KLANG: Dia dipanggil ‘baba’ oleh seorang budak perempuan berusia lima tahun yang dijaga isterinya, namun dia rupa-rupanya syaitan bertopengkan manusia apabila tergamak merogol dan meliwat kanak-kanak malang itu.
Amat menyedihkan kerana suspek yang berusia 50-an dan berstatus orang kelainan upaya (OKU) serta menerima pencen ilat akibat kemalangan di tempat kerja beberapa tahun lalu, bijak mengambil kesempatan di atas sikap manja mangsa kepadanya.
Kejadian itu yang berlaku di sebuah kampung di pinggir bandar ini hanya disedari ibu mangsa baru-baru ini apabila mangsa yang masih belajar di tadika mengadu kesakitan di bahagian kemaluan.
Sumber berkata, kanak-kanak perempuan malang itu dijaga pengasuh yang juga isteri suspek sejak berusia dua tahun manakala dua lagi adik mangsa dijaga nenek kanak-kanak itu.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
[Berita] Pelantar Minyak Terbakar, 5 Cedera Seorang Parah
MIRI: Lima pekerja syarikat Petronas Carigali di perairan Tukau, kira-kira 31 batu nautika dari kuala Sungai Miri, di sini, cedera termasuk seorang melecur 70 peratus badan selepas pemampat udara di pelantar minyak itu terbakar, semalam.
Dalam kejadian jam 9 pagi itu, dua daripada mangsa yang cedera ialah kakitangan Petronas Carigali manakala tiga yang lain pekerja kontrak yang menyelenggara pelantar berkenaan.
Mangsa yang melecur 70 peratus di badan dikenali Bernad Christopher, 39, manakala empat mangsa lain ialah Mohd Syahrizal Yusop, 27; Joseph Brandah Buar, 25; Stephen Anyi, 50; dan Saberi Khan Abdul Ghani Khan, 40.
Semua mangsa diterbangkan dengan helikopter dari tempat kejadian ke Terminal Dua, Lapangan Terbang Miri, sebelum dibawa menggunakan ambulans ke Unit Kecemasan Hospital Miri, jam 12.45 tengah hari bagi mendapatkan rawatan lanjut.
Jurucakap hospital berkata, Bernad melecur hampir 70 peratus di bahagian badan manakala empat lagi dilaporkan berada dalam keadaan stabil.
Sehingga kini, semua mangsa masih berada di Hospital Miri dan difahamkan keluarga mangsa sudah dimaklumkan mengenai kejadian itu.
Sementara itu, Setiausaha Politik Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Sebastian Ting yang turut meluangkan masa melawat mangsa di hospital itu berkata, juruteknik yang mengalami kecederaan kritikal masih ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU).
“Mangsa yang melecur teruk itu masih ditempatkan di ICU dengan kakitangan perubatan mengkategorikan tahap kelecuran mangsa pada tahap satu,” katanya.
Difahamkan, kejadian berlaku ketika semua mangsa melakukan kerja rutin, namun mereka tiba-tiba disambar api yang merebak terlalu pantas.
Sementara itu, jurucakap Petronas Carigali berkata, kebakaran dikawal sepenuhnya jam 10.05 pagi dan pihaknya masih menyiasat punca sebenar kejadian. - metro
0 comments:
[Berita] Culik Dan Seksa Kerana Syabu RM6juta
KUALA LUMPUR: “Dalam keadaan kedua-dua tangan dan kaki diikat, mereka tanpa belas kasihan mencucuh muka dengan besi kimpalan yang masih bernyala, malah saya turut dipukul dengan rotan dan kayu,” kata seorang ahli perniagaan yang menjadi mangsa ‘tersalah culik’ oleh lima penjenayah sebelum dia dihumban di tepi jalan.
Mangsa yang mahu dikenali sebagai Hamzi, 36, berkata demikian ketika menceritakan pengalaman ngeri dia diseksa lebih tiga jam selepas diculik ketika berada berhampiran sebuah pusat beli-belah di Bukit Bintang, di sini, jam 8.30 malam, Khamis lalu.
