkau sebagaimana Engkau memuji diriMu sendiri maka bagiMu segala pujian sehingga Engkau redha.


Imam Syafi‘e berkata: Lima malam yang dimustajabkan doa ialah malam Jumaat, malam 2 hari raya, malam awal Rejab dan malam Nisfu Syaaban.


Daripada Saidina Umar Abdul Aziz r.a, beliau menulis kepada pegawainya di Basrah:


Bagi kamu empat malam yang istimewa dalam setahun. Pada malam tersebut Allah mengagihkan kerahmataNya sepenuhnya. Malam-malam itu ialah malam awal Rejab, malam Nisfu Syaaban, malam Idul Fitri dan malam Idul Adha.


Apabila tiba bulan Rejab, Rasaulullah saw berdoa dengan doa ini,

اَللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِى رَجَب وَشَعْبَانَ وَبَلِّغْنَا رَمَضَانَ

Justeru, pada Nisfu Syaaban kita digalakkan untuk berpuasa di siangnya serta menghidupkan malamnya dengan memperbanyakkan ibadah seperti membaca al-Quran, beristighfar dan melakukan solat sunat. Kemudian mohonlah doa supaya diampunkan segala dosa, ditutup sebarang keaiban, dimurahkan rezeki dan dimudahkan segala kesusahan.


KAIFIYYAT MEMBACA DOA MALAM NISFU SYAABAN

Membaca surah Yasin tiga kali, tiap-tiap satu kali bacaan Yasin, dibaca satu kali doa.

Bacaan pertama dengan meminta dipanjangkan umur.

Bacaan kedua dengan niat menolak bala.

Bacaan ketiga dengan niat terkaya daripada manusia.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَـيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ، اَللَّهُمَّ يَا ذَاالمَنِّ وَلاَ يَمُنُّ عَلَيْهِ يَا ذَاالجَلاَلِ وَالإِكْرَامِ، يَا ذَاالطَّوْلِ وَالإِنْعَامِ، لاَ اِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ ظَهْرَ اللاَّجِينَ وَجَارَ المُسْـتَجِيرِينَ وَمَأْمَنَ الخَائِفِينَ، اَللَّهُمَّ إِنْ كُنْتَ كَتَبْـتَنِي عِنْدَكَ فِى أُمِّ الكِتَابِ شَقِيًّا أَوْ مَحْرُومًا أَوْ مَطْرُودًا أَوْ مُقْـتَرًّا عَلَيَّ فِى الرِزْقِ فَامْحُ اللَّهُمَّ بِفَضْلِكَ شَقَاوَتِي وَحِرْمَانِي وَطَرْدِي وَاقْتِتَارِ رِزْقِي وَأَثْبِتْـنِي عِنْدَكَ فِى أُمِّ الكِتَابِ سَعِيدًا مَرْزُوقًا مُوَفِّقًا لِلْخَيْرَاتِ فَإِنَّكَ قُلْتَ وَقَوْلُكَ الحَقُّ المُنَزَّلُ عَلَى لِسَانِ نَبِيَّكَ المُرْسَلِ يَمْحُوا اللهُ مَا يَشَاءُ وَيُثَبِّتُ وَعِنْدَهُ أُمُّ الكِتَابِ اِلَهِي بِالتَّجَلِّى الأَعْظَمِ فِى لَيْلَةِ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ المُكَرَّمِ الَّتِى يُفْرَقُ فِيهَا كُلُّ أَمْرٍ حَكِيمٍ وَيُبْرَمُ، أَسْـأَلُكَ أَنْ تَكْشِفَ عَنَّا مِنَ البَلاَءِ مَا نَعْلَمُ وَمَا لاَ نَعْلَمُ وَمَا أَنَتَ بِهِ أَعْلَمُ إِنَّكَ الأَعَزُّ الأَكْرَمُ، وَصَلَّى اللهُ تَعَالَى سَـيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ.

Rujukan: Kitab al-Nafahat al-Nuraniyyah fi Fadhail al-Ayyam wa al-Layali wa al-Syuhur al-Qamariyah.
kredit: muftins.gov.my

p/s: kalau rasa post ni menarik share la ye / if you like this post please share it

0 comments:

Komen anda amat dihargai. Tapi jangan komen sesuatu yang boleh menyinggung perasaan dan melanggar undang-undang. Admin tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua yang ditulis dan penulisan anda tidak mewakili pandangan Admin.

