[Mobile] Android OS Penyebar Malware Terbesar???


Berdasarkan Statik Penggunaan OS di Malaysia, Sistem Operasi Android mencatatkan rekod tertinggi dan ini membuktikan Sistem Operasi Android semakin menguasai pasaran bukan sahaja di negara kita bahkan juga di seluruh dunia, sehingga mampu menggugat penguasaan Apple melalui Sistem Operasi iOS mereka.

Telefon pintar seperti Samsung dan HTC yang menggunakan Sistem Operasi Android juga dilihat menguasai dominasi smartphone pada masa kini. Di sini jelas membuktikan teknologi Android diterima hampir semua golongan masyarakat dunia dan kerana itulah Android menjadi semakin popular dari hari ke hari sejak pertama kali diperkenalkan dahulu.


Malangnya selepas beberapa kajian yang dilakukan oleh pengkaji teknologi untuk telefon pintar, mereka mendapati hampir setiap bulan ada sahaja malware baru yang dikesan pada OS Android. Lebih memburukkan keadaan, sebahagian besar peranti yang menggunakan OS Android diancam bahaya terkena serangan malware tersebut. Salah satu syarikat anti-virus yang sangat popular iaitu F-Secure telah memperlihatkan graf mengenai serangan malware bermula dari suku pertama 2011 sehingga suku yang sama pada tahun berikutnya.



Berdasarkan graf di atas, serangan malware keatas OS Andorid pada suku pertama tahun 2011 sehingga 2012 pada suku yang sama meningkat empat kali ganda dan ianya bukanlah satu jumlah yang kecil dan boleh dipandang ringan. Perkara ini amat serius dan membimbangkan para pengguna Sistem Operasi Android.

Sebagai langkah pencegahan sekinya anda menggunakan telefon pintar yang menggunakan sistem operasi Android, pastikan anda mengendalikannya dengan bijak dan betul. Berhati-hati ketika memuat-turun aplikasi daripada Google Play, terutama sekali aplikasi-aplikasi yang popular pada masa kini Pastikan aplikasi yang anda muat-turun adalah benar-benar dari sumber mahupun pembangun yang boleh dipercayai.

p/s: kalau rasa post ni menarik share la ye / if you like this post please share it

2 comments:

Komen anda amat dihargai. Tapi jangan komen sesuatu yang boleh menyinggung perasaan dan melanggar undang-undang. Admin tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua yang ditulis dan penulisan anda tidak mewakili pandangan Admin.

[Mobile] Statistik Penggunaan Mobile OS di Malaysia, Android Mendahului


Penghasilan telefon pintar dan tablet yang kian bertambah pada waktu ini memperlihatkan persaingan yang sengit antara pengeluar telefon pintar dan pembangun operating system itu sendiri. Di Malaysia, fenomena ini juga semakin menunjukkan pertambahan dan seperti yang diketahui ramai, OS milik Google iaitu Android lebih menguasai pasaran di negara ini. Mari kita lihat Statistik Penggunaan OS di Malaysia dari Jun 2011 hingga Jun 2012:

p/s: kalau rasa post ni menarik share la ye / if you like this post please share it

0 comments:

Komen anda amat dihargai. Tapi jangan komen sesuatu yang boleh menyinggung perasaan dan melanggar undang-undang. Admin tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua yang ditulis dan penulisan anda tidak mewakili pandangan Admin.

[Pelik] Cacing 5" Hidup Dalam Bola Mata Pesara

seekor cacing sepanjang lima inci yang hidup di sebalik bola mata
India – Seorang lelaki yang mengalami sakit dan gatal di bahagian mata terkejut selepas mendapati keadaan berkenaan berlaku akibat seekor cacing sepanjang lima inci yang hidup di sebalik bola matanya.

Keadaan itu disedarinya selepas doktor membuat pemeriksaan mata.

PK Krishnamurthy, 75, yang juga seorang pesara dari Mumbai sebelum ini berulang kali ke hospital selepas mendapati matanya sakit dan tidak selesa.

Doktor kemudiannya memberikan ubat, namun dia masih terus dilanda kesakitan.

Susulan itu, doktor memutuskan untuk membuat pemeriksaan lanjut dan alangkah terkejutnya mereka apabila menemui cacing di dalam matanya itu.

Cacing itu bagaimanapun berjaya dikeluarkan dalam satu pembedahan kecil, semalam.

Hospital Fortis, Dr V Seetharaman


Menurut pakar mata di Hospital Fortis, Dr V Seetharaman, Krishnamurthy bernasib baik kerana cacing itu dikesan dan dikeluarkan dengan segera.

“Simptom kesakitan pada bahagian matanya telah hilang dan dia amat bertuah kerana cacing itu hanya berada di bahagian mata.

PK Krishnamurthy, 75

“Jika ia memasuki bahagian otak pesakit, maka ia akan menyebabkan masalah neurologikal yang amat besar kepada Krishnamurthy,’’ katanya.

Setakat ini doktor masih belum mendapat jawapan bagaimana cacing berkenaan boleh berada di dalam mata pesara berkenaan.

“Cacing itu berjaya memasuki saluran darahnya dan membesar di dalam badan manusia. Ia telah dihantar ke makmal untuk kajian ,’’ kata Dr V Seetharaman .

Dalam pada itu, Krishnamurthy gembira kerana penyakitnya itu dapat dikesan lebih awal.

p/s: kalau rasa post ni menarik share la ye / if you like this post please share it

0 comments:

Komen anda amat dihargai. Tapi jangan komen sesuatu yang boleh menyinggung perasaan dan melanggar undang-undang. Admin tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua yang ditulis dan penulisan anda tidak mewakili pandangan Admin.

[Hiburan] Panas: Sidang Media Kenyataan Maaf Anzalna Nasir kepada Neelofa


Akhirnya sebentar tadi, Anzalna telah memohon maaf kepada Neelofa atas segala tuduhan yang dilemparkan menerusi BiPop kira-kira sebulan yang lepas. Kenyataan maaf yang tersebut telah dibaca di dalam sidang media yang turut dihadiri Presiden Seniman, Zed Zaidi.

Menurut Blog RotiKaya pula yang berada di tempat kejadian :-

2:05PM – Lokasi apa? Lokasi penggambaran. Itu sahaja daripada kami di Hotel Royale Bintang. Peace!

2:01PM – Zed Zaidi kembali mengambil mikrofon dan menyimpulkan sidang media dan kes ini sebagai selesai. Tiada sessi soal jawab bakal diadakan kerana kedua dua ‘sibuk’ untuk kembali ke lokasi.

2:00PM – Anzalna Nasir telah selesai membaca kenyataan permohonan maaf yang disediakan pihak Neelofa & kini giliran Neelofa bercakap “Terbukti saya dipihak yang benar hari ini”.

1:55PM – “Oh I kena ikut syarat you eh?” ujar Anzalna Nasir kepada Neelofa apabila beliau mula ingin memohon maaf. Epik! Neelofa mahu Anzalna Nasir baca skrip.

1:50PM – Anzalna Nasir menandatangi perjanjian yang disediakan oleh Seniman sebagai satu jalan penyelesaian untuk masalah dengan Neelofa ini. Sebanyak 3 salinan dibuat.

1:45PM – Zed Zaidi menyatakan yang perjanjian antara Anzalna Nasir & Neelofa bukan datang dari peguam mana mana pihak tetapi datang dari perlembagaan Seniman sendiri.

1:44PM – Sidang media permohonan maaf Anzalna Nasir kepada Neelofa telah bermula & kini Presiden Seniman, Zed Zaidi sedang berucap mewakili orang tengah dalam kemelut ini.










Berikut ialah permohonan maaf daripada Anzalna:-
Saya Nur Anzalna Md Nasir di atas nasihat Persatuan Seniman Malaysia dengan ini memohon maaf kepada Neelofa kerana mengeluarkan kenyataan di Berita Minggu pada 10 Jun 2012 di muka surat 10 yang telah menjejaskan maruah Neelofa dan keluarganya. Saya akui tidak mempunyai bukti yang kukuh ketika mengeluarkan kenyataan di akhbar tersebut.Sejujurnya saya tidak bermaksud apa-apa dan tidak berniat untuk mengaibkan sesiapa daripada kenyataan itu.


Selepas permohonan maaf itu, Neelofa berkata yang hari ini telah membuktikan dirinya berada di pihak yang benar. Semoga selepas ini mereka berdua dapat berbaik semula seperti dahulu dan terus menumpukan perhatian sepenuhnya kepada karier masing-masing. 

Kredit info dan foto RotiKaya dan Mstar Online.

p/s: kalau rasa post ni menarik share la ye / if you like this post please share it

0 comments:

Komen anda amat dihargai. Tapi jangan komen sesuatu yang boleh menyinggung perasaan dan melanggar undang-undang. Admin tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua yang ditulis dan penulisan anda tidak mewakili pandangan Admin.

[Photo] Uztaz Azhar Idrus Masa Muda Remaja

Ustaz Azhar Idrus

Boleh dikatakan ramai yang mengenali Ustaz Azhar Idrus ni, mana taknya, setiap kali ada ceramah atau kuliah yang disampaikan oleh Ustaz Azhar Idrus mesti penuh dengan hadirin yang hadir termasuklah anak-anak muda.

