0 comments:
The Recipe is Secret..
Dinner with my family @ Secret recipe SS24
We took the seat outside next to the kids playground
i'm here personally for this
the kid's are having fun
along can't wait anymore
spaghetti Aglio Olio for me
spaghetti tom yam seafood for me wifey
mini burgers for my kiddos
drinks for first round
oh my all finish and done
2 comments:
Operasi Hapus Habuk
Habuk.. kenapa lah ko ni suka sangat menyusahkan hidup aku. Lepas lap je mesti ada lagi habuk lagi melekat kat pc aku ni. Bulan ni baru sekali ni aku nak operasi buang habuk kat pc aku sebab aku tengok kipas pun dah macam tak larat nak pusing lagi berat ngan habuk.. ye la dah sebulan aku tak cuci pc ni kalau dulu rajin la hari-hari aku lap tapi semenjak dua menjak ni sibuk ngan keje kat tempat keje balik rumah nak relax je with family so terbiar le seketika pc aku ni.
First thing first kenalah bukak abih casing pc ni dulu side window dia dua-dua. Baru nampak isi perut pc ni mak aiii banyaknya habuk kat dalam ni, ini ada dust filter ni cuba bayangkan kalau tak ada dust filter tu mesti lagi tebal habuknya. So nak tak nak kena juga lap semua habuk tu kalau tidak kemungkinan untuk part-part dalam pc ni untuk rosak adalah besar.
Paling leceh dan susah nak bersihkan kalau nak tahu ialah dekat area motherboard tu sebab banyak electronic part yang comel-comel dan rapat-rapat pulak tu. Graphic card tu pun sama gak payahnya nak bersihkan nak kena cabut dulu bawak keluar baru boleh operasi.
Area harddisk ni paling senang kena habuk sebab betul-betul dekat kipas yang sedut angin masuk ke dalam casing ni. Tengok je la gambar kat atas ni nampak dengan mata kasar habuk tu sume. Nasib baik kat sini senang je nak lap habuk-habuk tu.
Dekat belakang casing ni pun sama jugak dekat celah-celah kabel yang banyak tu nak kena lap betul-betul baru hilang habuk. Ikutkan hati aku ni nak aje aku guna vakum terus tapi alamatnya jahanam terus sume pc part aku nanti so kenalah buat secara manual walau pun time consuming tapi puas hati sebab dapat menghilangkan 99% habuk dari dalam dan luar pc aku ni.. Lepas ni tunggu lagi sebulan la pulak untuk cleaning schedule yang seterusnya...
0 comments:
2 comments:
Expired dah Ni...
Kebetulan semalam petang wife ajak pegi beli barang dapur so macam biasa kitorang pun visit la pasaraya kat area perumahan kami ni.. kat mana? PJ haha so luas sikit imaginasi korang sebab PJ ni besarkan so tak la spesifik sangat kedudukannya kan.. Ok so nak jadi cerita masa nak cari nugget ayam untuk anak-anak kitorang ni dekat bahagian frozen food tu mata ni terpandang la pulak kat produk ni "Butterfly cut Prawns" macam menarik je kan so aku pun tengok ambik la sekotak dan belek-belek la kan baca sume including ingredients dia mana kilang dia ada logo halal ke tak.. last sekali aku tengok tarikh expire dia sekali sudah lepas la..
Kalau korang tengok betul-betul kat gambar yang aku attach kat atas tu mesti nampak punya kan yang tak nampak tu boleh klik kat gambar tu besar skit boleh tangok.. tarikh last produk ni dah lepas bulan Januari lagi so dah lebih kurang 3 bulan la plus minus kan.. hari aku shop ni saje dah 9 mac 2012 tarikh last produk tu 10 Jan 2012 fuhhhh tak patut ni kenapa produk yang sudah expired ni masih berada di kalangan produk-produk baru kalau lah ada pelanggan yang tak perasan ke tak pun rabun ke kan terbeli dan termakan dan terjadi la apa-apa perkara tak diingini macam mana siapa nak bertanggungjawab.. ini bukannya kedai runcit biasa tapi sebuah pasaraya besar yang ternama di Malaysia kat mana-mana mesti ada cawangan dia tapi still ada masalah macam ni.. aku tak nak salah kan siapa-siapa tapi sepatutnya staff yang bertugas kena lah periksa betul-betul dan kurangkan human error macam ni..