Usop Wilcha Nak Cuti Sebulan


Namanya tidak tersenarai dalam HOT FM Krew bulan ini. namun usah gusar kerana pelawak Usop Wilcha sebenarnya bercuti panjang.

Usop berkata, dia tidak tahu bagaimana gosip kononnya digugurkan dari HOT FM Krew timbul hingga dikatakan mahu kontrak yang berbaki setahun lagi, ditamatkan.

Hakikatnya, dia memohon cuti dari konti sebelum pengurusan stesen radio popular itu membuat rombakan penyampai.

Usop berkata, keputusan bercuti sebulan itu dibuat bagi membolehkan dia memberi tumpuan kepada bidang lakonan.


” Sebelum ini, saya fikir mampu buat semua benda dalam satu masa. Dalam situasi sebenar, saya tidak larat malah cubaan bersiaran di radio disusuli bergegas ke lokasi penggambaran membuatkan saya jatuh sakit.

” Bukan salah radio mahupun produksi, cuma barangkali stamina dan fikiran saya asyik memikirkan keluarga ditambah kesihatan ibu ketika itu yang tidak menentu menyebabkan saya mudah jatuh sakit,” katanya yang baru saja selesai penggambaran  Dr K Kahwin 5, bulan lalu.

Cerita Usop, berikutan masa kerja yang panjang iaitu dari konti bersambung ke lokasi penggambaran, hampir seminggu bapa kepada cahaya mata berusia dua tahun itu demam.

Dia ditemui pada Fiesta BH di Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur,kelmarin, berkongsi cerita sedih iaitu ibu tersayang, Tom Ali Khan kembali ke rahmatullah, kira-kira tiga minggu lalu.

Pelakon Hantu Kak Limah Balik Rumah ini bersyukur  kerana HOT FM cukup memahami kecenderungannya dalam bidang lakonan.

” Sebelum rombakan penyampai dibuat, saya sudah minta cuti. Ditakdirkan pula ibu meninggal dunia, jadi selepas cuti kecemasan, bersambung pula cuti yang sudah dipohon untuk penggambaran Usop Wilcha Dalam Werewolf Dari Bangladesh.

” Bagi saya, tidak adil jika terlampau mementingkan diri tanpa memikirkan anak isteri atau rakan setugas lain. Ini kerana untuk menyiapkan sebuah filem, sekurang-kurangnya saya perlu mengambil  cuti tiga minggu,”katanya

Sumber Dari : Berita Harian

p/s: kalau rasa post ni menarik share la ye / if you like this post please share it

0 comments:

Komen anda amat dihargai. Tapi jangan komen sesuatu yang boleh menyinggung perasaan dan melanggar undang-undang. Admin tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua yang ditulis dan penulisan anda tidak mewakili pandangan Admin.

Sasha (Elite) Sah Bercerai Talak Satu

Sasha tenang selepas selesai kes penceraiannya dengan bekas suami, Salyo. - Foto MOHD AL QAYUM AZIZI

KUALA LUMPUR: Ikatan perkahwinan selama lima tahun antara bekas anggota kumpulan Elite, Sasha Saidin dan Salyo Priyanto terlerai selepas mereka sah bercerai pada Selasa.

Salyo, 37, seorang warga Indonesia melafazkan cerai dengan talak satu terhadap Sasha, 36, di Mahkamah Rendah Syariah Gombak di sini, selepas kedua-keduanya bersetuju untuk menyelesaikan kemelut rumah tangga mereka secara baik.

Lafaz dibuat dihadapan Hakim Shaiful Azli Jamaluddin pada pukul 2.55 petang dan mahkamah yang menyabitkan lafaz cerai itu sebagai sah memerintahkan Sasha untuk menjalani tempoh edah selama tiga bulan bermula hari ini.

Sasha dan Saylo dilihat menitiskan air mata sejurus lafaz cerai dibuat.

Pasangan terbabit mengambil keputusan tersebut atas alasan tiada lagi wujud kasih sayang dan persefahaman selain berhadapan dengan konflik rumah tangga yang berpanjangan.