Selalunya kita melihat Ustaz ni berjubah dan memakai kopiah, jadi bagaimana pula gambaran ustaz Azhar Idrus ni ketika muda remaja? haa, tengok gambar ni..dipetik dari web digitalmukmin.

Ustaz Azhar Idrus, muda, remaja, macam zizan

Memang kelihatan sangat berbeza, dikatakan lelaki yang memakai cermin mata hitam itu ialah Ustaz Azhar Idrus.. ada iras-iras macam Zizan Raja Lawak tak? :p


p/s: kalau rasa post ni menarik share la ye / if you like this post please share it

0 comments:

Komen anda amat dihargai. Tapi jangan komen sesuatu yang boleh menyinggung perasaan dan melanggar undang-undang. Admin tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua yang ditulis dan penulisan anda tidak mewakili pandangan Admin.

[Info] Ada Cerita Disebalik Runtuhan Struktur Ayah Pin


Assalamualaikum semua, sebenarnya mungkin ramai dah tahu tentang kisah ni, kisah dah agak lama, tapi ada baiknya kalau kita baca kembali untuk buat renungan bersama..
 
Pengalaman Haji Lokman dalam membersihkan Jin di kawasan Kerajaan Langit Ayah Pin

Ramai yang tak tahu cerita sebenar bagaimana halangan dan susah payah meroboh struktur yang di bina Ayah Pin. Cerita aneh banyak berlaku sehingga gagal memusnahkannya. Ikuti penglibatan Hj Lokman dan Ahli Tahfiz dalam memusnah Jin yang menjaga Binaan Ayah Pin
 
Antara bangunan dan struktur yang dibina di kawasan seluas 6 ekar di Hulu Besut termasuk cerek gergasi, pasu, payung seperti Grand Stand F1, bulan sabit, telaga, rumah bulat, rumah nasyid, dewan perhimpunan, wakaf, replica kapal bahtera nabi noh, jambatan, sebuah makam Mohamad Ya dan sebagainya. Ada yang memaklumkan kos pembinaan struktur dan bangunan ini melebehi RM5 juta. Mengikut laporan, Kerajaan Langit telah bertapak di tempat ini sejak pertengahan tahun 1980an tetapi pada hakikatnya kumpulan ini wujud di negara ini sejak tahun 1970han lagi. Anggaran jumlah pengikut-pengikut ajaran sesat ini ditaksirkan sebanyak 23 ribu pengikut dari dalam dan luar negara.Struktur yang dibina di kawasan seluas 6 ekar di Hulu Besut.

 
Selepas bertahun-tahun bergiat dengan ajarannya di Malaysia, akhirnya ajaran yang memesongkan orang ramai itu telah dihidu oleh pihak berkuasa. Akhirnya pengikut-pengikut Ayah Pin telah ditahan dan disoal siasat serta didakwa di makhamah. Ayah Pin telah menghilangkan diri dari pihak berkuasa sehingga hari ini dan ada yang mengatakan dia bersembunyi di Selatan Thailand. Kawasan Kerajan Langit di Besut itu turut dimusnahkan pada bulan Ogos 2005. Di sini saya ingin menceritakan penglibatan saya dalam permusnahan kawasan Kerajaan Langit di Besut itu.
 
Terlebih dahulu saya ingin menceritakan sejarah Perubatan Syifa Al-Hidayah di negeri Terengganu. Sejak tahun 2003, saya telah mula mengunjungi ke Kuala Terengganu sekali sebulan untuk mengubat pesakit-pesakit dari Pantai Timur. Sahabat saya Ustdz Mohd Shukri Ali yang bertugas sebagai Pegawai Ugama di Istana Terengganu adalah orang yang bertanggung-jawab membawa saya ke Terengganu.
 
Dahulu semasa saya mula-mula berubat di Kuala Terengganu, saya berubat di kediaman Ustadz Mohd Shukri yang pada masa itu menetap di kuarters istana berhampiran dengan pantai Batu Buruk. Pada suatu pagi Sabtu pada penghujung bulan July 2005, Mufti Terengganu kebetulan dia sahabat kepada Ustadz Mohd Shukri, berjumpa saya di kediaman Ustadz Shukri. Dia mohon pertolongan dari saya agar dapat membersihkan benda-benda ghaib yang menjaga tempat kawasan Kerajaan Langit di Besut. Mengikut katanya sudah banyak kali jentera-jentera dan kakitangan Jabatan Kerjaya hendak masuk ke kawasan itu untuk merobohkan struktur-stuktur dan bangunan-bangunan di tempat itu tetapi mereka menemui pelbagai halangan yang pelik-pelik.
 
Saya pada masa itu tidak tahu sangat perihal Kerajaan Langit ini tetapi kerana desakan Ustadz Mohd Shukri saya bersetuju dengan syarat saya diiringi oleh 7 orang tafiz. Permohonan saya untuk mendapat tafiz tidak menjadi masalah dan dalam beberapa jam sahaja, Mufti Terengganu dapat mengumpul 7 orang tafiz diiringi dengan 3 orang Ustadz iaitu tenaga pengajar mereka. Kami berkumpul selepas waktu asar di sebuah surau di Kuala Terengganu dan saya memberitahu mereka surah-surah yang perlu dibaca semasa di sana dan juga memberi taklimat apa yang mereka harus lakukan apabila tiba di sana nanti. Saya juga “scan” setiap tafiz dan tenaga pengajar yang akan mengiringi saya untuk memastikan tidak ada yang lemah semangat atau bermasalah.
 
Selepas solat magrib dan selepas makan malam nasi bungkus, kami bertolak ke Besut menaiki bas Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT). Selalunya perjalanan dari Kuala Terengganu ke Besut mengambil masa 2 jam sahaja. Rupa-rupanya Raja iblis iaitu sahabat Ayah Pin telah tahu tentang perancangan kami dan mereka pun membuat persiapan juga untuk menghalang kami tiba di tempat itu.
 
Kira-kira dalam 50 km dari kawasan itu, terdapat sekatan jalan atau “road block” bukan oleh pihak polis atau JPJ tapi road block oleh kuncu-kuncu jin dan iblis Ayah Pin. Bas yang kami menaiki terpaksa berhenti dan patah balik untuk mencari jalan alternative yang lain. Sekiranya kami tidak menghiraukan sekatan jalan itu, jin-jin itu berupaya untuk menganiayakan kami dengan berlakunya kemalangan-kemalangan yang mereka boleh lakukan. Ada suatu ketika bas yang kami naik diserang oleh jin-jin Ayah Pin dan saya bernasib baik membawa bersama adek-adek tafiz ini yang sungguh bersemangat membaca ayat-ayat Al-Quran dan bersama dengan pertolongan dari Allah swt, menolong saya melawan jin-jin tersebut. Kami terpaksa mengambil jalan yang jauh untuk sampai ke Besut.
 
Kami sampai di Besut dalam jam 2 pagi. Kami mengambil masa lebih dari 6 jam untuk sampai ke Besut bandingkan dengan perjalanan yang biasa nya makan masa 2 jam untuk sampai ke sana. Bila sampai di kawasan itu, saya terperanjat melihat betapa ramainya polis-polis dari Bukit Aman dan Kuala Terengganu menjaga keselamatan dan membuat pemantauan di kawasan itu. Bila sampai di tempat itu, saya rasa agak pelik melihat cerik besar, pasu besar, bahtera kapal nabi noh dan lain-lain struktur. Walau pun tempat itu tidak ada lampu sebab bekalan elektrik telah lama diputuskan oleh pihak berkuasa, kami disinari oleh cahaya bulan mengambang pada malam itu.
 
Setelah membuat tinjauan atau “quick survey” di kawasan itu, saya mendapati ada beratus ekor jin dan iblis dalam kawasan itu. Tetapi yang ketara sangat ialah 12 ekor jin yang mewaklili beberapa agama-agama di dalam dunia ini. Jin-jin ini lah yang telah membantu Ayah Pin mendirikan ajaran agama sesat Kerajaan Langit ini.
 
Saya memilih dewan perhimpunan yang masih tersergam disitu untuk bertempur dengan 12 ekor jin itu. Saya mengarahkan semua tafiz-tafiz yang mengiringi saya untuk masuk ke dalam dewan itu. Untuk pengetahuan semua, ada golongan orang yang cuba membakar dewan perhimpunan itu dua atau tiga hari sebelum itu dan terdapat banyak serpihan-serpihan kaca di lantai dewan itu. Dengan bercahayakan bulan yang mengambang pada malam itu dan lampu suloh dari pihak polis, kami membaca surah-surah Al-Quran. Satu demi satu jin saya bertempur sehingga jubah saya basah kuyup dengan peluh badan. Hampir 3 jam saya bertempur sehingga saya berguling-guling di atas lantai dewan itu.
 
Dengan keizinan Allah swt dan pertolongan dari Nya, dan dibantu dengan laungan dan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dari adik-adik tafiz yang ada dengan saya pada malam itu, saya dapat mengalahkan kesemua jin-jin Ayah Pin kecuali se-ekor jin yang dapat melarikan diri. Selepas itu saya mengarahkan beratus-ratus jin-jin yang berada di sekitar kawasan itu berpindah atau pergi dari kawasan itu.
 
