Wow, Betul ke Tiz Zaqyah dalam Video ni
Memang tak di sangka-sangka luas juga bakat aktres tanah air kita ni.. tak caya check out video kat bawah ni..
p/s: kalau rasa post ni menarik share la ye / if you like this post please share it
0 comments:
Samurai Melayu Serang Jabatan Perdana Menteri
Seorang wanita dan lelaki tiba-tiba cuba menceroboh Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri di sini sambil membawa pedang samurai!
Kekecohan bermula apabila mereka berdua kelihatan masuk di pondok pengawal keselamatan pada pukul 2.30 petang tadi.
Lelaki bertubuh sasa dan tidak berbaju itu bersama pasangannya yang berhijab hitam.
Bagi mengelak kejadian tidak diingini pasangan tersebut diminta masuk ke perkarangan bangunan.
Bagaimanapun, kedua-duanya bertindak ganas memecahkan sebuah Perodua Kancil dan dua Proton Waja di tempat letak kereta tidak jauh dari bangunan B1 yang menempatkan Biro Pengaduan Awam.
Anggota polis yang tiba di tempat kejadian cuba memujuk pasangan tersebut bagaimanapun gagal memaksa tembakan dilepaskan.
Suspek lelaki yang berseluar jeans cedera di tangan kiri, manakala pasangannya di paha kanan.
Kedua-dua dibawa ke Hospital Putrajaya untuk rawatan lanjut.
Kedua-dua suspek dikatakan memberitahu mahu menggulingkan kerajaan dan melaungkan perkataan takbir beberapa kali.
*Sementara itu TheStar Online dan NTV7 melaporkan lelaki yang dibawa mati semasa menerima rawatan di hospital..
*Sementara itu TheStar Online dan NTV7 melaporkan lelaki yang dibawa mati semasa menerima rawatan di hospital..
p/s: kalau rasa post ni menarik share la ye / if you like this post please share it
0 comments:
Terkejut Tengok ada 'Durian dalam Durian'
KOTA BHARU – Seorang peniaga durian di Kampung Jambu Merah Melor, Rosli Deraman, 40- an, terkejut selepas melihat sebiji lagi durian berada di dalam durian yang dijualnya di kampung terbabit kelmarin.
“Ini merupakan kejadian pertama, sepanjang berniaga di kawasan ini, memang pelik apabila sebiji durian yang merekah mengeluarkan durian lain bersama isi durian yang bukan seperti kebiasaannya.
Durian ini memang unik, namun ia tidak mengeluarkan buah,” katanya kepada Sinar Harian.
Kejadian terbabit turut disaksikan seorang penggemar buah terbabit, Halim Razak, 33, dan dia juga amat terkejut dengan kejadian itu.
“Saya memang penggemar durian, tetapi ini merupakan pengalaman pertama melihat durian mengeluarkan sebiji lagi durian dan bukan isinya.
“Memang agak pelik, walaupun ia tidak mempunyai buah namun keunikannya itu menjadi perhatian ramai,” katanya. - sinarharian
p/s: kalau rasa post ni menarik share la ye / if you like this post please share it
0 comments:
10 Amalan Terbalik Masyarakat Melayu
Antara amalan-amalan yang mengalami tranformasi dari keadaan asal:
1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?
“Abdullah bin Ja’far berkata: Ketika tersebar tentang berita terbunuhnya Ja’far, Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda: Hendaklah kamu menyediakan makanan untuk keluarga Ja’far, mereka telah ditimpa keadaan yang menyebukkan (kesusahan)” (Dihasankan oleh at-Turmizi dan di sahihkan oleh al-Hakim)
2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.
3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik, kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.
4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.
5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.
6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?
7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.
8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.
9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.
10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumah tangga kurang bahagia.
kredit: gempak.org
p/s: kalau rasa post ni menarik share la ye / if you like this post please share it
0 comments:
Ustaz Azhar Idrus dan Budak Skinhead
Ini ada satu kisah menarik di mana Ustaz Azhar Idrus cerita pasal beliau ditegur oleh budak Skinhead di Ampang. Di mana budak Skinhead tersebut telah bertanya soalan kepada Ustaz Azhar Idrus.. Mari kita tengok apa yang dibualkan budak skinhead bersama Ustaz Azhar Idrus tu..
p/s: kalau rasa post ni menarik share la ye / if you like this post please share it
0 comments:
JJ dan Ean Kena Gantung Daripada Radio Hitz FM ?