Salyo dan Sasha yang ditemani ibunya menunggu diruang mahkamah sebelum prosiding perceraian mereka bermula. Foto MOHD AL QAYUM AZIZI

Sebelum itu, ketika ditanya Sahiful Azli mengenai alasan plaintif (Sasha) ingin memohon cerai daripada suaminya, Sasha enggan mendedahkan sebab di dalam kamar sebaliknya meminta kebenaran mahkamah untuk memberikan nota sebab-sebab penceraian kepada hakim.

Pihak plaintif dan defendan (Salyo) juga memberitahu mahkamah mereka telah berusaha menyelamatkan keadaan rumah tangga mereka dan mengambil keputusan untuk bercerai kerana ia paling sesuai buat mereka.



"Berat hati saya untuk melafazkan cerai tetapi mungkin ini adalah yang terbaik buat kami berdua dan semoga kami berdua mendapat pengajaran dan hidayah daripada keputusan ini," kata Salyo.

Dalam pada itu, mahkamah turut memerintahkan Salyo untuk membayar edah sebanyak RM300 selama tiga bulan kepada Sasha dan pihak defendan bersetuju untuk memberikan nafkah anak sebanyak RM500 sebulan.

Sasha dan Salyo yang merupakan warganegara Indonesia telah berkahwin pada tahun 2007 dan dikurniakan seorang anak iaitu Adam Aryasenna Notosoemarsono, berusia tiga tahun.

Sebelum perkahwinan itu, Sasha pernah bernikah dengan Jason Skinner atau nama Islamnya, Johan Abdullah Skinner, pada 21 Jun 2003 di Masjid Central Regent Park, London, namun mereka berpisah empat tahun kemudian.

kredit: mstar online

p/s: kalau rasa post ni menarik share la ye / if you like this post please share it

0 comments:

Komen anda amat dihargai. Tapi jangan komen sesuatu yang boleh menyinggung perasaan dan melanggar undang-undang. Admin tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua yang ditulis dan penulisan anda tidak mewakili pandangan Admin.

7 Mercu Tanda Kebanggaan Malaysia

Mercu Tanda Malaysia

Menyentuh isu struktur dan seni bina, kita tidak dapat lari daripada membicarakan mengenai tujuh perkara ajaib di dunia. Bagaimanapun, mungkin tidak ramai daripada kita yang sedar, negara kita juga mempunyai tujuh seni bina ‘ajaib’.

Mungkin terlalu jauh untuk kita bandingkan dengan tujuh keajaiban yang terkenal di dunia, tetapi sebagai sebuah negara yang masih muda, Malaysia patut berbangga kerana mempunyai struktur-struktur binaan yang menakjubkan.



Antara tujuh Mercu Tanda yang boleh dikategorikan sebagai sesuatu yang menakjubkan di negara ini ialah:


1. Menara berkembar Petronas (KLCC)


Bangunan berkembar yang menjadi salah satu daripada kebanggaan rakyat Malaysia ini memuatkan pejabat dan juga pusat membeli belah tumpuan ramai.
Kedudukan: Di tengah bandar raya Kuala Lumpur
Fakta: Bangunan ini direka bentuk oleh Ceasar Pelli, hasil ilham dari bentuk geometri Islam. Bangunan ini diperbuat daripada konkrit, besi dan kaca. Bangunan setinggi 452 meter ini merupakan bangunan kembar tertinggi di dunia dengan 88 tingkat bagi setiap bangunan. Bangunan ini disambung di tengahnya oleh sebuah jambatan.
Menakjubkan: Menara berkembar ini dilengkapi dengan 32,000 buah tingkap, 29 buah lif laju dan 10 buah tangga bergerak di setiap bangunan.