Masa itu sudah hampir waktu subuh. Kami semua bersiap sedia untuk berjemaah subuh. Saya menyuruh seorang dari adek tafiz melaungkan azan subuh. Pada pagi itu, pertama kali dalam 25 tahun azan subuh berkumandang di tempat itu. Syukur Alahamdulilah pada Allah swt. Menitis air mata saya bila terdengar azan subuh di kawasan itu dan berakhirlah kekuasaan jin-jin Ayah Pin di tempat itu. Selepas mengerjakan solat, saya sujud bersyukur pada Allah swt kerana memberi saya hidayah dan kekuatan menangani jin-jin tersebut.
 
Selepas matahari terbit kami semua bersiap sedia untuk pulang ke Kuala Terengganu. Perjalanan balik ke Kuala Terengganu aman tanpa sekatan road block atau apa-apa halangan. Kami diberitahu tepat jam 8 pagi, pihak JKR datang dengan jentera-jenteranya merobokan semua struktur-struktur dan bangunan-bangunan di kawasan itu.
 
Pada hari Isnin, 2 August 2005 tersebar meluas cerita di dalam setiap akbar di negara ini mengenai kawasan pentadbiran Kerajaan Langit telah dirobohkan dan dimusnahkan. Tetapi apa yang berlaku pada malam sebelum kawasan itu dirobohkan tidak ramai yang tahu cerita sebenarnya sampai lah hari ini saya memilih untuk memberitahu kejadian sebenar yang berlaku. Terima kasih Allah kerana atas pertolongan Mu kami berjaya menumpas ajaran sesat yang sudah lama berleluasa di negara ini. Amin Ya Rabbal Alamin.
 

Hj. Lokman
19 November 2010



p/s: kalau rasa post ni menarik share la ye / if you like this post please share it

0 comments:

Komen anda amat dihargai. Tapi jangan komen sesuatu yang boleh menyinggung perasaan dan melanggar undang-undang. Admin tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua yang ditulis dan penulisan anda tidak mewakili pandangan Admin.

[Sukan] EURO 2012: Sepanyol Menang Besar 4-0 !!!


Skuad bola sepak Sepanyol muncul juara EURO 2012 dan mengekalkan kejuaraan UEFA Euro yang disandangnya pada tahun 2008 apabila memalukan Itali dengan jaringan terbesar dalam sejarah kejohanan, 4 – 0, di Stadium Olimpik, Kiev, Ukraine awal pagi tadi.


Jaring gol mula menggegar perlawanan akhir itu apabila penyerang pasukan juara bertahan itu, David Silva, menanduk masuk bola ke gawang Itali pada minit ke-14, hasil hantaran sukar dari rakan sepasukannya, Cesc Fábregas.

Kesengsaraan skuad Azzurri bertambah apabila pemain pertahanan Sepanyol, Jordi Alba merembat kencang menghasilkan jaringan kedua pada minit ke-41 menewaskan penjaga gol Itali, Gianluigi Buffon, hasil lorongan cantik pemain tengah serba boleh, Xavi Hernandez.

Keputusan kekal 2 – 0 sehingga tamat separuh masa pertama.

Itali terpaksa bermain dengan 10 orang pemain apabila pemain tengahnya, Thiaggo Motta, yang masuk sebagai pemain gantian terakhir bagi pasukan Itali mengalami kecedaraan serius dan tidak mampu meneruskan permainan.

Penyerang sensasi Sepanyol, Fernando Torres yang masuk menggantikan Fábregas pada separuh masa kedua kemudiannya berjaya meratah skuad bimbingan Vicente Del Bosque dengan gol ketiga perlawanan pada minit ke-82.

Melengkapkan kemenangan bergaya, penyerang Sepanyol Juan Sebastian Mata melengkapkan pesta gol espaniola dengan menguis masuk gol keempat negaranya hasil umpanan taktikal menarik dari Torres, pada minit ke-88.

Kemenangan Sepanyol kali ini merupakan kali ketiga negara itu menjulang piala berprestij itu di mana mereka pernah memenangi UERO 1964 dan EURO 2008, sebelum ini. – Mynewshub.my


p/s: kalau rasa post ni menarik share la ye / if you like this post please share it

0 comments:

Komen anda amat dihargai. Tapi jangan komen sesuatu yang boleh menyinggung perasaan dan melanggar undang-undang. Admin tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua yang ditulis dan penulisan anda tidak mewakili pandangan Admin.

[Hiburan] Raja Azmi Memang Rapat Dengan Lelaki Muda Tapi...

Memang Saya Rapat Dengan Lelaki Muda (Anak Ikan) Tetapi…
PETALING JAYA – Penerbit filem kontroversi Raja Azmi Raja Sulaiman berasa terkilan dan kecewa dengan dakwaan terbaru yang mengatakan keintimannya dengan seorang lelaki muda menjadi punca perceraiannya dengan Jalani Sidek pada 27 Jun lalu.

Raja Azmi, 53, berkata, tuduhan yang tidak berasas itu membuatkan dia berasa bersyukur dengan perceraian itu kerana tidak sanggup terus memalukan nama baik bekas suaminya dengan kontroversi yang silih berganti.

“Inilah (gosip) yang menyedihkan saya. Baru saja bergelar janda tidak sampai seminggu sudah timbul pula cerita saya menjalinkan hubungan dengan lelaki muda. Saya ini seolah-olah sudah dilabelkan sebagai wanita yang tidak lekang kontroversi.

“Dulu, orang kaitkan saya dengan Roslin Hashim, kini timbul pula cerita saya ada anak ikan (lelaki muda) pula. Bila difikirkan, ada baiknya juga bercerai. Saya tidak sanggup lagi dengar orang tuduh Jalani sebagai suami yang dayus,” katanya ketika dihubungi mStar Online.

Bercerita lanjut, Raja Azmi berkata keintimannya dengan lelaki muda sejak beberapa bulan lalu bukan atas dasar peribadi tetapi untuk menilai beberapa calon bagi filem akan datangnya berjudul Anak Ikan.

“Memang saya rapat dengan lelaki muda yang orang gelarkan ‘anak ikan’ tetapi bukan seorang, ada dua dan tiga orang lagi. Mereka adalah orang baru yang mahu mencari peluang dalam bidang ini.

“Saya bakal menerbitkan filem baru sebab itu saya rapat dengan mereka. Saya mahu menilai potensi dan keserasian mereka untuk projek itu.

“Malah, salah seorangnya akan muncul dalam telefilem terbaru terbitan syarikat saya untuk Aidiladha nanti,” luahnya yang pernah dikaitkan dengan aktor filem …Dalam Botol iaitu Wan Raja ketika filem itu hendak diterbitkan pada 2009.

Mengenai perkembangan kerjaya, Raja Azmi berkata tumpuannya kini terarah kepada penerbitan drama untuk televisyen kerana banyak filem yang sudah siap masih menantikan slot tayangan dan kutipan kebanyakan filem juga kurang memberangsangkan.

“Pada waktu ini, terlalu banyak filem yang sudah siap tetapi belum dapat slot tayangan. Majoriti filem yang ditayangkan kini juga kerana mendapat sambutan. Lebih baik saya alihkan tumpuan pada penerbitan drama dan telefilem.

“Kini, penerbitan drama dan filem adalah di bawah syarikat produksi baru, Akid Production yang ditubuhkan sejak awal tahun. Manakala, syarikat Pengedaran JAS pula menumpukan pada penerbitan buku dan komik.

“Syarikat saya baru saja selesai penggambaran telefilem berjudul Aidiladha Baitulmaqdis untuk RTM atau Astro. Selepas Hari Raya nanti, saya akan mulakan sebuah lagi telefilem di Bali, Indonesia. Kalau tiada aral, penggambaran filem Anak Ikan akan menyusul pada hujung tahun,” jelasnya.

Raja Azmi dan Jalani atau Mohamed Jalani Mohamad Sidek, 49, bercerai talak satu di hadapan Hakim Syarie, Shaiful Azli Jamaludin pada pukul 3.25 petang di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Keramat dekat sini, 27 Jun lalu.


Pasangan itu mengambil keputusan tersebut atas alasan tidak lagi wujud kasih sayang dan persefahaman selain berhadapan dengan konflik rumah tangga yang berpanjangan.

Hasil perkahwinan selama 28 tahun, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Puteri Suraya, 27, Puteri Suaida, 23, dan Megat Deli, 18.

Mereka juga memiliki seorang cucu yang berusia setahun iaitu Muhammad Akid Mohd Shadan, anak kepada Puteri Suraya dan pengarah filem, Mohd Shadan Hashim. (Mstar.com.my)

p/s: kalau rasa post ni menarik share la ye / if you like this post please share it

0 comments:

Komen anda amat dihargai. Tapi jangan komen sesuatu yang boleh menyinggung perasaan dan melanggar undang-undang. Admin tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua yang ditulis dan penulisan anda tidak mewakili pandangan Admin.

[Berita] Lelaki Berkhalwat Disangka Pencuri Dibelasah Orang Kampung

Lelaki yang mengadakan hubungan sulit dengan isteri orang ini cedera dibelasah penduduk kampung.

BESUT – Seorang lelaki yang memadu asmara dengan isteri orang cedera dibelasah penduduk kampung dekat sini kerana disangka pencuri ketika dia melarikan diri selepas terserempak dengan suami wanita itu.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam, lelaki berumur 22 tahun itu cedera di seluruh badan apabila dibelasah penduduk kampung yang kebetulan sedang menonton perlawanan bola sepak di sebuah warung.

