Gaji Starting Tukang Cuci Di Singapura RM 2,497
SINGAPURA: Struktur gaji baru diusulkan untuk tukang cuci, dengan SG$1,000 (RM 2,497) ditetapkan sebagai permulaan gaji pokok bulanan.
Tindakan yang tidak pernah dibuat sebelum ini oleh pegawai kesatuan sekerja, syarikat pembersihan dan kerajaan itu akan menaikkan bayaran gaji tukang cuci sebanyak 23 peratus. Pada masa ini, bayaran gaji kasar bulanan pencuci pejabat ialah RM2,035 sebulan, menurut Kementerian Tenaga Buruh. Panduan asas bayaran turut menetapkan gaji yang tinggi untuk tukang cuci yang melakukan kerja lebih sukar, menjamin bayaran minimum mereka patut dibayar.
Panduan asas pembayaran gaji yang diusulkan ini diumumkan Timbalan Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Nasional (NTUC), Heng Chee How yang bertindak selaku pengerusinya dalam satu acara semalam.
Dia berkata, sementara tanda aras bayaran gaji ini hanya satu bentuk pembayaran indikatif, dia berharap syarikat akan melaksanakannya.
NTUC telah berjuang untuk menaikkan bayaran gaji dalam sektor pembersihan berikutan ia tidak meningkat sejajar dengan pertumbuhan ekonomi Singapura. Tukang cuci adalah pekerja kedua paling rendah bayaran gaji di Singapura, memperoleh lebih banyak daripada pekerja cuci kereta yang mendapat RM1,872 sebulan. Mengikut panduan asas diusulkan, tukang cuci dikategorikan kepada tiga kumpulan: Mereka yang membersihkan pejabat, estet perumahan dan pusat penjaja atau medan selera. - Straits Times
p/s: kalau rasa post ni menarik share la ye / if you like this post please share it
![]() |
| hiasan je ni |

0 comments:
Komen anda amat dihargai. Tapi jangan komen sesuatu yang boleh menyinggung perasaan dan melanggar undang-undang. Admin tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua yang ditulis dan penulisan anda tidak mewakili pandangan Admin.