Menurutnya, sebelum kejadian dia keluar bersama isteri dan empat anaknya, namun sebaik turun dari kereta, empat lelaki meluru ke arahnya dan menarik dia masuk dalam sebuah kereta Honda Accord.
“Seorang daripada suspek menutup kepala saya menggunakan beg,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Shah Alam, semalam.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
0 comments:
[Berita] Twitter Untuk Kenyataan Rasmi
SHAH ALAM – Media sosial baru seperti Facebook dan Twitter boleh dijadikan medium mengeluarkan kenyataan rasmi kerajaan selagi perkara itu dinyatakan dengan spesifik.
Ketua Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan Awam, Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod berkata, teknologi hari ini membuatkan pihak kerajaan mempunyai pelbagai pilihan untuk menyampaikan maklumat.
“Bagaimanapun, perkara itu perlu dinyatakan secara spesifik dan jelas bahawa apa yang disampaikan adalah kenyataan rasmi oleh pihak berkenaan.
“Namun, penggunaan medium baru seperti Twitter tidak boleh dijadikan dalam bentuk arahan jika cara pemberitahuan itu tidak sampai kepada siapa yang akan menerima dan melaksanakan arahan itu,” katanya.
Menurut Nik Ahmad, jika dahulu badan kerajaan mengirimkan kenyataan rasmi melalui faks, tetapi dengan kemudahan yang ada seperti e-mel dan Facebook kini telah menjadi medium baru mereka.
“Tidak menjadi kesalahan jika e-mel yang dihantar berbentuk rasmi daripada pihak tertinggi sesuatu badan itu dan ia akan menjadi satu kenyataan rasmi kerajaan.
“Bagi kenyataan di laman Facebook pula, kenyataan itu sebolehnya perlu melalui laman rasmi kementerian terbabit dan perlu menjelaskan ia adalah kenyataan rasmi agar orang ramai jelas dan tidak menyalahgunakan maklumat yang diterima,” katanya.
Ketika diminta mengulas mengenai kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang menteri di Twitter milik peribadi, Nik Ahmad berpendapat bahawa kebanyakan yang diungkapkan di Twitter adalah berbentuk pandangan.
“Apa yang dinyatakan itu bukan arahan, tetapi adalah komen mereka mengenai sesuatu perkara. Walaupun individu terbabit layak mengeluarkan arahan kepada pihak bawahannya, namun ia perlu dalam keadaan yang jelas dan memastikan apa yang diarahkan itu sampai kepada pihak bertanggungjawab,” katanya.
Bagaimanapun, katanya, ada sesetengah situasi yang mana komen di Twitter seseorang menteri itu dijadikan kenyataan rasmi apabila dimainkan oleh media.
“Ada menteri yang selesa gunakan medium ini untuk menjawab kenyataan media, dan kebiasaannya media akan menggunakan kenyataan itu.
“Apabila apa yang ada di Twitter dan Facebook dilaporkan, kebiasaannya akan dianggap sebagai kenyataan rasmi,” katanya. - sinarharian
0 comments:
[Mobile] Lamborghini Keluarkan Telefon Mewah, Hanya di Rusia (11 Gambar)
Seolah-olah BlackBerry Rekabentuk Porsche tidak cukup untuk memuaskan keinginan mereka yang mencari telefon pintar dengan sentuhan pembuat automotif, Lamborghini di sini untuk membantu mereka dengan rekabentuk yang lebih Itali. Sebuah web site Rusia mempunyai butiran pertama pada barisan Lamborghini yang baru ini, yang termasuk dua ciri telefon saduran emas, tablet, dan telefon pintar Android. Peranti-peranti tersebut dijangka akan dilepaskan di Rusia Ogos ini.
Telefon pintar TL700 ini badannya diperbuat dari logam dan kulit buaya dengan kaca sapphire untuk melindungi paparan, ini menjelaskan mengapa Lamborghini meletakkan harga 90,000 Rubles (USD$ 2,758 @ RM8,801) untuk 1 peranti Android 2.3 dengan paparan 3.7-inci 800x480 dan kamera 5 megapiksel.