Difahamkan, dalam kejadian di sebuah kampung kira-kira enam kilometer dari Kampung Raja itu, lelaki tersebut melarikan diri apabila suami wanita berkenaan yang berumur 26 tahun pulang
ke rumah daripada menjala udang.

Sebelum itu, dikatakan wanita berumur 22 tahun itu meminta suaminya pergi menjala udang di pantai dan suaminya yang bekerja sebagai petani memenuhi permintaan tersebut.

Sebaik suaminya keluar rumah, wanita berkenaan memandu kereta bagi mengambil kekasihnya di rumah keluarga lelaki itu di sebuah kampung beberapa kilometer dari Kampung Apal, Jabi.

Bagaimanapun, pada malam berkenaan air laut pasang menyebabkan suami wanita itu pulang awal dan sebaik tiba di rumah dia mula mengesyaki sesuatu yang kurang baik apabila beberapa kali pintu rumah diketuk tetapi tiada jawapan.

Lelaki itu pergi ke bahagian belakang rumahnya mengintai melalui celah lubang rumah dan melihat seorang lelaki keluar dari bilik tidur bersama isterinya.

Geram dengan apa yang dilihat menyebabkan dia bertindak memecah pintu dapur rumah dan berlaku pergelutan dengan kekasih isterinya.

Lelaki itu berjaya melarikan diri dengan terjun melalui tingkap namun berjaya ditangkap penduduk kampung yang kemudian membelasahnya sebelum diserahkan kepada pihak polis.

Lelaki itu mengalami calar di badan dan bengkak pada muka.

Difahamkan, pasangan suami isteri itu belum mempunyai cahaya mata dan sudah dua tahun mendirikan rumah tangga.

Sementara itu, wanita curang itu dikatakan telah mengadakan hubungan sulit dengan lelaki berkenaan sejak beberapa bulan lalu selepas sekian lama terpisah.

Pasangan kekasih yang sebaya ini pernah belajar di sekolah yang sama dan dikatakan kali pertama membawa balik lelaki itu ke rumahnya.

Sebelum ini mereka sering bertemu dan difahamkan memadu asmara di dalam kereta di tempat sunyi di kawasan sawah padi.

Sumber memaklumkan pasangan tersebut akan didakwa di Mahkamah Syariah atas kesalahan melakukan perbuatan khalwat.



p/s: kalau rasa post ni menarik share la ye / if you like this post please share it

0 comments:

Komen anda amat dihargai. Tapi jangan komen sesuatu yang boleh menyinggung perasaan dan melanggar undang-undang. Admin tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua yang ditulis dan penulisan anda tidak mewakili pandangan Admin.

[Gempar] Nasa Keluarkan Kenyataan Matahari Akan Terbit Dari Barat


Sains astronomi ada menyebut bahawa kelajuan putaran planet Marikh sedang perlahan sedikit demi sedikit ke arah laluannya ke timur. Para saintis agensi angkasa lepas kebangsaan Amerika Syarikat (NASA) pula mendapati pergerakan planet itu terhenti ke arah laluan tersebut.

NASA kemudian mendapati planet Marikh telah menukar laluannya ke arah yang bertentangan, iaitu ke arah Barat, ini bermakna matahari akan terbit dari arah barat Marikh. Fenomena yang ganjil itu disebut sebagai “retrograde motion”.

Kebanyakan saintis Barat berpendapat bahawa semua planet akan melalui fenomena yang serupa dan ini termasuklah planet Bumi. Apabila ianya berlaku, maka matahari akan terbit dari Barat!

Subhanallah! Kekasih Allah Nabi Muhammad s.a.w. bersabda bahawa salah satu tanda besar yang hari kiamat akan tiba ialah apabila matahari terbit dari Barat.

Pihak NASA telahpun mendapati tanda-tanda matahari akan terbit dari Barat semasa ahli sains astronominya mengkaji pergerakan planet Marikh. Yang mereka tidak dapat pastikan ialah tempoh masa yang bakal diambil sehinggalah semua planet melalui fenomena yang serupa.

Dapatan sains oleh NASA itu semestinya memperkukuhkan lagi iman umat Islam akan tanda-tanda kiamat. Manusia tidak tahu bila ianya akan berlaku walaupun sudah ada banyak tanda-tandanya. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.

Keratan akhbar yang menyatakan bahawa NASA telah mengeluarkan kenyataan berkenaan isu ini.
Keratan akhbar yang menyatakan bahawa NASA telah mengeluarkan kenyataan berkenaan isu ini.

TEORI QURAN VS TEORI BARAT

Kalau di kaji dengan teliti, teori yang dijelaskan Al-Quran ini agak berbeza dari teori-teori barat. Yang pertama, Al-Quran menjelaskan bulan yang menyebabkan bumi bertukar arah. Al-Quran menunjukkan perkaitan yang erat dan rapat antara bumi dan bulan. Tetapi teori barat tidak ‘nampak’ pun peranan bulan dalam proses kejadian ini.

Yang ke-duanya, teori Al-Quran nampak lebih jelas dan mudah difahami, malah boleh dibuktikan melalui ujikaji makmal. Sedangkan teori barat tidak dapat diuji dalam makmal dan tidak menunjukkan keadaan matahari akan naik dari barat! Kalau berlaku perlanggaran yang teramat dahsyat (dengan komet yang besar), maka bumi akan hancur! Perlanggaran ‘kecil’ (seperti yang berlaku di Mexico) tidak akan dapat menukar putaran bumi. Lagi pun sekiranya komet melanggar bumi dari “arah yang salah” ianya mungkin akan menambah kelajuan pusingan yang ada sekarang misalkan dari 24 jam kepada 10 jam sahaja/hari. Sekiranya bumi berputar pada kelajuan ini, maka kelajuan objek yang berada pada permukaan equator (atau khatulistiwa) ialah kira-kira 4,000 km/sejam yang akan memusnahkan segala-galanya yang ada dipermukaan bumi seperti rumah, bangunan, tumbuhan, pohon kayu, dan manusia serta binatang-binatang akan berterbangan.

Lagi pun untuk membolehkan bumi perputar pada arah bertentangan, komet yang melanggar bumi mesti pergerak pada kelajuan lebih dari 2 kali kelajuan putaran bumi iaitu 3,300 km/jam (sekiranya saiz komet sama besar dengan saiz bumi), dan mesti melanggar bumi pada sudut dan lokasi yang tepat. Kalau ianya melanggar pada kutub utara, maka matahari tidak akan ‘terbit dari barat’.

Yang ke-tiga, teori Al-Quran adalah lebih tepat sebab tidak berlaku kerosakkan yang besar kepada makhluk di bumi. Sekiranya berlaku kemusnahan yang besar (misalnya bumi hancur), maka ini bermakna sudah “betul-betul kiamat” dan bukannya lagi “hampir kiamat”. Di dalam hadith di atas menjelaskan selepas matahari naik dari barat maka segala amalan dan taubat tidak diterima lagi, dan dajal akan turun ke bumi (ini menunjukkan manusia masih lagi hidup di bumi, dan berjalan seperti biasa).

Tambahan pula Al-Quran menyatakan (15:76) manusia akan melihat jalan-jalan tetap tegak, nampak seperti biasa tanpa sebarang kerosakan, dan masih boleh dilalui.

Ke-empat, penjelasan Al-Quran lebih menyeluruh dan dari teori barat. Ahli sains telah mendapati bahawa terdapat ‘2’ jenis permukaan bulan iaitu permukaan yang cerah (yang sentiasa mengadap bumi), dan permukaan gelap (yang sentiasa membelakangi bumi). Ke dua-dua permukaan ini mempunyai ciri-ciri yang berbeza yang amat ketara seperti warna, daya graviti, kandungan bahan-bahan, ketumpatan dan kemampatan, keradioaktifan, dan sebagainya. Oleh itu apabila bulan merekah ia akan merubah polar graviti, mengeluarkan tenaga elektromagnetik yang boleh menyebabkan daya graviti dan magnet bumi bertindak balas.

p/s: kalau rasa post ni menarik share la ye / if you like this post please share it

[Gempar] Nasa Keluarkan Kenyataan Matahari Akan Terbit Dari Barat


0 comments:

Komen anda amat dihargai. Tapi jangan komen sesuatu yang boleh menyinggung perasaan dan melanggar undang-undang. Admin tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua yang ditulis dan penulisan anda tidak mewakili pandangan Admin.

[Info] Kereta konsep Proton - Evolusi G mirip Lamborghini


Sebuah kereta proton telah membuat satu inovasi pembaharuan yang menjurus kepada reka bentuk. Reka bentuk yang dimaksudkan ini adalah Proton Evolusi G yang direka mirip seperti kereta Lamborghini.

Proton Evolusi G – Kereta Proton Berbentuk Lamborghini | Seperti yang kita sedia maklum, pihak proton baru sahaja mengeluarkan kereta terbarunya iaitu Proton Preve. Kini terdapat lagi sebuah kereta tetapi bukan untuk dipasarkan. Kereta ini dikenali sebagai Proton Evolusi G yang mana rekaannya berbentuk seperti kereta Lamborghini. 

Dikatakan kereta ini juga diubah suai dari model Proton Gen-2 dan menelan kos sebanyak RM8000 sahaja. Memang menarik dan kreatif. Seperti super car lamborghini. Jom lihat gambar-gambar Proton Evolusi G di bawah.