2. Putrajaya

Pusat pentadbiran kerajaan bercirikan bandar dalam taman dan bandar pintar
Kedudukan: Meliputi kawasan seluas 4,581 hektar di Prang Besar, Sepang, Selangor.
Fakta: Mula dibina pada 16 April 1995. Fasa pertama pembinaannya termasuk Pejabat Perdana Menteri siap pada tahun 2000. Pembinaan Putrajaya dijangka siap sepenuhnya dalam jangka masa 15 tahun bermula tahun pembinaanya pada 1996. Kawasan ini dibahagikan kepada dua kawasan utama iaitu kawasan pusat dan kawasan persekitaran. Kedua-dua kawasan ini dipisahkan oleh sebuah tasik besar. Kawasan pusat menempatkan pejabat-pejabat kerajaan yang dibahagikan kepada lima prisin iaitu prisin kerajaan, komersial, sivik dan kebudayaan, pembangunan bercampur dan sukan serta rekreasi. Kawasan persekitaran pula mempunyai 14 kawasan perumahan.
Menakjubkan: Apabila siap sepenuhnya, Putrajaya dijangka akan mempunyai 67,000 buah rumah di sekitarnya dengan populasi 330,000 orang.


3. Menara Kuala Lumpur


Menara keempat tertinggi dunia dan yang tertinggi di Asia Tenggara
Kedudukan: Bukit Nanas, Kuala Lumpur
Fakta: Menara Kuala Lumpur yang mengambil masa pembinaan empat tahun bermula pada 1992 ini direka bentuk khusus supaya dapat menahan kelajuan dan tekanan angin sehingga 144.5 km sejam. Berat keseluruhan menara konkrit ini ialah 100,000 tan dengan ketinggian 421 meter. Ia dibina menggunakan 45,000 meter padu konkrit kukuh dan 1,300 struktur keluli. Menara ini mempunyai 2,058 anak tangga.
Menakjubkan: Lif di bangunan ini mempunyai kelajuan sehingga 9.6 km/saat dan ia mampu sampai ke menara dalam masa kurang daripada seminit iaitu lebih kurang 54 saat.


4. KLIA

Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ini adalah antara lapangan terbang terbesar dan termaju di dunia.
Kedudukan: Kira-kira 50 kilometer di selatan Kuala Lumpur dan meliputi kawasan seluas 10,000 hektar.
Fakta: KLIA yang disiapkan dalam jangka masa yang singkat iaitu empat setengah tahun ini melibatkan 25,000 tenaga kerja dengan kos RM13.3 bilion. Lapangan terbang ini mempunyai 46 pintu jejantas aero, dua landasan tercanggih dan 106 stesen kapal terbang berbanding Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah yang mempunyai hanya 14 jejantas aero dan 44 stesen kapal terbang. Dinding bangunan KLIA bukan diperbuat daripada batu bata seperti sebelum ini, sebaliknya daripada besi geometri yang menampung kaca bagi membolehkan pemandangan dapat dilihat dari luar tanpa sebarang gangguan.
Menakjubkan: Terdapat kira-kira 1,300 kamera televisyen keselamatan di seluruh lapangan terbang ini.


5. Menara Condong Teluk Intan


Menara jam yang dibina oleh seorang kontraktor, Leong Chonn Chong pada tahun 1885 dengan tujuan asal menyimpan air.
Kedudukan: Di tengah-tengah bandar Teluk Intan, Perak.
Fakta: Bentuknya seperti sebuah pagoda. Dari luar ternampak seolah-olah menara ini adalah bangunan lapan tingkat, tetapi sebenarnya hanya terdapat tiga tingkat sahaja. Di tingkat atas sekali terletak tangki air yang boleh memuatkan 19.26 meter padu air. Ketika dibina pada tahun 1885, ia dikenali sebagai Jam Tinggi kerana memiliki sebuah jam yang masih berperanan sehingga kini. Bagaimanapun, apabila bangunan ini telah condong sedikit ke arah barat laut, ia mula dikenali sebagai Menara Condong. Bangunan ini memiliki 110 anak tangga yang menghubungkan setiap aras yang tingginya 4.6 meter. Struktur bangunan ini dibuat daripada batu dan kayu dan setiap tingkat dilengkap dengan lorong jalan kaki. Lapisan bawah bangunan ini berukuran garis pusat 12.9 meter 43 kaki dan menguncup ke atas 8.1 meter.
Menakjubkan: Kerana keunikannya, Menara Condong Teluk Intan ini juga dikenali sebagai Menara Condong kedua di dunia selepas Menara Pissa di Itali.