0 comments:
[Video] Galaxy SIII Accessories
Samsung Netherlands posted a movie on Youtube about all great accessories for the Galaxy SIII.
0 comments:
[Hiburan] Neelofa Semakin Hangat
Seseorang artis itu semakin mencipta nama, segala tindak tanduknya mula menjadi perhatian umum. Perkara sama turut berlaku kepada bintang yang semakin menyinar dalam dunia seni, Noor Neelofa Mohd Noor atau Lofa, 22 tahun.
Tidak sampai dua tahun pembabitannya dalam dunia lakonan dan pengacaraan, Lofa berjaya menempatkan diri sebaris dengan bintang popular masa kini.
Pendedahan diterima juga semakin meluas. Wajahnya saban minggu menghiasi televisyen, sama ada mengacara Nona mahupun membintangi telefilem.
Seiring populariti diraih, Lofa kini mula berasa bahang menjadi artis dikenali.
Segala perilaku dan penampilan mendapat perhatian hinggakan perkara lampau dan sejarah hidupnya dikorek dan didedahkan untuk dijadikan bahan bualan masyarakat.
Penampilannya yang hanya berkemban sewaktu menjayakan klip video kumpulan bernaung di bawah syarikat rakaman KRU Records lebih empat tahun lalu, dipaparkan beberapa laman blog hiburan hingga menjadi isu hangat baru-baru ini.
Sudah tentu ramai mengecam dan meluahkan rasa kurang senang terhadap gaya ditampilkan.
Bukan itu saja, malah sikapnya yang suka ‘cakap lepas’ dengan niat mahu jujur bagi memperbaiki sesuatu perkara turut disalah erti.
Memburukkan keadaan apabila ada pihak menggunakan kenyataan diberikan sebagai bahan sensasi sehingga mencetus kontroversi dan rasa tidak selesa sesetengah pihak.
Berbicara mengenai beberapa isu yang dikaitkan dengannya baru-baru ini, Lofa menerimanya dengan tenang dan menjelaskan, ia sengaja dibangkitkan dengan niat dijadikan modal ‘cari makan’ oleh sesetengah pihak. Perkara itu secara tidak langsung mewujudkan kontroversi membabitkannya.
Gambar yang tersebar itu sudah lama. Malah sebelum saya menyertai pertandingan Dewi Remaja lagi. Saya tidak ambil pusing sangat kerana ia disiarkan pihak tertentu dengan niat untuk cari makan.
“Penulis blog hiburan yang menggunakan gambar itu mengharapkan apabila ia disiarkan, jumlah pembaca laman web mereka akan meningkat.
“Apapun, saya melihat isu ini daripada sudut positif. Ia banyak mengajar saya supaya lebih berhati-hati apabila tampil di depan umum,” katanya.
Lofa tidak menafikan, kemungkinan gambar berkemban itu bukan yang pertama dan selepas ini banyak lagi akan digunakan sesetengah pihak untuk meraih keuntungan.
Tambahan pula sebelum ini, anak kelahiran Pasir Mas, Kelantan itu lebih dikenali sebagai model. Sepanjang tempoh itu banyak kerja-kerja peragaan dilakukan, termasuk menggayakan pakaian yang dianggap sesetengah pihak terlalu seksi.
“Tidak dinafikan pada zaman remaja, saya suka bergaya dan memakai pakaian yang selesa bagi saya. Begitupun, apabila meningkat dewasa, manusia berubah mengikut peredaran masa dan usia.
“Bergelar artis dikenali, saya harus bertindak secara rasional kerana sedar kini saya menjadi perhatian umum. Saya harus menghormati perkara itu dan mula tukar penampilan.
“Waktu sama, saya turut menerima banyak komen daripada peminat. Sebagai contoh, ada yang menegur dengan berkata ‘awak tutup sikit, sebab kita suka awak’.