Memang sangat menarik kereta ini. Bahagian hadapannya memang jelas mirip seperti kereta Lamborghini. Lampu belakang pula ada mirip seperti Proton. Walaupun ia bukanlah kereta untuk tujuan dipasarkan, namun reka bentuknya berjaya menarik perhatian bagi sesiapa sahaja yang melihatnya.

sumber: informasi.my

p/s: kalau rasa post ni menarik share la ye / if you like this post please share it

0 comments:

Komen anda amat dihargai. Tapi jangan komen sesuatu yang boleh menyinggung perasaan dan melanggar undang-undang. Admin tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua yang ditulis dan penulisan anda tidak mewakili pandangan Admin.

[Berita] Bahana Bisnes Dosa Anak Jadi Pelarian


KUALA LUMPUR: “Saya kini ibarat sebatang kara selepas ditinggalkan ibu di rumah anak yatim manakala dua abang terpaksa bersembunyi di Seremban dan Kajang mendapatkan perlindungan sejurus dua ceti haram memburu kami sekeluarga.

“Semua kejadian berpunca daripada kegagalan ibu melangsaikan pinjaman ceti sebanyak RM50,000 selepas membuka perniagaan rumah urut.
 
KESAL...Musliha menceritakan pengalamannya kepada Abdul Aziz.
KESAL...Musliha menceritakan pengalamannya kepada Abdul Aziz.

“Kesannya, hidup saya kini terumbang-ambing tanpa arah tuju selain terpaksa mengorbankan alam persekolahan,” kata remaja, Musliha, 16, yang menjadi mangsa buruan ceti haram bersama dua lagi abangnya berusia 20 dan 18 tahun.

Mendedahkan perkara itu, Musliha berkata, pada 2010, ibunya yang berusia 40 tahun dan berpengalaman selama 15 tahun sebagai tukang urut merancang membuka perniagaan pusat urut bersama ibu saudaranya dengan meminjam wang daripada ceti sebanyak RM30,000.

Katanya, selepas pinjaman dilulus, pusat urut diimpikan akhirnya ditubuhkan di sebuah kawasan di Kajang, namun tidak sampai dua bulan beroperasi, ia diserbu pihak berkuasa dan ditutup.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.


p/s: kalau rasa post ni menarik share la ye / if you like this post please share it

0 comments:

Komen anda amat dihargai. Tapi jangan komen sesuatu yang boleh menyinggung perasaan dan melanggar undang-undang. Admin tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua yang ditulis dan penulisan anda tidak mewakili pandangan Admin.

[Berita] Gadis Rentung Bersama Kuah Kari


KUALA LUMPUR: “Tahun lalu, ada seorang lelaki datang ke rumah merisik tetapi saya terpaksa menolak risikan itu kerana anak perempuan saya tidak setuju.

“Sejak peristiwa itu, anak perempuan saya memberitahu lelaki terbabit sering mengganggu bukan saja menemuinya di rumah malah ke pejabat,” kata S Periasamy, 62, bapa P Yoga Ambiga , 27, yang dibunuh secara kejam apabila mayatnya ditemui rentung di koridor rumahnya di tingkat sembilan Apartmen Mesra Prima, Ampang Campuran, di sini.

KEJAM...mayat mangsa yang dibakar hingga mati.
KEJAM...mayat mangsa yang dibakar hingga mati.

Turut ditemui kesan tompokan kuah kari di sekeliling mayat yang sudah rentung dalam kejadian jam 9.30 malam kelmarin itu.

Periasamy dari Segamat, Johor bukan saja sedih malah buntu dengan kematian anaknya itu, bagaimanapun tidak dapat mengagak siapa melakukan perbuatan kejam itu.

HALANG...anggota polis mengusir pihak media mengambil gambar mangsa.
HALANG...anggota polis mengusir pihak media mengambil gambar mangsa.
Anak perempuannya itu baru bertunang dengan lelaki pilihannya, Thurai Raj 30-an pada 16 Jun lalu dan majlis persandingan akan diadakan Oktober ini.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

p/s: kalau rasa post ni menarik share la ye / if you like this post please share it

0 comments:

Komen anda amat dihargai. Tapi jangan komen sesuatu yang boleh menyinggung perasaan dan melanggar undang-undang. Admin tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua yang ditulis dan penulisan anda tidak mewakili pandangan Admin.

[Info] Kisah Penghijrahan 5 Orang Pelakon Wanita

Alhamdulillah, Ini adalah sedikit sebanyak antara artis-artis wanita yang telah berhijrah mengikut fitrah Islam..boleh dikategorikan sebagai artis muslimah.. Mari kita lihat siapakah gerangannya, dipetik dari Facebook

1. Catriona Ross
Catriona Ross

Semuanya bermula apabila dia menemani sahabat karibnya ke sebuah butik tudung di KLCC pada 14 Julai lalu.

Tergerak hatinya mencuba satu tudung dan ketika melihat wajah di cermin, tiba-tiba terbit satu perasaan pelik hingga bergenang air mata. Sepantas kilat ditanggalkan tudung itu.

Dia yang dihenyak perasaan pilu, hiba dan syahdu kemudian berpusing ke arah temannya seraya spontan meluahkan hasrat mahu memakai tudung. Luahan itu bagaimanapun mengundang tawa sahabatnya kerana menyangka dia bergurau.

“Ketika memandu pulang ke rumah, saya menangis. Sukar untuk jelaskan perasaan saya ketika itu. Sebak, syahdu, hiba, semuanya bercampur-baur. Saya sedar perasaan pelik yang muncul tiba-tiba itu adalah hidayah dari Allah.

“Sepanjang perjalanan, saya tak henti-henti mengucapkan rasa syukur ke hadrat Ilahi. Terharu dan rasa istimewa apabila Allah buka pintu hati saya. Memang sebelum itu pernah terfikir untuk menutup aurat tetapi teragak-agak untuk melaksanakannya.

“Esoknya di rumah, saya gelisah dan rasa serba tak kena. Asyik terfikir untuk memakai tudung dan malamnya saya tidak boleh tidur. Kebetulan pula suami tiada di rumah kerana bertugas di luar Kuala Lumpur, jadi tiada tempat untuk saya mengadu,” katanya sambil menghela nafas panjang.

Pagi Jumaat (16 Julai lalu), berjam-jam pelakon yang popular menerusi drama rantaian Sephia ini menyelongkar almari mencari hijab namun kecewa apabila yang ada hanya selendang.


Dia kemudian menghubungi teman karibnya untuk meminjam tudung. Terkejut dengan permintaan itu, temannya mengajak Cat ke butik untuk belikan beberapa helai tudung. Selesai membuat pembayaran, hijab yang dihadiahkan temannya itu terus disarungkan di kepala.

“Sejak itu saya terus bertudung. Tekad saya, sekali bertudung Insya-Allah saya akan kekal begitu hingga ke akhir hayat. Itu prinsip yang saya pegang sejak kecil.

“Apabila pulang ke rumah, suami menyambut saya di muka pintu dan dia terkejut dengan perubahan itu. Dia bertanya adakah saya benar-benar serius. Selepas berkongsi apa yang saya alami dalam tempoh 48 jam itu, dia ternyata gembira dengan keputusan saya.

“Banyak nikmat yang Allah beri kepada hamba-Nya dan apa yang saya mohon selama ini dalam doa dimakbulkan. Masih segar dalam ingatan, selepas terbabit dalam nahas jalan raya, saya tidak putus-putus berdoa supaya boleh berjalan semula dan doa itu Allah perkenankan.

“Kemudian, ada suara sumbang bercakap saya tak boleh hamil kerana mengalami kecederaan teruk dalam kemalangan itu tetapi Allah makbulkan doa saya. Alhamdulillah saya bunting pelamin. Jadi, nikmat Tuhan yang mana lagi nak saya dustakan?

“Saya nekad bertudung kerana tidak mahu terus menerus buta hati. Jiwa saya bagai disiat-siat ketika mendapat hidayah dalam butik itu. Jauh di sudut hati, saya dapat rasakan itu adalah seru daripada Allah.

“Syukur, saat mula-mula pakai hijab hingga sekarang, hati saya tenang dan damai. Ada rasa bahagia yang tidak boleh dizahirkan dengan kata-kata. Ketenangan itu cuma Allah, saya dan teman sehijrah yang faham,” kata anak jati Kota Bharu Kelantan ini yang menahan air mata daripada mengalir.

2. Irma Hasmie
Irma Hasmie

“Alhamdulillah, sudah sampai masa untuk saya bertudung, sukar nak jelaskan mengapa saya ambil keputusan secepat ini, tetapi ini semua kerja Tuhan, dan bila sudah sampai seru-Nya, saya hanya menerima.

“Kalau boleh, saya tidak mahu cerita saya bertudung terlalu diberi perhatian sebab takut disalahertikan niat sebenarnya,bagaimanapun saya yakin lambat laun semua orang akan mengetahui juga.

“Saya bersyukur dan gembira dengan kehidupan saya sekarang, saya lebih tenang dan lebih banyak belajar. Tiada siapa yang memaksa saya tampil begini, semuanya berlaku secara natural. Alhamdulillah, setelah dua minggu pulang ke Malaysia, ramai yang menerima baik niat saya ini,” jelas Irma akui hidupnya kini lebih tenang dan bahagia Irma. Irma akui hidupnya kini lebih tenang dan bahagia

Berdoa di Mekah

Mengerjakan umrah bersama ibu dan adiknya, jelas Irma, dia mengambil kesempatan itu untuk berdoa sebanyak yang mungkin.

