Penganggur Main Luar Tabii Ditahan D11

KUALA LUMPUR - Seorang penganggur yang disyaki gemar melakukan seks luar tabii dengan ramai wanita, ditahan polis dalam satu serbuan di sebuah bilik hotel di Jalan Ipoh, kelmarin.


Sumber berkata, suspek berusia 32 tahun itu ditahan pada jam 8 malam, selepas seorang mangsa dipercayai model iklan susu membuat laporan polis minggu lalu.

Pelbagai barangan dirampas termasuk lapan telefon bimbit.

"Kita sedang teliti semua telefon bimbit itu yang disyaki mengandungi rakaman aksi seks suspek bersama beberapa wanita termasuk model terbabit.

"Siasatan awal juga menunjukkan suspek terlibat dalam kes dadah serta samun kereta," katanya semalam.

Difahamkan, suspek bukan sahaja menjadikan wanita tempatan sebagai mangsa, malah wanita asing dari Filipina.

Serbuan kelmarin dijalankan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Seksual, Keganasan Rumahtangga dan Penderaan Kanak-Kanak (D11) Kuala Lumpur. - sinarharian

p/s: kalau rasa post ni menarik share la ye / if you like this post please share it

0 comments:

Komen anda amat dihargai. Tapi jangan komen sesuatu yang boleh menyinggung perasaan dan melanggar undang-undang. Admin tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua yang ditulis dan penulisan anda tidak mewakili pandangan Admin.

Blog Ping Tool