6. Jambatan Pulau Pinang


Sebuah jambatan yang menghubungkan tanah besar semenanjung dengan Pulau Pinang. Jambatan ini merupakan salah satu mercu tanda kebanggaan negara dan merupakan salah satu daripada jambatan yang terpanjang di Asia.
Kedudukan: Antara Pulau Pinang dan Seberang Perai.
Fakta: Hasrat untuk membina jambatan sepanjang 13.5 km ini telah mula diilhamkan sejak tahun 1971 lagi. Setelah beberapa rundingan dilakukan, jambatan yang mula dibina pada 1982 dengan kos RM850 juta ini menjadi kenyataan pada September 1987. Pembinaanya dilakukan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia. Rentang utamanya sepanjang 225 meter dibina menggunakan kaedah cable stayed girder. Lokasi tertingginya dari paras laut ialah 32 meter. Jambatan ini dibina dengan empat lorong dan dilebarkan kepada enam lorong di bahagian rentang utamanya. Jambatan ini mempunyai dua buah persimpangan bertingkat dan sebuah tol plaza.
Menakjubkan: Jambatan ini boleh menampung 100,000 kenderaan sehari


7. Bangunan Sultan Abdul Samad


Bangunan utama yang didirikan di Kuala Lumpur yang ketika itu hanya mempunyai rumah-rumah kedai yang kecil. Bangunan ini kini menempatkan Mahkamah Persekutuan Malaysia, Mahkamah Rayuan dan Bahagian Jenayah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Kedudukan: Jalan Raja, Kuala Lumpur
Fakta: Bangunan ini meliputi dua bangunan berkembar dengan ketinggian 17.1 meter dan meliputi 10,200 meter persegi. Pembinaannya mengambil sempena nama Sultan Selangor keempat iaitu Sultan Abdul Samad yang memerintah ketika itu (1859 – 1898). Bangunan ini dilengkapi dengan menara berkubah tembaga dan mempunyai menara jam setinggi 130 meter.
Menakjubkan: Sebuah kilang telah diwujudkan khusus bagi membekalkan empat juta bata merah dan juga bahan-bahan pembinaan lain seperti kayu, simen, batu kapur, tembaga dan besi untuk membina bangunan ini.

kredit: nizarazu.com

Mercu Tanda Malaysia

p/s: kalau rasa post ni menarik share la ye / if you like this post please share it

0 comments:

Komen anda amat dihargai. Tapi jangan komen sesuatu yang boleh menyinggung perasaan dan melanggar undang-undang. Admin tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua yang ditulis dan penulisan anda tidak mewakili pandangan Admin.

[Gambar] Neelofa Di Mekah Jalani Umrah


Kalau anda sebut nama Neelofa saat ini, pasti pertelingkahan dengan Anzalna Nasir muncuk di’fikiran anda semua.


Isu tersebut sudah pun selesai awal minggu lalu apabila Anzalna Nasir secara terbuka meminta maaf kepada Neelofa atas ketelanjuran kata beliau melalui akhbar Berita Harian.

Kini Neelofa sedang berada di kota suci Mekah mengerjakan umrah mengambil peluang sempena jadual lakonan beliau yang melibatkan beberapa lokasi di’sana.

Neelofa terlibat dalam penggambaran drama bersiri sebanyak 26 episod bertajuk Kau Yang Terindah yang di’arahkan oleh pengarah & penerbit popular Erma Fatima.

Berikut adalah beberapa keping gambar peribadi Neelofa ketika mengerjakan umrah saat ini yang beliau kirimkan kepada peminat melalui akaun Twitter. Enjoice!






kredit: informasi.my

p/s: kalau rasa post ni menarik share la ye / if you like this post please share it

2 comments:

Komen anda amat dihargai. Tapi jangan komen sesuatu yang boleh menyinggung perasaan dan melanggar undang-undang. Admin tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua yang ditulis dan penulisan anda tidak mewakili pandangan Admin.

Identiti Penyerang JPM ialah Khalil Afandi@Jaya Negara


Khalil Afandi?? Lelaki yang mengamuk di PutraJaya dengan membawa pedang samurai dan akhirnya maut akibat terkena tembakan polis adalah seorang blogger Jaya Negara berdasarkan maklumat dari facebook.Tulisan-tulisan dalam blognya banyak memaparkan pandangan dirinya tentang kehidupan dan ketuhanan.
Petikan berita BH ini menguatkan tanggapan gua bahawa  pemilik blog itu adalah si pelaku kejadian amuk semalam.