JJ dan Ean merupakan deejay di waktu pagi untuk stesyen radio Hitz FM. Sebentar tadi, menerusi Twitter Hitzdotfm, penggantungan JJ dan Ean daripada radio telah diumumkan. Namun punca penggantungan tidak pula diberitahu.
Ada ura-ura yang menyatakan penggantungan JJ dan Ean ini adalah kerana mereka berdua terlepas cakap di dalam salah satu slot mereka. Buat masa ini, masih banyak pihak yang tidak percaya akan berita penggantungan ini dan menganggap ianya sebahagian daripada program “Gotcha” yang sangat popular di Hitz FM.
*if betul psl segmen ni.. ada sesiapa leh agak psl yg mana satu?
p/s: kalau rasa post ni menarik share la ye / if you like this post please share it
0 comments:
7 Bilik Hotel yang Memang Pelik
Ada 7 jenis bilik hotel bajet rendah yang boleh korang pilih kat bawah ni kalau tak mampu nak sewa bilik suite ok, tapi pelik sikit la bilik-bilik tu tau... tak pe ke..
Capsule Hotel
Drain Pipes Hotel
Everland hotel
Ice Hotel
Undersea Hotel
Vampire Hotel Room with Coffins
upside Down Hotel Room
0 comments:
[Hiburan] Rumah Ella 'Blackout' 2 jam Masa Nak Majlis Nikah
Majlis akad nikah Ratu Rock Ella pada malam tadi berlangsung dalam suasana meriah walaupun berlaku masalah yang tidak disangka-sangka. Berikut beberapa perkara menarik yang ingin GUA kongsikan bersama:-
1) Majlis akad nikah yang sepatutnya bermula pada jam 9.00 malam terpaksa ditanggungkan ke jam 10 malam kerana rumah pengantin perempuan bergelap selama dua jam apabila berlaku masalah dengan bekalan elektrik. GUA difahamkan masalah berlaku apabila pihak tuan rumah cuba menggunakan penghawa dingin berkuasa besar yang tidak sesuai untuk penggunaan kediaman.
2) Walaupun majlis diadakan untuk kenalan dan sanak-saudara rapat, tetapi lebih 200 orang tetamu dilihat membanjiri perkarangan rumah pengantin.
3) Tujuh buah khemah disediakan untuk tetamu. Namun, tempat duduk masih tidak mencukupi sehingga pengacara majlis terpaksa meminta jasa baik tetamu yang sudah selesai menjamu selera meninggalkan meja makan.
4) Ramai yang memuji hidangan yang disediakan untuk tetamu. GUA sendiri berselera menjamu selera.
5) Selain menikmati hidangan utama, tetamu juga berpeluang menikmati menu sampingan seperti cendol, soya, Laksa Utara dan rojak yang disediakan oleh Hanna Conner di sebuah lori putih.
6) Pelamin Ella dihiasi dengan ribuan bungaan berona putih dan peach. Selain itu, karpet putih memenuhi ruang pelaminan.
7) Protégé Ella, Puteri Caroline sentiasa menemani Ella sepanjang majlis berlangsung. Caroline nampak mesra dengan ahli keluarga Ella.
8) Ella mendapat sentuhan kakaknya sendiri iaitu Saidatulnisa (Kak Sai)sebagai jurumekap. Menariknya, sebaik selesai menyolek Ella, Kak Sai terpaksa bergegas ke tiga lokasi bebbeza kerana perlu menyolek tiga pengantin lain.
9) Selain diberikan bunga telur dan sebiji kek cawan, tetamu turut dihadiahkan senaskah kitab yang mengandungi Ayat Kursi, Surah Yassin, dan pelbagai doa harian.
10) Sesi temubual bersama pihak media terpaksa diadakan sebanyak dua kali kerana terlalu ramai pihak media yang hadir membuat liputan. Masalah ruang yang sempit juga menyukarkan pihak media tampil ke hadapan untuk mendengar komen kedua-dua pengantin.
kredit: Gua.com.my
p/s: kalau rasa post ni menarik share la ye / if you like this post please share it
0 comments:
[Photo] Jalan-Jalan Cari Samsung Galaxy S3
Pictorial jalan-jalan cari samsung galaxy s3 dekat Digi centre.. Admin pegi meneman sahabat beli smartphone baru dia..