“Satu perkataan yang dapat saya gambarkan tentang Mekah adalah Subhanallah. Saya sangat bersyukur diberi peluang untuk menjejakkan kaki ke tanah suci ini.

“Memang seronok berada di sana, saya dapat lihat sendiri betapa hebat dan ajaibnya ciptaan Tuhan. Saya memang tidak mahu melepaskan peluang untuk berdoa, macam-macam doa saya minta.

“Slma 29 tahun saya hidup dibumi ini, saya mohon diampunkan segala dosa yang pernah dilakukan, diberi rezeki dan jodoh yang baik,” jelas Irma yang turut memohon ditenangkan hati setiap masa.

3. Abby Abadi
Abby Abadi

“Takut juga kalau terjadi senario sekejap pakai dan sekejap buka tudung. Tetapi alhamdulillah, dua hari sebelum kembali ke Kuala Lumpur, di depan Kaabah, saya nekad untuk bertudung sekali gus berdoa semoga Tuhan tetapkan iman saya untuk kekal begini buat selama-lamanya. 

Segala-galanya dipermudahkan.“Saya juga berharap perubahan ini tidak akan menjadi masalah atau beban kepada orang sekeliling. Apatah lagi hal bertudung ini sering diperkotak-katikkan, terutama apabila ia membabitkan individu yang memilih kerjaya seni untuk mencari rezeki,” katanya sambil memberitahu, sekalipun sudah bertudung, kerjaya seni tetap berjalan seperti sedia kala.

Mengenai kesempatan indah menunaikan umrah buat kali pertama itu, ibu kepada Mohamed Danish Hakim, 9, Marissa Dania Hakim, 7, dan Maria Danisha Hakim, 4, ini bersyukur kerana kembara dan ibadatnya di sana berjalan lancar. Bahkan secara tidak langsung, Abby ke sana seperti membawa hatinya yang lara.

Kata Abby, jika diikutkan, sebelum ini dia memang memasang azam untuk ke Tanah Suci, tetapi mungkin serunya belum tiba ketika itu.Ada saja halangan yang tiba, termasuklah visa yang dimohon tidak dapat diluluskan.“Namun syukurlah, kali pertama menjadi tetamuNya, kesihatan saya di sana senantiasa baik.
 
Saya juga sempat menunaikan umrah sebanyak tiga kali, mencium batu Hajarul Aswad dua kali, dapat menyentuh Kaabah, memasuki Raudhah dan banyak lagi. Perasaan berada di sana juga tidak dapat digambarkan dengan kata-kata dan saya teruja akhirnya digerakkan juga ke Tanah Suci Makkah selain Madinah.

“Saya juga tak terkilan sekalipun sebelum ke sana, tawaran berlakon datang mencanak.Hampir lima ke enam tawaran berlakon saya terima, tetapi terpaksa saya tolak secara baik kerana pihak produksi tidak dapat menunggu. Tetapi saya tak ralat dan percaya rezeki tetap ada, insya-Allah.

4. Diana Amir
Diana Amir

“Saya ambil keputusan ini kerana saya sudah beberapa kali sejak tiga bulan yang lalu diberi petanda dan mimpi buruk tentang hari kiamat.

“Dan mimpi-mimpi tersebut juga mengingatkan saya tentang kematian yang semakin hampir dan perkara itu sering membelenggu hidup saya beberapa bulan kebelakangan ini,”

“Saya tak tahu kenapa perkara itu berlaku kepada saya, mungkin Allah ingin memberi petunjuk dan saya menceritakan semuanya kepada seorang rakan. “Namun selepas itu rakan saya yang berhijrah lebih awal daripada saya,”

“Saya tahu saya masih lemah terutamanya mengenai hal-hal agama, disebabkan itu saya ambil peluang untuk bertemu dengan Irma Hasmie untuk mendapatkan nasihat dia.

“Ketika buat keputusan tersebut saya terus berjumpa David Teo untuk meminta pendapat dia tentang lakonan dan kerjaya saya selepas ini, “Biarpun dia tidak menjanjikan apa-apa, namun saya yakin rezeki adalah ketentuan Allah,”

“Irma juga membawa saya berjumpa dengan Wardina Saffiyah untuk mendapatkan tunjuk ajar dan sokongan mereka,”

5. Yatt Hamzah
Yatt Hamzah

Pelakon Yatt terkejut apabila kepalanya melekat lebih setengah jam pada sejadah ketika dia melakukan solat taubat baru-baru ini. Dalam sujud yang lama itu, Yatt berkata, dia nampak jelas setiap wanita mendedahkan aurat dipanggang api neraka yang amat dahsyat.

“Yatt menangis sambil menggigil ketakutan menyaksikan azab yang diterima wanita tidak menutup aurat.”
Sebelum itu dia bersama rakan menghadiri usrah pada 5 April lalu. Usrah itu berjaya menimbulkan keinsafan dirinya kerana sering mangabaikan solat selain mendedahkan aurat semata-mata mengejar glamour sebagai artis popular.

“Setiba di rumah pada petang itu Yatt terus buat solat taubat.”

Peliknya, kata Yatt, ketika dia melakukan sujud terakhir kepalanya tidak dapat diangkat. Mau tak mau, kata Yatt lagi, dia terus sujud memohon keampunan Allah sambil menangis.

Dalam sujud yang panjang itulah Yatt nampak jelas wanita yang mendedahkan aurat diseksa Allah di neraka. Tangisan Yatt makin kuat melihat gambaran neraka yang amat mengerikan itu.

“Yatt nampak semua wanita itu digantung rambutnya pada api neraka.”

“Semua wanita itu meraung minta Allah kembalikan mereka ke dunia untuk bertaubat dan memakai tudung.”
Malam itu kata Yatt dia tertidur di atas sejadah yang dibaluti telekung hingga ke subuh.


~ Alhamdulillah.. semakin ramai artis-artis Malaysia yang layak digelar artis muslimah, Semoga kita semua dapat mengambil iktibar daripada kisah-kisah penghijrahan artis ini.. InsyaAllah

p/s: kalau rasa post ni menarik share la ye / if you like this post please share it

0 comments:

Komen anda amat dihargai. Tapi jangan komen sesuatu yang boleh menyinggung perasaan dan melanggar undang-undang. Admin tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua yang ditulis dan penulisan anda tidak mewakili pandangan Admin.

[Info] Lengkap Sudah Tanda – Tanda Kiamat Kecil


Harus diingat, kita sudah pun ‘embrace’ kepada tanda-tanda kiamat besar secara tidak rasmi iaitu keluarnya Dajjal dan Yakjuj & Ma’juj. Dajjal telah pun keluar dan kini berada dalam peringkat ‘sehari sama seperti sebulan’ iaitu diluar dimensi masa manusia. Manakala Yakjuj & Ma’juj telah pun dibebaskan setelah Tembok Zulkarnain (dengan izin Allah) telah runtuh di Georgia. Golongan mereka pada hari ini telah menjadi Ashkenazi Jews & Zionist! Golongan mereka yang terakhir akan keluar ialah selepas Dajjal dibunuh oleh Isa a.s. Hanya 8 tanda-tanda besar kiamat yang masih tinggal. Allahu A’lam.

Disaat kita berada dalam lena yang panjang, ketika itulah kiamat akan datang, dan kalian kelihatan seperti keldai yang terpinga-pinga. Maka, ambillah peringatan, kerana peringatan itu amat berguna kepada mereka-mereka yang berfikir.

1) Penaklukan Baitulmuqaddis
Dari Auf b. Malik lah.a. katanya, Rasulullah s.a.w telah bersabda: “saya menghitung 6 perkara menjelang – hari kiamat.” Baginda menyebutkan salah 1 di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.” – Sahih Bukhari

2) Zina bermaharajalela
“Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.” – Sahih Muslim

3) Bermaharajalela alat muzik
“Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka.
” Ada yang bertanya kepada Rasulullah; “Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?” Baginda menjawab; “Apabila telah bermaharajalela bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita” – Ibnu Majah

4) Menghias masjid & membanggakannya
“Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid” – Riwayat -Nasai.

5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik
“Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga.” – Riwayat Ahmad dan Hakim.

6) Ramai orang soleh meninggal dunia
“Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik & ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran” – Riwayat Ahmad

7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat
“Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’ bin Luka’ (orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia”- Riwayat Thabrani

8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja
“Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.” – Riwayat Ahmad

9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang
Diriwayatkan dari Abu Hurairah lah.a. “Di antara tanda-tanda telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian2 wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang”.

10) Bulan sabit kelihatan besar
“Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.”
- Riwayat Thabrani

11) Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita
“Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu” – Sahih Muslim

12) Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar
“Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar.” – Riwayat Ahmad

13) Negara Arab menjadi padang rumput & sungai
“Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai” – Sahih Muslim

14) Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda
“Pada akhir zaman akan muncul suatu kaum yang mencelupi rambut mereka dengan warna hitam seperti ‘bulu merpati’ yang mereka itu tidak akan mencium bau syurga.” – Sahih Abu Daud & Nasai

15) Munculnya gaya hidup mewah dan manja di kalangan umat Islam
“Apabila umatku berjalan dengan sombong dan yang melayan mereka adalah putera-puteri raja, putera-puteri Parsi dan Rom, maka orang yang paling buruk akan berkuasa terhadap orang yang paling baik (pilihannya).” – Riwayat Tarmizi, Sahih Abdullah ibnu Umar r.a.