“Mereka menegur dengan baik dan saya menghargai teguran seperti itu. Saya ambil teguran mereka dan cuba ubah, namun untuk melakukan perubahan sudah tentu mengambil masa,” katanya.
Mengenai sikapnya yang lantang dalam memberikan pendapat sehingga menimbulkan rasa kurang senang sesetengah pihak, Lofa mengatakan, dia mula sedar perkara itu.
Tegas Lofa, niatnya baik untuk memperbaiki kelemahan sama ada datang daripada diri sendiri atau pihak lain. Lofa berpegang kepada prinsip ‘berani berkata benar’. Cuma apabila perkara itu dilakukan, ada pihak tidak boleh menerimanya.
“Sama juga dengan beberapa kenyataan yang saya siarkan dalam laman sosial twitter. Apa yang saya katakan sebenarnya dengan niat hendak berkongsi atau memberi maklum balas terhadap komen dan pertanyaan peminat. Tidak sangka pula ia diambil dan dijadikan isu sehingga timbul masalah lain,” katanya.
Pelakon yang mula diperkenalkan sebagai pengacara menerusi program bercorak infotainment Paparazi terbitan KRU menjelaskan, kenyataan diberi diharap akan diterima, sekali gus memudahkan kerja.
“Fasha Sandha sebelum ini pernah hangat dengan isu panas apabila memberikan teguran kepada produksi mahupun pelakon lain yang lewat tiba ke lokasi. Kalau fikir negatif, kita akan nampak perbalahan antara dia dan artis yang ditujukan.
Bagaimanapun kalau melihat positifnya, bagi saya masa sangat berharga dan disiplin adalah penting dalam kerja.
“Sikap Fasha mementingkan masa mendapat pujian ramai. Saya mahu mengikut jejak langkahnya, tapi sayang orang tidak nampak.
“Saya juga sedar apabila bersikap telus dan bercakap dari kotak fikiran, orang susah hendak menerimanya dalam waktu sekarang tetapi lama kelamaan ia akan membantu dalam membuatkan orang lebih memahaminya pada masa akan datang.
“Bila saya bercakap sekarang, orang akan kata saya tak suka itu dan ini, cuba bersikap diva dan berangan, tetapi percayalah dalam jangka masa panjang, perkara itu membuatkan orang lebih memahami saya dan ia membantu memudahkan kami untuk bekerjasama.
“Fasha juga begitu tetapi sekarang orang sebut dan puji sikapnya yang kuat disiplin dan menghargai masa,” katanya.
Waktu sama, Lofa turut melihat perkara itu dalam sudut lain membabitkan dirinya. Kemungkinan pemilihan perkataan dan ayat digunakan itu salah menyebabkan mereka yang mendengar atau membaca kenyataannya di laman sosial membuat tafsiran salah.
“Isu yang timbul daripada sikap saya yang suka cakap lepas juga sebenarnya mengajar saya untuk lebih berhati-hati apa yang perlu saya katakan.
“Pilih perkataan sesuai dan lebih penting lagi, jangan buka mulut jika perkara yang hendak dikatakan itu tidak mendatangkan kebaikan.
“Memilih perkataan sewaktu hendak memberikan komen di laman sosial juga penting. Semua ini membuatkan saya menjadi lebih matang,” katanya.
Belajar kenal karya bagus
Dalam tempoh singkat, kerjaya seni Lofa yang mengikuti pengajian dalam bidang Perdagangan Antarabangsa & Pemasaran di Sunway University College sungguh membanggakan.
Selepas filem sulungnya, Azura 2012 ditayangkan Februari lalu, menyusul selepas ini Lemak Kampung Santan, Saya Amat Mencintaimu (SAM) dan King Kapchai terbitan KRU Studios. Waktu sama, Lofa dilamar penerbit filem Ombak Rindu, Sharad Sharan membintangi filem terbarunya.
Selepas hampir setahun setengah bergelar pelakon, Lofa mengakui kerjaya seninya berkembang baik. Banyak perkara baru dipelajarinya dan paling penting, tahu hendak memilih filem mahupun drama dibintangi menerusi pengarah mahupun skrip.