Aku terus cari supervisor bertugas dan panggil dia, aku tanya "Cik hari ni berapa haribulan?" dia jawab " 9 mac encik kenapa ye" mungkin sebab dia nampak aku pegang handphone kot hahahah.. so aku pun tunjuk la kat dia produk tadi tu yang dah expired tapi still ada kat fridge tu, dia senyap je sambil buat muka terkejut so aku pun saje je la mintak dia explain kenapa perkara macam ni terjadi sambil tu aku sekolah kan dia sekejap hihihi... bila lagi nak buat camni kan wife aku tersengih-sengih kat belakang...
Lastly dia minta maaf bagi pihak pasaraya dan panggil staff dia untuk buat inventori check terus kat situ.. aku pun saje tunggu nak tengok dan kalau korang nak tahu rupanya bukan sekotak je ada lagi yang diorang jumpa dah expired kat dalam fridge tu.. supervisor tu punya la angin kat staff-staff dia tapi dia tegur dengan cara yang berhemah la kan tak de la jerit-jerit macam orang gila.. satu contoh ketua yang baik macam ni iaitu tidak memalukan staff bawahan di hadapan pelanggan..
Apa-apa pun aku harap kejadian macam ni tak de la lagi lepas ni tapi I doubt it.. so kalau jumpa lagi memang nak kena sekolahkan lagi la diorang ni..
0 comments:
Tragedi Jalan Motor Federal Highway...[8 keping gambar]
Siapa yang tinggal kat area subang ke atas sampai ke KL la senang cerita kan mesti laluan biasa untuk ulang-alik rumah ke tempat kerja di Shah Alam atau Klang mesti lah tidak lain dan tidak bukan "Federal Highway".. yang bawa kereta kat jalan kereta yang bawa motor kat jalan motor dan pada mereka semua tu "Berhati-hatilah Di Jalan Raya" sebab "Malang itu tak Berbau"...
Ini lah jalan tempat kejadian kemalangan ni semalam betul-betul sebelum exit jalan motor ke subang. Kemalangan ni betul-betul berlaku depan mata aku dalam jarak 100 meter di hadapan pasangan suami isteri ni melambung sebelum jatuh di atas jalan, nasib baik dua orang penunggang motor kat belakang diorang ni sempat mengelak dan cepat-cepat berhenti untuk membantu pasangan malang ni. Rupa-rupanya tayar motor pasangan ni tiba-tiba pecah dan abang ni tak dapat mengawal motor dia.
Aku orang ketiga berhenti dekat tempat kejadian tu so bila yang lain-lain sibuk tolong jaga jalan (sebab abang tu terbaring kat tengah jalan tak boleh bangun) supaya penunggang-penunggang lain perlahankan motor diorang tu aku terus keluarkan phone dan dail 999. Tapi baru lah aku tahu rupanya payah juga nak sangkut line 999 ni sebab try yang ketiga baru aku dapat cakap dengan operator dia, ingatkan nak cal customer service TM je susah.. hihihi.. ok bila dah dapat tu aku explain la apa dah jadi and all lepas tu operator tu tanya aku balik macam-macam soalan so terpaksa la aku jawab semua yang tak de kene mengena pun ada juga tapi layan je la sebab mungkin ini cara diorang nak detect kalau-kalau ni cuma pangggilan palsu je kot. Lepas semua tu baru dia sambung kat Hospital.. la aku ingatkan tadi tu dia dah wakil sekali hospital rupanya tidak, so cakap la pula dengan nurse hospital pula still diorang tanya lagi kat mana eksiden? berapa orang mangsa? ada pendarahan tak? keadaan mangsa macam mana? ada tumpahan bahan merbahaya tak? last baru dia cakap ambulan is on the way ye encik..