Kini, Kita hanya menunggu saat tibanya..


Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata: “Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: “Apa yang kamu perbincangkan?”. Kami menjawab: “Kami sedang berbincang tentang hari qiamat”. Lalu Nabi saw. bersabda: “Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya”. Kemudian beliau menyebutkannya: “Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam alaihissalam, Ya’juj dan Ma’juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka”.
(H.R Muslimi)

Keterangan:
Sepuluh tanda-tanda qiamat yang disebutkan Rasulullah saw. dalam hadis ini adalah tanda-tanda qiamat yang besar-besar, akan terjadi di saat hampir tibanya hari qiamat. Sepuluh tanda itu ialah:

1. Dukhan (asap) yang akan keluar dan mengakibatkan penyakit yang seperti selsema di kalangan orang-orang yang beriman dan akan mematikan semua orang kafir.

2. Dajjal yang akan membawa fitnah besar yang akan meragut keimanan, hinggakan ramai orang yang akan terpedaya dengan seruannya.

3. Binatang besar yang keluar berhampiran Bukit Shafa di Mekah yang akan bercakap bahawa manusia tidak beriman lagi kepada Allah swt.

4. Matahari akan terbit dari tempat tenggelamnya. Maka pada saat itu Allah swt. tidak lagi menerima iman orang kafir dan tidak menerima taubat daripada orang yang berdosa.

5. Turunnya Nabi Isa alaihissalam ke permukaan bumi ini. Beliau akan mendukung pemerintahan Imam Mahadi yang berdaulat pada masa itu dan beliau akan mematahkan segala salib yang dibuat oleb orang-orang Kristian dan beliau juga yang akan membunuh Dajjal. 

6. Keluarnya bangsa Ya’juj dan Ma’juj yang akan membuat kerosakan dipermukaan bumi ini, iaitu apabila mereka berjaya menghancurkan dinding yang dibuat dari besi bercampur tembaga yang telah didirikan oleh Zul Qarnain bersama dengan pembantu-pembantunya pada zaman dahulu.

7. Gempa bumi di Timur. 

8. Gempa bumi di Barat. 

9. Gempa bumi di Semenanjung Arab. 

10. Api besar yang akan menghalau manusia menuju ke Padang Mahsyar. Api itu akan bermula dari arah negeri Yaman. 

Mengikut pendapat Imam Ibnu Hajar al-Asqalani di dalam kitab Fathul Bari beliau mengatakan: “Apa yang dapat dirajihkan (pendapat yang terpilih) dari himpunan hadis-hadis Rasulullah Saw. bahawa keluarnya Dajal adalah yang mendahului segala petanda-petanda besar yang mengakibatkan perubahan besar yang berlaku dipermukaan bumi ini. Keadaan itu akan disudahi dengan kematian Nabi Isa alaihissalam (setelah belian turun dari langit). Kemudian terbitnya matahari dari tempat tenggelamnya adalah permulaan tanda-tanda qiamat yang besar yang akan merosakkan sistem alam cakerawala yang mana kejadian ini akan disudahi dengan terjadinya peristiwa qiamat yang dahsyat itu. Barangkali keluarnya binatang yang disebutkan itu adalah terjadi di hari yang matahari pada waktu itu terbit dari tempat tenggelamnya”.


p/s: kalau rasa post ni menarik share la ye / if you like this post please share it

0 comments:

Komen anda amat dihargai. Tapi jangan komen sesuatu yang boleh menyinggung perasaan dan melanggar undang-undang. Admin tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua yang ditulis dan penulisan anda tidak mewakili pandangan Admin.

[Mobile] Mahkamah AS Sekat Penjualan Samsung Galaxy Tab

Samsung Galaxy Tab 10.1

SAN FRANCISCO – Sebuah mahkamah Amerika Syarikat (AS) di sini semalam mengharamkan penjualan Samsung Galaxy Tab 10.1 ekoran pertikaian dengan Apple.
 
Apple mendakwa yang Samsung melanggar etika dengan meniru reka bentuk daripada model mereka, iPad.
 

Samsung tablet dianggap oleh kebanyakan penganalisis sebagai saingan terdekat Apple iPad.
 
Bagaimanapun pengharaman itu tidak membabitkan Galaxy Tab 10.1 II, edisi terbaru tablet.
 
Perbicaraan kes dijadualkan bermula di California pada 30 Julai ini.
 
Apple perlu membayar bon AS$2.6 juta bagi memfailkan injunksi yang dipohon Mei lalu, untuk membayar pampasan jika pengharaman itu difikirkan tidak perlu.
 
Menurut Hakim Mahkamah Daerah Lucy Koh, walaupun Samsung mempunyai hak untuk bersaing, namun ia tidak ada hak untuk bersaing secara tidak sihat dengan melanggar peraturan produk di pasaran.
 
Hakim sebelum ini menafikan rayuan Apple bagi memohon injunksi ke atas tablet Galaxy dan telefon pintarnya tetapi meminta mahkamah persekutuan untuk menimbang semula permintaan Apple. – Sinar Harian


p/s: kalau rasa post ni menarik share la ye / if you like this post please share it

0 comments:

Komen anda amat dihargai. Tapi jangan komen sesuatu yang boleh menyinggung perasaan dan melanggar undang-undang. Admin tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua yang ditulis dan penulisan anda tidak mewakili pandangan Admin.

[Hiburan] ‘Pamela Anderson’ Malaysia, Beraksi Seksi Di Jakarta


Amboi siapa ni? Aksinya menyeksakan mata memandang? Haa inilah pelakon sensasi Lana Nordin yang pernah digelar Pamela Anderson Malaysia tidak lama dulu. Tapi Lana ni dah lama senyap. Tiba-tiba Mangga Muda ternampak aksi Lana di alam maya. Panas dan hangat gitu.

Lana Nordin

Inilah antara aksi Lana semasa berparti bersama teman-teman di Anchol, Jakarta dalam Sandscape Beach Party pada 16 Jun lalu. Parti itu diadakan sempena Festival Bunga Api Antarabangsa Indonesia 2012 dan hiburan sampai pagi yang dianjurkan di tepi pantai di Anchol.

Lana Nordin

Agaknya Lana ingat tak ada yang kenali dia di sana sebab itulah dia berani berpakaian seksi yang menonjolkan sebahagian besar aset sensasinya itu. Tak tahulah siapa bersama-sama Lana ni. Mangga Muda tak kenal sangatlah. Pakwe atau teman rapat dia tu? Mangga muda rasa macam pernah perasan kelibat rakan-rakan Lana tu dalam iklan. Kira mereka aktif dalam peragaanlah.
Mangga Muda: Agaknya cuaca di Jakarta panas sangat, sebab itulah Lana tak nak pakai baju yang menutup tubuh dia. SEJUK SANGAT KER LANA?

p/s: kalau rasa post ni menarik share la ye / if you like this post please share it

0 comments:

Komen anda amat dihargai. Tapi jangan komen sesuatu yang boleh menyinggung perasaan dan melanggar undang-undang. Admin tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua yang ditulis dan penulisan anda tidak mewakili pandangan Admin.

[Berita] Bapa Terjun Kondo Tingkat 21 Bersama Dua Anak


SERDANG – Hati seorang ibu bukan sahaja remuk malah, sehingga kini masih tidak dapat menerima perbuatan suaminya yang bertindak membawa dua anak kesayangannya ke tingkat 21 Kondominium Hulu Langat Jaya, Batu 9, Cheras sebelum ketiga-tiga mereka terjatuh lalu mati malam kelmarin.

Eksekutif kanan sebuah pejabat pinjaman di Kuala Lumpur itu hanya mampu meratap dan menangis teresak-esak mengenang tragedi tersebut sebaik tiba di tempat kejadian dari rumah ibunya di Bandar Tun Razak, Cheras pada pukul 9 malam.

TINGGAL kenangan. Mohd. Faizal (berdiri belakang) dan adiknya, Aqsa Khan (depan kanan) bergambar bersama saudara-mara mereka.
Sepanjang berada di situ, Sharizuraidah Ridzuan, 31, cuba ditenangkan oleh sanak saudara tetapi air matanya bagaikan tidak mampu ditampung lagi dan berterusan menangis. Dia hanya kelihatan sedikit tenang ketika ditemui di Hospital Serdang di sini pagi semalam.

Kejadian pukul 8.40 malam kelmarin itu meragut nyawa suami Sharizuraidah yang dikenali sebagai Ismail Khan, 39, anak lelakinya, Mohd. Faizal, 9, dan anak perempuannya, Aqsa Khan, 6. Ismail adalah warga Pakistan.

Menurut Sharizuraidah, dia begitu terkilan dengan kematian anak-anaknya kerana belum sempat memenuhi beberapa permintaan permata hatinya itu.


p/s: kalau rasa post ni menarik share la ye / if you like this post please share it

0 comments:

Komen anda amat dihargai. Tapi jangan komen sesuatu yang boleh menyinggung perasaan dan melanggar undang-undang. Admin tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua yang ditulis dan penulisan anda tidak mewakili pandangan Admin.