“Dulu saya tidak tahu banyak. Apabila diberikan skrip, saya hanya baca. Berbeza sekarang, saya tahu apa penonton mahukan. Kritikan diterima menerusi drama atau filem dilakonkan saya jadikan bahan untuk menilai mana kelemahan dan kelebihan yang ada.
“Contohnya telefilem Nyanyian Sakaratulmaut yang disiarkan menerusi slot Cerekarama baru-baru ini, ia mendapat banyak komen. Daripada situ, saya mula faham dan tahu apa yang yang penonton mahukan.
“Namun semua itu tidak bermakna saya bersikap memilih selepas ini. Cuma saya akan menjadi lebih oportunis dengan menerima tawaran yang dirasakan bagus dan memenuhi kehendak penonton.
“Penonton generasi muda sekarang sukakan jalan cerita berbeza atau corak persembahan lebih segar. Mereka tidak mahu lagi menyaksikan karya mendatar atau jalan cerita terlalu ringan,” katanya yang bakal mempertaruhkan lakonan terbaru, Janji Jujur di TV9 pada 13 Jun ini.
0 comments:
[Berita] Tiga Sahabat Hilang Selepas Keluar Rumah
SUNGAI SIPUT: Helah tiga rakan baik menipu ibu bapa masing-masing kononnya ingin menghadiri kelas tuisyen di sekolah mereka pagi kelmarin mengundang kebimbangan keluarga apabila ketiga-tiga mereka tidak pulang ke rumah sehingga petang semalam.
Kehilangan murid lelaki tahun enam Sekolah Kebangsaan Muhibbah di sini, itu disedari keluarga masing-masing sebelum laporan dibuat di Balai Polis Sungai Siput.
Kanak-kanak berkenaan dikenali sebagai P Muganasundram, S Vijay dan Muhamad Nazir Hussen, keluar dari rumah mereka di sini pada jam 7 pagi kelmarin dengan berbasikal sambil menggalas beg kecil.
Ibu Vijay, R Anaugam, 36, ketika ditemui semalam berkata, anaknya memaklumkan ingin ke sekolah pagi berkenaan bagi menghadiri kelas tuisyen.
Dia yang juga pekerja kilang berkata, dia membenarkan anaknya menghadiri kelas tuisyen itu sebelum keluar bekerja pada jam 4.30 pagi.
“Bagaimanapun, anak sulung saya menelefon pada jam 2.30 petang pada hari kejadian dan memaklumkan Vijay belum pulang sedangkan dia sepatutnya habis pulang kelas berkenaan kira-kira jam 12.30 tengah hari.
“Saya bergegas pulang sebelum menuju ke sekolah, namun pengawal keselamatan sekolah memaklumkan tiada aktiviti di sekolah hari itu termasuk kelas tuisyen,” katanya.
Katanya, dia segera membuat laporan polis mengenai kehilangan anaknya itu.
Menurutnya, sehingga semalam, dia tidak menerima sebarang panggilan telefon daripada anaknya itu.
“Saya mencarinya di serata tempat termasuk menghubungi rakan baiknya, namun gagal menjejakinya. Saya berharap dia pulang segera.
“Malah, saya juga berharap individu yang menyembunyikan anak saya serta dua rakan rakannya itu memulangkan mereka dengan selamat,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintendan Azman Salim berkata, pihaknya mengesahkan menerima laporan mengenai kes kehilangan tiga kanak-kanak berkenaan.
Beliau berkata, pihaknya sedang menyiasatnya mengikut kes orang hilang.
“Kami berharap sesiapa yang menemui mangsa menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Siput di talian 05-598 2222 untuk membantu siasatan,” katanya.
0 comments:
[Berita] Bookie Euro 2012 Diberkas RM100,000 Di Rampas
GEORGETOWN - Polis menumpaskan sindiket bookie kejohanan Euro 2012 yang mengaut pertaruhan RM100,000 bagi setiap perlawanan, selepas menyerbu sebuah kedai minuman di Jalan Datuk Keramat, di sini malam tadi.