Abang tu meraung kesakitan masa kitorang angkat dia ke tepi jalan dia kata kaki dia patah, memang masa aku tengok kaki kanan dia lain macam dah rupanya. Mula-mula dia nak baring tapi lepas tu tiba-tiba dia sesak nafas dan macam nak pitam so kelam kabut kitorang bangunkan dia dan isteri dia cuba tenangkan dia dan pastikan dia tak jatuh pitam. Mana lah ambulan ni tak sampai-sampai lagi ni...
Diorang terus buat pemeriksaan awal dan confirm kaki abang tadi tu memang dah patah dan teruk juga patah dia tu sebab masa doktor tu tekan tulang kering abang tu kedalam masuknya.. uhhhh sakit tu.. isteri dia nurse terus bawak masuk ambulan untuk rawatan awal sebab mulut kakak tu berdarah dan luka-luka satu badan nasib baik tak de patah-patah. Abang tu pulak diorang ikat kaki dia then letak atas stretcher.
Tapi doktor ni memang aku respect habis.. kenapa? sebab masa staff dia nak tolak stretcher naik ambulan kitorang ramai-ramai tahan motor kat jalan tu dan doktor ni ikut sekali tahan dan siap bagi nasihat lagi kat penunggang-penunggang motor yang ramai-ramai tu.. diorang apa lagi tercengang la sekejap.. hahahah..
Masa ambulan tu nak balik ke hospital pasangan suami isteri ni tak habis-habis mengucapkan terima kasih pada kami semua sebab sanggup berhenti nak bantu mereka.. kitorang semua senyum je sambil jawab "memang dah tanggungjawab kami sebagai masyarakat" lagi pun aku pun dah pernah mengalami keadaan macam ni dulu so masa macam ni lah aku membantu mereka yang memerlukan...
3 comments:
Bas Kilang Naik Divider Jalan..
Dirver bas ni langsung tak pedulikan orang lain.. dah tahu jalan ni jalan utama dah tu jalan ni kecik je tak la besar mana pun kalau dia sorang je yang bayar roadtax kat malaysia ni tak pe la ni orang lain pun bayar juga. Suka-suka je park kat bahu jalan ni seberang tu sekolah pulak tu kalau hari hujan macam ni mak bapak yang hantar anak sekolah naik kereta mesti nak turunkan anak-anak diorang kat depan pagar tu tak ke teruk jem nya nanti kat sini..
Ini pun dah beratur panjang kenderaan kat belakang bas tu sebab nak potong tak boleh ngam-ngam je sebiji kereta boleh lepas sebelah bas tu so kalau kitorang dari arah sini pun dah beratur panjang macam mana yang sebelah sana nak lepas dari belakang bas ni kan..
Orang macam ni memang tak perihatin langsung dengan masyarakat sekeliling.. nak ajer aku clamp bas dia ni nasib baik tak boleh... hati tengah mode geram ni...
0 comments:
Datuk Omar Bawa Pengkhabaran Gembira...Baru Panas Lagi
Berita yang baru diumumkan sebentar tadi dan petikan ini di ambil dari Berita harian Online nampaknya pantas betul Datuk Omar kita ni buat keje lepas je perutusan PM tadi tu dia terus sajer buat perjumpaan empat mata dengan PM dan hasilnya ialah kakitangan awam dapat juga backdated dari bulan Januari 2012... so kawan-kawan semua senyum la apa lagi..
PUTRAJAYA: Pelarasan gaji yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini akan berkuatkuasa 1 Januari tahun ini dan dibayar mulai bulan ini atau April, kata Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman.
Beliau berkata, ia berdasarkan kepada perbincangan CUEPACS dengan Perdana Menteri sebaik selesai Perhimpunan Khas Penjawat Awam Bersama Perdana Menteri di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini, pagi tadi.
"Sama ada pembayaran akan dibuat secara penuh atau berperingkat, ia bergantung kepada jabatan masing-masing," kata Omar ketika ditemui di sini, hari ini.
Pada perhimpunan itu, Perdana Menteri turut mengumumkan pembatalan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan mengembalikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang akan ditambah baik.