[Berita] 75 peratus dapat kerja selepas 6 bulan


PUTRAJAYA: Kajian Pengesahan Graduan, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mendapati 75 peratus graduan memperoleh pekerjaan enam bulan selepas menamatkan pengajian, seperti disasarkan pada 2010.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata jumlah itu termasuk graduan yang menunggu penempatan, mengikuti latihan dan menyambung pengajian dalam enam bulan selepas tamat pengajian.

Katanya, kumpulan sasar kementerian termasuk pelajar dalam tempoh pengajian sehingga menduduki peperiksaan akhir, menamatkan kursus dan graduan masih dalam sistem pengajian tinggi bagi tempoh enam bulan selepas menduduki peperiksaan akhir atau selepas konvokesyen.

“KPT memilih pendekatan ini bagi memastikan graduan mempunyai kebolehan tinggi, bermutu dan ada nilai tambah dari segi kemahiran insaniah serta memenuhi kehendak pasaran bagi memperoleh pekerjaan bersesuaian.


“Kerajaan turut memperuntukkan RM75 juta tahun ini bagi pelaksanaan program berkaitan kebolehpasaran dan kebolehdapatan kerja graduan untuk kumpulan sasar ini,” katanya pada majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dan Pelancaran Inisiatif Pembangunan Modal Insan, di sini, semalam.

Teks ucapan beliau dibaca Timbalan Ketua Setiausaha Pengurusan KPT, Datuk Omar Abd Rahman.
MoU di antara KPT dan Might-Meteor Advanced Manufacturing (MMAM) Sdn Bhd itu dimeterai sempena majlis pelancaran Seminar Pemantapan Program Kebolehdapatan Kerja Graduan dan Program ‘Siri Pemimpin’.

Khaled berkata, berbanding 2007, keupayaan graduan mendapat kerja meningkat tahun lalu dalam semua kategori iaitu 77.4 peratus di Universiti Penyelidikan, Universiti Komprehensif (72.2 peratus) dan 74.2 peratus bagi Universiti Berfokus.

Katanya, kerjasama antara KPT-MMAM membuktikan komitmen kerajaan menangani isu kebolehpasaran graduan dalam bidang teknologi tinggi menerusi perkongsian berkesan antara sektor awam dan swasta bagi menambah baik kemahiran bakat tempatan supaya memenuhi keperluan industri.

Program ‘Siri Pemimpin’ bertujuan meningkatkan kemahiran graduan sebagai pakar industri berteknologi tinggi pada masa depan dengan menyasarkan pembangunan kepakaran yang khusus dalam teknologi elektrik dan elektronik, teknologi hijau serta industri minyak dan gas.

p/s: kalau rasa post ni menarik share la ye / if you like this post please share it

0 comments:

Komen anda amat dihargai. Tapi jangan komen sesuatu yang boleh menyinggung perasaan dan melanggar undang-undang. Admin tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua yang ditulis dan penulisan anda tidak mewakili pandangan Admin.

[Mobile] Kenapa Android Lagi Best Dari Blackberry?

android, blacberry, operating system

Kelebihan OS Android berbanding Blackberry : Operating System Android dan Blackberry sering menjadi perbualan hangat pengguna smartphone ataupun mereka-mereka yang mahu menggunakan salah satu OS tersebut. Jadi di sini kami senaraikan beberapa Kelebihan Android berbanding Blackberry untuk rujukan anda:

Kelebihan OS Android berbanding Blackberry

1. Performance
:: BlackBerry: cepat dan stabil. Tapi selalu juga berlaku smartphone-hang yang memerlukan pengguna mengeluarkan bateri daripada tempatnya dan yang paling menyedihkan adalah proses untuk re-boot adalah selama 3 hingga 8 minit.

:: Android: Sangat cepat. Belum ada komen negatif tentang masalah smartphone-hang yang memerlukan anda mengeluarkan bateri daripada tempatnya, kecuali jika anda ingin menggantikan SIM card anda. Dan proses re-boot nya juga jauh lebih laju dan cepat.

2. Bateri
:: BlackBerry: umur bateri BB memang luar biasa dan mengagumkan. Ianya disebabkan BB tidak banyak melakukan proses untuk pelbagai aplikasi yang kompleks seperti yang terdapat pada Android.

:: Android: Tidak tahan lama, maximum tahan selama 28jam. Tapi harus diingat bahawa Android memakai bateri untuk BANYAK aplikasi di dalamnya. Contohnya jika Anda menggunakan OS Android untuk browsing laman web atau tonton video selama 1 jam, sudah pasti ianya memakan lebih banyak tenaga bateri anda. Kesimpulannya, gunakan bateri anda secara terkawal.

3. Email
:: Blackberry: email pada BB memang menjadi tumpuan utama pihak RIM. Gmail pada BB pun telah dioptimalkan fungsinya, tapi tentu saja tidak sebaik pada Android.

:: Android: apa yang Anda ragukan dari Gmail buatan Google yang dijalankan pada Android yang juga buatan Google? Hehe..

4. User Interface (UI)
:: Blackberry: membosankan, done.

:: Android: Anda tidak akan merasa bosan untuk menjelajah setiap sudut OS Android. Dijamin.

5. Web Browsing
:: Blackberry: sangat membosankan kerana memakan masa yang lama.

:: Android: disinilah letak kelebihan Android. Android menjadi juara jika dibandingkan dengan semua mobile OS. Jika anda membandingkan web browsing pada Android dengan BlackBerry, seperti siang dan malam saja. Jauh berbeza.

6. Aplikasi
:: Blackberry: BlackBerry memang memiliki jumlah aplikasi yang banyak, tapi pada masa yang sama iPhone juga semakin jauh meninggalkan BlackBerry. Jadi lebih baik melihat apa yang bisa dilakukan BlackBerry untuk memperbaiki kedudukannya di belakang iPhone OS dan Android.

:: Android: Semakin banyak aplikasi yang dulunya hanya ada di iOS, kini sudah ada versi untuk Android juga. Pesaing sebenar untuk OS Android adalah iPhone, bukan BlackBerry.

p/s: kalau rasa post ni menarik share la ye / if you like this post please share it

0 comments:

Komen anda amat dihargai. Tapi jangan komen sesuatu yang boleh menyinggung perasaan dan melanggar undang-undang. Admin tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua yang ditulis dan penulisan anda tidak mewakili pandangan Admin.

[Berita] Bukit Bintang Plaza Nak Diruntuh


KUALA LUMPUR – Pusat membeli-belah Bukit Bintang Plaza, yang merupakan simbol kepada pusat perniagaan Bumiputera di kawasan segitiga emas dijangka akan dirobohkan pada awal tahun depan.

“MRT Corp telah memberi kami masa sehingga akhir tahun untuk mengosongkan bangunan.
“Notis pengusiran akan dikeluarkan kepada penyewa untuk keluar,” kata Pengarah Urusan UDA Holdings, Ahmad Abu Bakar kepada pemberita selepas satu sesi dialog bersama para penyewa pada Selasa.


Beliau berkata, UDA akan menunggu keputusan daripada Kementerian Kewangan berhubung permohonan oleh Tradewinds (M) Bhd untuk menyertai dalam pembinaan semula bangunan Bukit Bintang Plaza.

Ahmad berkata, UDA telah menerima permohonan rasmi daripada Tradewinds dan beberapa syarikat lain yang berminat untuk menyertai projek itu. - BERNAMA


p/s: kalau rasa post ni menarik share la ye / if you like this post please share it

0 comments:

Komen anda amat dihargai. Tapi jangan komen sesuatu yang boleh menyinggung perasaan dan melanggar undang-undang. Admin tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua yang ditulis dan penulisan anda tidak mewakili pandangan Admin.

[Hiburan] Sasha Saidin Ambil Borang Cerai Kat Mahkamah


Kalau ada yang keliru dengan tajuk, Sasha Saidin belum lagi memfailkan sebarang permohonan cerai, hanya ke mahkamah untuk mengambil borang. Jadi, mulakan spekulasi.

Laporan mStar Online hari ini menulis yang Sasha Saidin di’lihat datang ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur untuk mengambil borang memfailkan penceraian.

Apabila di’ajukan soalan berkaitan tujuan beliau datang ke mahkamah semalam, Sasha Saidin tenang menjawab yang beliau mahu menyelesaikan hal peribadi keluarga.

“Saya hadir ke sini bagi menyelesaikan hal peribadi”


“Selebihnya, saya enggan komen lebih lanjut. Di’harap anda (pihak media) faham dengan permintaan saya. Ia sangat peribadi untuk dijelaskan,” ujar beliau.

Sasha Saidin turut mengambil pendekatan untuk tidak mengulas lanjut apabila di’tanya sama ada kehadiran beliau ke mahkamah ada kaitan dengan rumahtangga beliau bersama Salyo Priyanto yang di’kahwini sejak tahun 2007.

sumber : rotikaya
p/s: kalau rasa post ni menarik share la ye / if you like this post please share it

0 comments:

Komen anda amat dihargai. Tapi jangan komen sesuatu yang boleh menyinggung perasaan dan melanggar undang-undang. Admin tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua yang ditulis dan penulisan anda tidak mewakili pandangan Admin.

Blog Ping Tool