Singapura Kekurangan Along Akibatnya Kes Berkurangan

SINGAPURA: Dalam tempoh enam bulan sejak Januari hingga Jun lalu, terdapat 5,228 kes dilaporkan mengenai peminjaman wang tanpa lesen dan gangguan yang berkaitan dengannya.

Singapura Kekurangan Along Akibatnya Kes Berkurangan
gambar hiasan

Menteri Hal Ehwal Dalam Negara dan Hal Ehwal Perdagangan dan Industri, S. Iswaran berkata di parlimen, angka itu menunjukkan pengurangan 21 peratus berbanding 6,642 kes yang dilaporkan pada tempoh yang sama tahun lalu.

Bagaimanapun, jumlah mereka yang ditahan meningkat sebanyak 22 peratus kepada 1,033 orang, dalam tempoh yang sama.
Situasi ini berterusan mengikut trend yang bermula dua tahun lalu, kata Iswaran.

Menurutnya, peningkatan itu adalah disebabkan faktor seperti hukuman berat yang diwar-warkan, peningkatan penguatkuasaan oleh pihak polis dan pendidikan pencegahan serta penglibatan dengan rakan komuniti.

Walau bagaimanapun, dia memberi amaran bahawa usaha membanteras peminjaman wang tanpa lesen atau along masih diteruskan kerana mereka semakin canggih dan menggunakan cara baru untuk menarik mangsa.

Ini termasuk mengiklankan perkhidmatan mereka melalui e-mail dan sistem pesanan ringkas, di mana kedua-dua cara ini adalah haram di bawah undang-undang Singapura.

Iswaran berkata demikian ketika menjawab soalan Anggota Parlimen Dr Lee Bee Wah, dari bahagian Nee Soon Group.

Dr Lee juga bertanya sama ada kementerian akan mempertimbangkan agar perbuatan meminjam wang daripada peminjam tidak berlesen dijadikan sebagai satu kesalahan.

Iswaran berkata kerajaan tidak ada rancangan untuk berbuat demikian setakat ini.

Katanya, kementerian akan memantau keberkesanan langkah semasa sebelum menilai keperluan, jika ada, untuk mengambil tindakan lebih keras. - Straits Times


p/s: kalau rasa post ni menarik share la ye / if you like this post please share it

0 comments:

Komen anda amat dihargai. Tapi jangan komen sesuatu yang boleh menyinggung perasaan dan melanggar undang-undang. Admin tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua yang ditulis dan penulisan anda tidak mewakili pandangan Admin.

Blog Ping Tool