Polis Serbu Majlis 'Kerabat Diraja'
GEORGETOWN: Curiga dengan tindakan seorang lelaki mengaku sebagai kerabat Diraja Kedah, sepasukan anggota polis menyerbu dan menahannya ketika mengadakan satu perhimpunan pelantikan ahli majlis sebuah pertubuhan di sebuah hotel di sini, semalam.
Dalam serbuan jam 4 petang itu, polis turut menahan 12 lagi individu dipercayai terbabit dalam kegiatan penipuan itu dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut untuk siasatan lanjut.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, polis melakukan serbuan hasil maklumat orang ramai yang curiga dan mahu memastikan kesahihan dakwaan dibuat suspek.
“Sehubungan itu, kita melakukan serbuan dan menahan seorang lelaki berusia 40-an yang konon mendakwa kerabat Diraja Kedah.
“Kita melakukan pemeriksaan lanjut terhadap sebuah kereta mewah digunakan suspek yang mempunyai lambang dan logo kerabat diraja serta plat tertera pengerusi sebuah pertubuhan,” katanya.
Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati lelaki berkenaan menyamar sebagai kerabat, namun polis masih menjalankan siasatan lanjut.
“Semua suspek ditahan itu berusia antara 38 dan 61 tahun dan ketika majlis pentauliahan di hotel itu, kira-kira 200 peserta berada bersama.
“Lebih mencurigakan apabila majlis pentauliahan dan pelantikan yang sepatutnya di bawah naungan sebuah pertubuhan amal Islam itu didapati turut dihadiri kaum lain,” katanya.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu, Seksyen 419 kanun sama kerana menyamar dan Seksyen 108, Akta Pengangkutan Jalan kerana mempunyai logo tidak dibenarkan,” katanya. - myMetro
p/s: kalau rasa post ni menarik share la ye / if you like this post please share it

Katanya, perhimpunan itu menimbulkan keraguan kerana perjumpaan turut diadakan bersama beberapa pemilik kelab malam dan setakat ini, polis masih menjalankan siasatan.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu, Seksyen 419 kanun sama kerana menyamar dan Seksyen 108, Akta Pengangkutan Jalan kerana mempunyai logo tidak dibenarkan,” katanya. - myMetro
p/s: kalau rasa post ni menarik share la ye / if you like this post please share it

0 comments:
Komen anda amat dihargai. Tapi jangan komen sesuatu yang boleh menyinggung perasaan dan melanggar undang-undang. Admin tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua yang ditulis dan penulisan anda tidak mewakili pandangan Admin.