Pegawai Turus Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat Kontinjen Polis Pulau Pinang DSP Zailani Amit berkata dalam serbuan pada pukul 7.45 malam itu, polis menahan tiga lelaki termasuk seorang warga emas.
"Dua lelaki yang ditahan itu berumur lingkungan 30-an manakala seorang lagi berusia 79 tahun dan ketika ditahan mereka sedang menjalankan urus niaga menerusi Internet," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata siasatan awal mendapati warga emas itu terbabit dengan kesalahan yang sama semasa musim bola sepak Piala Dunia yang lepas.
Katanya sindiket itu terlibat mengatur pertaruhan perlawanan bola sepak dan menerima wang pertaruhan mencecah sehingga RM100,000 bagi setiap perlawanan.
"Hasil pemeriksaan, polis menemui beberapa peralatan dan perkakasan perjudian, 49 keping kertas disyaki maklumat pertaruhan, sejumlah wang tunai, dua buah telefon bimbit dan dua jadual perlawanan bola sepak Piala Euro," katanya.
Beliau berkata mereka ditahan bagi membantu siasatan menurut Seksyen 6(3) (a) Akta Pertaruhan 1953, yang jika bersabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak kurang RM20,000 atau penjara tidak lebih lima tahun, atau kedua-duanya. - Bernama
0 comments:
[Cool] Korang Tak kan Rasa Risau Kalau Awek Korang Macam Ni
0 comments:
[Video] Darth Vader Nak Beli Senjata Tapi Tak Dapat
Video ni ada maksud yang tersembunyi so kalau korang nak tahu pasal apa kenalah tengok sampai habis dulu.. ok..
0 comments:
[Pelik] Raksasa Laut Dalam Gigit Kabel Kamera
Hidupan laut dalam ini biasanya tinggal 8500 kaki di bawah laut. Ia dipanggil Giganteus Bathynomus, ia merupakan sepupu woodlouse didarat.
Kakinya disusun dalam tujuh pasang, dan 2 di depan mampu untuk memanipulasi dan membawa makanan ke empat set rahangnya.
Lihat dengan lebih dekat pada kabel dan didapati bahawa kelihatan tanda gigi seperti krustasia yang besar telah mengunyah kabel tersebut.
Inilah dia kamera dasar laut yang diserang Giganteus Bathynomus itu, kamera ini digunakan untuk kajian saintifik dasar laut.
0 comments:
[Informasi] Smart Weapon, Alat Baru Dalam Perang Siber
TALINN - Perkembangan pesat dalam teknologi perang siber telah menghasilkan ciptaan generasi baru digelar 'senjata pintar' teknologi maklumat (IT) yang mungkin akan disalah guna oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Pakar IT Pusat Pertahanan Siber, Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato), Enn Tyugu berkata, senjata pintar itu mungkin sukar dikawal dan mustahil untuk mengesahkan keselamatan alat baru tersebut.
"Tujuan program itu dibangunkan adalah untuk menangkis serangan perisian perosak (malware) seperti Stuxnet dan Flame tetapi ia mungkin boleh mencetuskan 'peperangan' lebih buruk dalam alam siber," katanya.
Difahamkan, China dan Rusia telah mengambil tindakan meningkatkan keupayaan pertahanan siber mereka sejak beberapa tahun lalu dengan menubuhkan unit IT baru.
Bagaimanapun, propaganda tetap dianggap sebagai 'senjata siber' paling berbahaya kerana ia menggunakan Internet sebagai medium menyebarkan mesej hasutan yang boleh mencetuskan konflik terbesar.
0 comments:
[Android] Galaxy S II GT-I9100G Admin Sudah Di "ICS"kan
Ingat Lagi ada satu post dari Admin sendiri pasal GT-I9100G belum dapat update firmware ICS lagi walaupun model sebelumnya iaitu GT-I9100 area eropah dah dapat merasa ICS. Memang kecewa sikit masa tu sebab ingatkan Samsung dah lupakan terus pasal GT-I9100G ni kan tapi nasib baik la ada juga ICS untuk variasi G ni dikeluarkan. Yang pertama dapat di asia ialah firmware untuk India dan kemudian diikuti oleh firmware Malaysia dan lain-lain negara asia dan asia barat. So dengan pantas Admin memuat turun stock firmware ICS 4.0.3 untuk di"flash"kan pada GT-I9100G Admin sendiri.