Sementara itu, Najib turut mengumumkan pelarasan gaji sebanyak 13 peratus untuk Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana Gred 1 hingga 54; sembilan peratus untuk Gred Utama dan Gred Khas C,B dan A; lapan peratus Kumpulan Turus III dan Turus II; dan tujuh peratus untuk Kumpulan Turus I dan Ketua Setiausaha Negara. - BERNAMA
[sumber]
3 comments:
SBPA Tak Kesampaian.. Apa Reaksi Penjawat Awam
8 Mac 2012 - Khamis, PICC-Putrajaya. PM kita jemput semua kakitangan awam yang ada dapat pelepasan untuk hadir pada perhimpunan khas hari ini. Hajat di hati ingat nak juga pegi sekali pagi tadi sebab ada bas 3-4 biji yang tersedia nak angkut tapi apakan daya hujan lebat malam tadi mengundang ketidak elokkan motorsikal usang ni di pagi hari lagi so tengok TV je la.
Ok.. Semua orang dah tahu pun apa keputusannya kan.. skim SBPA BATAL so kakitangan awam akan still guna skim SSM seperti yang sedia ada sekian lama tu. Tapi beliau berjanji untuk menambahbaik skim SSM yang sekarang ni dan di bawah ni ringkasan dari intipati ucapan beliau tadi..
1. SBPA BATAL
2. Penubuhan suruhanjaya Khas Penambahbaikkan SSM
3. Pelarasan gaji
-Gred 1-54>13%
-Gred khas A/B/C-9%
-Turus 2 dan 3-8%
-turus 1 dan KSN -7%
4. kekal SSM dengan Jadual gaji matrik diganti dengan Jadual gaji min-max dengan kenaikan tahunan RM80-320.Jusa -kekal ikut kenaikan SSM.
5. COLA kawasan B dan C naik RM50(150/250)
6. Insentif wilayah,pendalaman dan kritikal diteruskan.
7. Pegawai pendidikan dikekalkan time based...
Yang pastinya keputusan ini pasti akan mengundang pelbagai-bagai reaksi dari kakitangan awam termasuk la saya sendiri tapi tak boleh nak komen banyak-banyak sebab perkara ni terlampau advance untuk saya pikirkan biarlah diorang yang cerdik pandai tu yang pikir saya buat keje saya sajer nanti tak ada letrik bangunan orang tak leh buat keje juga kan. So kita tunggu dan lihat lagi lepas ni apa jadi..
3 comments:
Galaxy Nexus.. Kemahuan atau Keperluan ? Desire or Needs?
Semenjak dua menjak nih penulis asyik terbayang Galaxy Nexus jer memang mantap phone ni lebih-lebih lagi dengan ice cream sandwich android 4.0 dia siapa yang tak nak tapi sekarang ni penulis dah ada Galaxy S2 pun sama gak mantap cuma OS dia je ke belakang sikit tapi rasanya itu je pun bezanya tak banyak kan selain tu spec kamera kot. Cuma kalau nak di fikirkan apa sebenarnya yang penulis nak cuba luahkan disini.. pasal apa? apa motifnya? ada masalah ke? tertekan ke? atau kepincangan idea je kot...
Ha.. sebenarnya penulis nak mengetengahkan persoalan antara kemahuan atau keperluan yang mana satu sebenarnya bermain di dalam minda seseorang itu bila dia mahukan sesuatu. Macam contoh kat atas tadi tu penulis dah ada pun smartphone yang power SGS2 tu semua peminat android tahu akan kehebatannya tapi penulis tetiba je syok kat model baru ni si Nexus yang baru je samsung launch awal tahun ni. Tapi bila penulis fikir-fikirkan semula apa yang penulis rasakan masa ini sebenarnya apa? kemahuan ke keperluan ke? sebab kalau nak kata keperluan tu kedua-dua gajet ni boleh buat call.. boleh main game.. boleh surf internet.. ada lagi ke kalau camtu korang list kan lah yang lain-lain tu nanti penulis baca.. bukan apa smartphone penulis ni pun baru lagi tak sampai setahun pun lagi warranty pun ada setahun lebih lagi tu jadi kalau ikutkan logik akal manusia waras tak perlu la penulis gatal-gatal tangan nak menyambar model lain plak.. ye tak..