Suspek dikenali Khalil Afandi Abd Hamid, 47, dan seorang kenalan wanitanya, Muhdalina Ahmad, 28, mulanya ke Pondok Pengawal JPM sambil menghunus pedang sebelum dihalang anggota Polis Bantuan di situ, tetapi selepas tidak mengendahkan arahan menyerah diri, polis terpaksa melepaskan tiga das tembakan amaran. Tembakan amaran Dua daripada tembakan itu masing-masing mengenai bahagian tangan dan ari-ari suspek lelaki dan satu lagi mengenai paha kanan Muhdalina. Walaupun terkena tembakan, Khalil dikatakan mengacu pedang samurai ke leher salah seorang anggota Polis Bantuan sambil memaksa dibenarkan masuk ke pejabat kerajaan itu. - bharian

profile, jaya negara, amuk

Boleh dikatakan blog arwah agak berat dan kadangkala agak memeningkan kepala untuk dibaca. Antara post-post beliau adalah berkaitan dengan hal politik, negara, agama dan pelbagai lagi isu berat. Dan jika diteliti arwah agak ekstrem dalam penulisannya.



Almarhum pada pandangan admin adalah seorang yang mempunyai pandangan tersendiri tentang agama terutamanya Islam.

Kritikannya terhadap insan-insan ternama dalam hal ehwal islam di Malaysia memang kontroversi namun layak untuk difikirkan semua.

Jika benar dia adalah orangnya maka tulisan terakhirnya adalah berjudul  'HIDUP DAN MATI... apa yang dipertaruhkan' namun semua itu tak kan terjawab dengan pemergian arwah semalam..

**pada pendapat admin golongan yang sedikit menyasar ni patut kita selamatkan dan ajak pulang ke pangkal jalan jika boleh.

p/s: kalau rasa post ni menarik share la ye / if you like this post please share it

3 comments:

Komen anda amat dihargai. Tapi jangan komen sesuatu yang boleh menyinggung perasaan dan melanggar undang-undang. Admin tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua yang ditulis dan penulisan anda tidak mewakili pandangan Admin.

Maut Jatuh Masa Mengecat

gambar sekadar hiasan

GEORGE TOWN: Seorang lelaki warga Myanmar maut akibat terjatuh ketika sedang mengecat bangunan di Jalan Burma, di sini, Isnin.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng berkata pada kejadian 6.30 petang itu, Abdul Rahman Sultan Ahmad, 54, mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan bahunya.

“Mangsa dipercayai tergelincir dari pelantar tempatnya berdiri ketika sedang melakukan kerja mengecat dinding sebuah bangunan milik syarikat swasta berkenaan,” katanya kepada pemberita di sini Isnin.

Gan berkata mayat lelaki berstatus pelarian itu dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat dan siasatan awal mengklasifikasikan kes itu sebagai kematian mengejut. - BERNAMA

p/s: kalau rasa post ni menarik share la ye / if you like this post please share it

0 comments:

Komen anda amat dihargai. Tapi jangan komen sesuatu yang boleh menyinggung perasaan dan melanggar undang-undang. Admin tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua yang ditulis dan penulisan anda tidak mewakili pandangan Admin.

Mak Ungku, Azah Aziz Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR – Tokoh budayawan yang juga isteri kepada Profesor Diraja Ungku Aziz, Azah Aziz hari ini meninggal dunia di sini.

Azah Aziz atau nama penuhnya Sharifah Azah Mohamed Alsagoff yang juga ibu kepada Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Abdul Aziz meninggal dunia pada usia 84, lapor Utusan Malaysia.

Sementara itu UMNO Online memberitahu, Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta semua ahli-ahli Majlis Tertinggi UMNO bersama dengan seluruh warga Ibu Pejabat UMNO mengucapkan salam takziah ke atas ahli keluarga dan sanak saudara Allahyarham.

Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah ke atas allahyarham dan semoga roh beliau ditempatkan bersama orang-orang yang beriman – Al-Fatihah.



0 comments:

Komen anda amat dihargai. Tapi jangan komen sesuatu yang boleh menyinggung perasaan dan melanggar undang-undang. Admin tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua yang ditulis dan penulisan anda tidak mewakili pandangan Admin.

Blog Ping Tool