Richard Lee Norris dah boleh berus gigi, bercukur

ANNAPOLIS: Tujuh bulan selepas menjalani pembedahan, wajah baru Richard Lee Norris dipamerkan kepada umum, lengkap dengan muka, gigi, lidah dan dagunya, semalam.

Richard Lee Norris dah boleh berus gigi, bercukur

Norris, 37, adalah pesakit pemindahan wajah paling meluas pernah dijalankan setakat ini.

Dia mengalami kecederaan parah akibat kemalangan membabitkan senjata api pada 1997.

Selama 15 tahun, Norris terpaksa menyembunyikan wajahnya di sebalik topeng dan keluar dari rumahnya di Hillsville, Virginia, ketika malam.

Selepas menjalani pembedahan 36 jam di Pusat Perubatan Universiti Maryland tujuh bulan lalu, Norris kini mampu merasai wajah sendiri, selain dapat memberus gigi serta bercukur. Deria menghidunya juga pulih walaupun ia terjejas selepas dia menembak mukanya pada 1997.

Insiden itu menyebabkan Norris hilang hidung, bibir dan hampir semua kemampuan menggerakkan mulutnya. - DM


p/s: kalau rasa post ni menarik share la ye / if you like this post please share it

0 comments:

Komen anda amat dihargai. Tapi jangan komen sesuatu yang boleh menyinggung perasaan dan melanggar undang-undang. Admin tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua yang ditulis dan penulisan anda tidak mewakili pandangan Admin.

Blog Ping Tool