Kita membesar dengan menonton G-Force, Transformers, Thundercats, Silver
Hawk, Woody Woodpecker, Chipmunks n Mickey Mouse. Not to forget Ninja
Turtles, Mask, Smurfs dan Voltron. lg satu Gaban ngan suria perkasa hitam.
Berus gigi time waktu rehat kat skolah rendah ?... hmm, mesti pegang cawan warna-warni kan .. mencangkung kat tepi parit dgn classmate semua kat sebelah ...
Ingat tak, misi kat sekolah masuk kelas dgn list dentist appointment. Pastu bunyi gigi member kite kene gerudi kat bilik sebelah.. ada gigi yang berlubang, kene laa tampal.
Ni sure korang ingat... program minum susu di sekolah.. nak galakkan budak-budak time tu minum susu. sekotak 30 sen jek beb...
Cikgu2 kalau nak denda, mesti guna pembaris panjang warna kuning tu.
Pukul tapak tangan... kan ?
Semangkuk mi sup ke, mihun sup ke, 50 sen jek kat kantin. Nasi Lemak pun 20 sen je.
Time sekolah menengah, korang sure beli kasut sekolah Bata BM Turbo atau Pallas Jazz yang lekat-lekat tu.. ada yang suka kasut high-cut yang buatan china tu...ada yang suka stoking tebal laaa....
Internet ? email ? Menda alah ape tu?
CD? ape tu? kaset tape penah laa dgr.. Tiket wayang pun 5 hinggit je.
Kite pegi kedai runcit, beli Chickerdis, Mamee , Kum Kum, UFO, O-Ya, Ding Dang chocolate balls yang ada mainan kat dlm dia tu, 'telur' keras warna warni, 'rokok' chewing gum, KIKI Bubble Gum.. tak dilupakan, 'Ti Kam'. Bile dah abih exam, main Monopoly la, Donkey la, Happy Family la dalam kelas. Kalau kat padang lak mesti main rounders ke galah panjang ke bola ke..
Tapi bunyi loceng laa yang paling best skali. boleh beli aiskrim ngan apek kat luar sekola tuh...
Lagi satu loceng masa nak pegi rehat.. tinggal kan keje sekolah, jom kita pegi makan. budak-budak yg dapat Rancangan Makanan Tambahan (RMT) mesti keluar awal .
Permainan kegemaran, main guli, batu seremban, penutup botol, batang aiskrim , 'Pepsi Cola one-two-three' , 'Police & Sentry', main kejar-kejar duduk ...
Kita hilangkan dahaga dgn aiskrim 10 sen. Yang tube aiskrim, ada banyak color tu kalau nak makan, kene patahkan kat tengah-tengah dia!
Lipat kertas kecik2, pastuh buat lastik. hmmm ..ni pun kita main dulu ni .
baling-baling kapur laa.
Hmm ...budak-budak skarang, bagi diorang, diorang mane pernah dengar lagu 'We Are the World, We Are the Children...' dan lagu 'Uptown Girl' yang diorg tau yang Westlife nyanyi ....bkn Billy Joel nyanyi...
Bagi diorang, ada satu je Jerman kat dunia ni, dan ade satu je Vietnam .
AIDS wujud sejak diorang lahir.
CD pun wujud time diorang lahir.
Michael Jackson dah putih dah time tu .
Diorang percaya Spiderman dgn Incredible Hulk tu filem-filem baru.
Diorang tak boleh bayangkan skrin hitam putih untuk sebuah komputer.
Diorang tak penah tau pun 'Atari' dgn 'Game & Watch'.
Diorang tak percaya pernah ada TV hitam putih... dan diorg skarang tak reti nak switch on TV kalau tak de remote control.
dan diorang tak paham macam mane kite boleh survive dekat universiti tanpa handphone ...
hmm ...jom kite check, kite ni dah tua ke:
1. korang paham ape yang korang baca kat atas ni , dan korang sure tersenyum
2. kebanyakan member-member sekolah menengah kite dah kawin
3. korang sure pelik bile tengok budak-budak kecik main komputer, selamba je
4. kita geleng kepala bile tengok budak-budak sekolah menengah guna handphone
5. kita dah tak banyak sembang-sembang dgn member melalui telefon lagi setiap hari
6. bila jumpa member lamea dari semasa ke semasa, seronok bila bersembang pasal cerita-cerita lama, cerita-cerita kelakar yang kita alami masa dulu time kecik-kecik, nakal-nakal dulu...
7. last sekali, bila dah baca testimonial ni , korang akan terpikir untuk forwardakan dekat member-member lama korang. Sure diorang suka punye laa...heheh tapi apa yang pentinglahkan ..bila kenangkan saat ni semua dgn mendalam .. mungkin ada diantara kita mengalirkan air mata.. yelah mana taknya bebudak zaman sekarang walhal anak sendiri pun takkan lalui zaman yg sebegitu lagi.. sayangnya masa begitu pantas berlalu... Dimanakah kita???
5 comments:
Komen anda amat dihargai. Tapi jangan komen sesuatu yang boleh menyinggung perasaan dan melanggar undang-undang. Admin tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua yang ditulis dan penulisan anda tidak mewakili pandangan Admin.