Jadi teranglah sudah bak kata peribahasa melayu "Sudah Terang Lagi Bersuluh" penulis rupanya cuma terdengar bisikan nafsu yang cuba memujuk penulis untuk membeli gajet android tu, cuma nafsu yang inginkan kepuasan memiliki gajet idaman hati memberontak walaupun sebenarnya penulis tidak perlukan gajet itu.. lagi.. maknanya belum sampai seru la.. so nak pakai sampai dua tiga buat masa ni nak buat apa kan bukannya penulis ni manager samsung pun hahahah...
p/s: jadi penulis ni terpaksa la lupakan hasrat nak mengNexus tu dulu ye.. tungguuuu...
0 comments:
Welcome Google Play Bye2 Android Market
Android users all around the world today including me myself had received a surprise update from google, this update is the "Google Play" which replaces the old Android Market. What is the purpose of this replacement?
Entertainment is supposed to be fun. But in reality, getting everything to work can be the exact opposite—moving files between your computers, endless syncing across your devices, and wires…lots of wires. Today we’re eliminating all that hassle with Google Play, a digital entertainment destination where you can find, enjoy and share your favorite music, movies, books and apps on the web and on your Android phone or tablet. Google Play is entirely cloud-based so all your music, movies, books and apps are stored online, always available to you, and you never have to worry about losing them or moving them again.
Starting today, Android Market, Google Music and the Google eBookstore will become part of Google Play. On your Android phone or tablet, we’ll be upgrading the Android Market app to the Google Play Store app over the coming days. Your videos, books and music apps (in countries where they are available) will also be upgraded to Google Play Movies, Google Play Books and Google Play Music apps. The music, movies, books and apps you’ve purchased will continue to be available to you through Google Play—simply log in with your Google account like always.
To celebrate the new application from google, they’ll be offering a different album, book, video rental and Android app at a special price each day for the next week in their “7 Days to Play” sale. In addition, we'll find great collections of hip-hop, rock and country albums for $3.99 all week, detective novels from $2.99, some movies from 99 cents, and apps from 49 cents.
To learn more, head over to play.google.com/about or keep up with the latest info on Google+ page. Can’t wait to try out Google Play and experience a simpler way to manage all the apps and music and the media in one go.
0 comments:
1 comments:
2 comments:
8 comments:
Fast and Furious ( Stripes & Siren Edition )
Agak-agak korang la kan mana lagi laju yang kiri ke yang kanan?.. aku tengok dua-dua garang kereta pulis ni..
2 comments:
Full Body Casting..
Memang sume orang tahu yang sukan extreme ni ada bahaya dan risikonya tapi tak tau lak boleh macam ni keputusannya kalau terlampau extreme..!!!
1 comments:
Android Apps Break the 50MB Barrier
In the past, Android apps have been limited to a 50MB file size. App developers who needed to add extra data, as is the case with most big games, would have to have a secondary, self-hosted download after the user first launched the game. Today, that changes with Google introducing support for up to 4GB of "expansion files". While APKs must still be under 50MB, Google will host two 2GB files that include extra data for developers' apps. Nice!
This will solve a lot of problems for a lot of people, not the least of whom are developers. Since Google is doing the hosting, it's no longer necessary for a game developer to host hundreds of megabytes, or even gigabytes of data on their own servers. Server costs can get huge if you have tons of people downloading your giant game every day, so this will surely be a blessing to large and small developers alike.
Additionally, now the 15-minute refund window won't start until the expansion files have finished downloading (read: the end of that flow chart above, not the beginning like it's been this whole time). Since huge downloads can easily eat up that short refund window even over WiFi, this should help eliminate one of the biggest sources of refund window complaints.
If you're a developer, head on over to the Android Developers Blog at the source link below for more detailed instructions on how to implement this new functionality into your apps.