*iman admin kuat lagi so tak de la keinginan membeli S3 tu lagipun S2 admin pun dah ada ICS..
p/s: kalau rasa post ni menarik share la ye / if you like this post please share it
*iman admin kuat lagi so tak de la keinginan membeli S3 tu lagipun S2 admin pun dah ada ICS..
0 comments:
[Info] Tahu Tak Berapa Gaji Programmer Di Google
Google telah lama diketahui sebagai tempat terbaik untuk bekerja. Mereka menawarkan makanan percuma, tempat bersenam, tempat berehat dan potong rambut profesional di pejabat mereka. Lihat contoh gambar pejabat Google di Zurich. Perkara tersebut telah menjadikan mereka syarikat pilihan pekerja dari seluruh perniagaan yang ada di dunia.
Selain dari persekitaran tempat kerja yang relax dan makan free mestilah gaji pekerja Google menarik juga kan. Tahukah anda berapa gaji pekerja-pekerja Google? Data berikut tidak terlalu mudah dicari, jika anda tidak percaya, anda boleh search di Google.
Berikut adalah statistik gaji pekerja Google menurut Indeed.com yang cukup menarik.
1. Google Programmer di Phoenix – $174,000 setahun
2. Google Programmer di California – $197,000 setahun
3. Google Programmer di Chicago – $222,000 setahun
4. Google Programmer di New York – $242,000 setahun
Itu hanya gaji… apa lagi yang ditawarkan Google kepada pekerjanya?
1. Google akan membayar $8,000 setahun jika anda mahu sambung belajar. Mereka hanya mengharapkan keputusan gred “B”.
2. Jika anda memperkenalkan seorang pekerja untuk menjadi staff Google dan mereka bertahan untuk 60 hari, Google akan membayar $2,000 kepada anda.
3. Jika anda hendak mengambil anak angkat, Google akan memberikan $5,000 untuk urusan legal dan kos.
4. Bergantung kepada berapa lama anda bekerja di Google, anda akan mendapatkan sehingga dengan 25 hari bonus hiburan dalam setahun.
Satu lagi perkara yang menarik dari segi pendapatan pekerja Google, menurut New York Times, kira-kira ada 1,000 pekerja Google yang mempunyai saham dengan nilai $5 juta dollar.
Masih menurut New York Times, setiap pekerja yang bersama Google untuk setahun sahaja memiliki nilai lebih dari $250,000.
Pesaing google mengatakan bahawa programmer Google telah menikmati 50% kenaikan gaji dalam beberapa tahun terakhir ini.
Apa yang admin nampak dari kisah pekerja Google ini ialah syarikat yang menawarkan ganjaran dan tempat kerja yang menarik dapat memberi semangat bekerja kepada pekerjanya yang akhirnya mereka akan bekerja bersungguh-sungguh,setia dan rela buat apa sahaja demi keuntungan syarikat. Jadi memang untungla dapat kerja kat google kan? huhu
p/s: kalau rasa post ni menarik share la ye / if you like this post please share it
0 comments:
[Info] Pejabat Google Di Zurich Yang Best Giler
Haa, ni la antara gambar-gambar dalam pejabat Google di Zurich, memang best la kan. Pejabat macam ni, santai je rasa kalau kene overtime satu hari satu malam pun tak kisah.. haha.. meja pool ada, kerusi urut ada, permainan video ada, gym ada dan banyak lagi ada.. memang cool la...
p/s: kalau rasa post ni menarik share la ye / if you like this post please share it
0 comments:
Subscribe to:
Posts (Atom)






























































0 comments:
Komen anda amat dihargai. Tapi jangan komen sesuatu yang boleh menyinggung perasaan dan melanggar undang-undang. Admin tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua yang ditulis dan penulisan anda tidak mewakili pandangan Admin.