Penjaga Gajah Dihimpit Gajah

SYDNEY: Seorang pekerja wanita di Zoo Taronga, Sydney, tenat selepas dihimpit gajah dijaganya sejak kecil, semalam.

Wanita parah dihimpit gajah zoo

Jurucakap paramedik berkata, wanita terbabit mengalami pelbagai kecederaan dan tidak bernafas ketika mereka tiba di tempat kejadian.

Katanya, jantung mangsa berusia 40-an terhenti kira-kira lima minit sebelum diselamatkan dan dikejarkan ke hospital bagi merawat kecederaan parah di dadanya. Sementara itu, pengarah zoo, Cameron Kerr, berkata mangsa menjaga gajah bernama Pathi Harn sejak haiwan itu dilahirkan pada 2010.

Wanita parah dihimpit gajah zoo

Katanya, gajah itu pernah disangka mati ketika dilahirkan tetapi mereka terkejut apabila mendapati ia hidup.

Haiwan itu juga digelar Mr Shuffles kerana aksinya ketika cuba berjalan.

“Hubungan di antara gajah itu dan penjaganya sangat rapat,” katanya. Kenyataan zoo berkata, mangsa menjalankan tugas harian ketika seekor gajah jantan muda menghimpit wanita terbabit ke sebatang tiang.

“Dua pekerja lain membantu menghalau gajah berkenaan sejurus kemudian,” katanya. Setakat ini tidak diketahui mengapa gajah berkenaan bertindak begitu. - AFP


p/s: kalau rasa post ni menarik share la ye / if you like this post please share it

0 comments:

Komen anda amat dihargai. Tapi jangan komen sesuatu yang boleh menyinggung perasaan dan melanggar undang-undang. Admin tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua yang ditulis dan penulisan anda tidak mewakili pandangan Admin.

Blog Ping Tool