All credit to: Eric Ravenscraft, androidpolice.com
0 comments:
DiGi Fandroid Day "Android Fans Unite"
Saturday 3/3/12, Subang Hi-Tech - The Fandroid Day Workshop was held in Digi's own headquarters. This is my first ever participation in an event organised by Nuffnang. I arrived at the scene late on purpose so I could check out the attendees first just in case I had a second thought and needed to run off scared then no one would even noticed I was there.. Ok first thing first I register then I took a peek inside, wahhh so many people and I am but a stranger to them all. I can see that some of them already knew each other.
Moving around some more and hey its a Digi banner... it's a DiGi Headquarters what else could be there..
moving again.. found the entrance to the 'studio' and went in
I met a lot of bloggers inside and said Hi to them well not really a like "Hi there" but with my own way of saying Hi la kan.. they are busy checking out the android devices in front of them so I thought maybe I could start a conversation and I did but I was to shy to ask them their names and blogs.. why la..
a blogger busy playing with and ice cream sandwich device... hurry-hurry.. faster-faster.. I wanna play with it to la...
Ok got my hand on it.. Wahhhh never thought ICS would feel like this.. so smooth and eye catching a lot of different than the gingerbread in my Galaxy S2.. I think I wont need other launcher if I'm using an ICS..
Checking out the firmware on this Nexus clearly showing the 4.0.2 version with baseband I9250XXKK6..
It's about time to start the workshop or is it a talk any way it's starting and the mc asked for everyone attention..
I'm still looking for a seat by the way.. need a seat but where.. where.. oh just seat already..
If you guys notice on the first photo upstairs in the tentative the first program is an Ice breaker.. Ok no real Ice is involved in any way at this time, what they make us do was forming up group 1 to 5 and had us played "Fruit Ninja".. Yes you read right we played "Fruit Ninja" the slicing fruit game.
The Digi guy/staff is briefing us on the laws of the game and how we all have to do it.. I was hoping for the Yellow Digi guy to do it hihihi... but he was nowhere to be found..
So the game begin one after another went to slash their fruit.. it was fun, funny, fast and most importantly is team work.. by the way I was in group 4 so if anyone in group 4 actually read this "HI" nice meeting you guys.. oh and we lose.. :(
The winner was group No 1 and they got away with a pack of Kit-Kat for each member.. Wahhh so envy of them..
Then it's time to get back inside the studio hall where the first talk going to start.. The first period was about DiGi's own product their Internet service to be precise and it was given by their Head of Marketing Services, Miss Lau Su Lin.
Google time with their representative James Yeang a.k.a friedbeef who came up with a lot more interesting topic which is more ice cream with a sandwich, ICS on his own Galaxy Nexus.. he showed us a couple of videos about people utilizing the apps that google have ready for us such as street view on google maps or the camera application that can help identify any objects captured by the camera and many more..
Then the Samsung representative, Leonard Kee came up on stage and started flashing all his gadgets at us starting with two.. yes two Galaxy Nexus and a 7.7 Galaxy Tab whoaaaa... all in one pants no wonder he said his pants is big for android.. he even gave us a little bit of teaser of something is coming in May from Samsung and I cannot think of any other thing than a Galaxy S3...
After the talk ended we were brought outside for a tour around the DiGi headquarters from the yard to the customer service and I was like wow the DiGi I know back in 2000-2001 wasn't like this at all ( I had my practical training there ) in ten years time a lot has changed..
Can't get my eyes of the Giant ceiling fan there..
A very-very lucky winner Nisa Kay with her SGS2 fuhhhh good thing is it's not a Nexus but I'm still envy with you Nisa.. hahahahah...
Btw I had a good time there getting to know other bloggers although not all but still a good start for me I guess.. Thank you Nuffnang and DiGi for organising a great and knowledgeable event for us..
checkout the Vault360
6 comments:
Subscribe to:
Posts (Atom)






















.jpg)







































0 comments:
Komen anda amat dihargai. Tapi jangan komen sesuatu yang boleh menyinggung perasaan dan melanggar undang-undang. Admin tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua yang ditulis dan penulisan anda tidak mewakili pandangan Admin.