Kapal Baru Siap, Tuannya Dah Lama Mati [Venus Steve Jobs]
LONDON: Kapal mewah yang direka Steve Jobs akhirnya siap dibina di sebuah limbungan di Belanda, setahun selepas pengasas Apple Inc itu meninggal dunia.
Kapal mewah sepanjang 79 meter itu dilengkapi pelbagai peranti berteknologi tinggi dan diberi nama Venus, sempena nama dewa Rom purba. Menggunakan aluminium ringan, kapal mewah itu mempunyai deretan tingkap setinggi tiga meter, manakala di dalamnya dipasang sebanyak tujuh komputer iMac bersaiz 27 inci setiap satu.
Kapal mewah itu adalah satu daripada projek kegemaran Jobs ketika dia sakit akibat kanser dan tidak sempat melihat Venus disiapkan apabila meninggal dunia pada 5 Oktober tahun lalu. Sebelum ini, Jobs berkata, ada kemungkinan dia tidak sempat melihat Venus disiapkan dan terpaksa membiarkan isterinya, Laurene Powell, memantau perkembangannya.
“Tapi saya perlu terus mencuba kerana jika tidak, ia menandakan saya bakal mati,” katanya. Kapal mewah itu akan dipamerkan secara rasmi di pelabuhan Aalsmeer, Belanda, dengan dihadiri ahli keluarga Jobs. Semua kru yang menyiapkan Venus diberi hadiah iPod bertulis penghargaan daripada keluarga Jobs: “Terima kasih atas kerja keras dan kemahiran anda daripada keluarga Jobs.” - TS
p/s: kesian si jobs ni tak sempat rasa naik kapal apple dia...

Bagi aku yg penting semangat Job tu yg kita ambil. Walaupun tahu beliau akan meninggal dunia kerana kanser, beliau tetap meneruskan projeknya tanpa rasa umurnya semakin pendek.
ReplyDeletesetuju tu.. yg penting duit tu kene banyak gak..
Delete