Apa yang admin dah buat dekat G admin,
>Galaxy SII GT-I9100G
>ICS 4.0.3
>Stock Firmware I9100GDXLP6 (M'sia)
>Custom Kernel ICS - 5.5.0.4 - codeworkx
>Root Access
>Bloatware semua freeze guna Titanium backup
>Apex launcher
![]() |
| Muka depan Apex Launcher Admin |
Masa update fimware ICS ni Admin tak guna software update atau samsung kies yang samsung bagi tu sebab macam tak yakin kat aplikasi tu lagipun ada ramai yang mengadu bermasalah bila update auto macam tu, kebanyakannya Admin terbaca kat dalam forum-forum dan group-group facebook. Lagipun dari start pakai android dulu Admin memang suka update manual je guna Odin.
Macam mana nak download firmware ni manually? apa susah kan ada CheckFus Downloader dan sammobile.com so boleh dapat firmware tu dari dua cara ni. Lepas dah dapat firmware ICS tu boleh la mula dengan acara 'flash' atau 'install' firmware tadi tu ke GT-I9100G masing-masing. Nak tau lagi detail pasal 'flashing' GT-I9100G boleh terus pergi ke forum xda tajuk "[All Official ICS Firmwares] I9100GDXLP6 (4.0.3) - Malaysia (XME) [30-05-12]"
Tapi sebelum korang nak buat apa-apa tolong la baca dulu dan fahamkan betul-betul langkah-langkah yang perlu korang ambil dan buat masa nak buat 'flash' tu sebab kalau korang ni 'newbie' lagi dalam bidang ni dan tak faham apa yang korang buat tu lepas tu main hentam saje alamatnya boleh 'brick' la GT-I9100G korang tu nanti.
![]() |
| About phone Admin ics 4.0.3 |
Buat masa ni Admin akan gunakan stock firmware dahulu iaitu official malaysia firmware I9100GDXLP6. Kernel pula Admin gunakan yang custom made punya dari xda dev; codeworkx iaitu Custom Kernel ICS - 5.5.0.4. Lepas tu Admin mahu tak mahu kena juga 'Root' GT-I9100G Admin ni sebab kebanyakan aplikasi yang Admin guna perlukan 'Root Access'
![]() |
| apps drawer apex launcher |
Dah lepas settle semua hal-hal penting macam kat atas tadi tu tibalah masa untuk hal-hal kecik pulak macam launcher apa yang nak diguna pakai sebab Admin memang teramat la tidak suka akan Touchwiz Launcher samsung ni, langsung tak nampak macam ICS tau. Ada 2 launcher yang Admin rasa the best untuk ICS buat maca ni Nova Launcher dan Apex Launcher tapi last-last Admin guna Apex Launcher jer.
So sekarang ni Admin still lagi ambil masa untuk godek-godek lagi apa yang best kat ICS ni sampailah samsung keluarkan update terbaru lagi nanti.
10 comments:
Subscribe to:
Posts (Atom)








.jpg)












![[Hiburan] Neelofa Semakin Hangat [Hiburan] Neelofa Semakin Hangat](http://2.bp.blogspot.com/-6QbMsemotnk/T9WMCnLXqwI/AAAAAAAAFs4/bP1jgbE215g/s400/Lofa.jpg)



.jpg)


































0 comments:
Komen anda amat dihargai. Tapi jangan komen sesuatu yang boleh menyinggung perasaan dan melanggar undang-undang. Admin tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua yang ditulis dan penulisan anda tidak mewakili pandangan Admin.