Restoran KFC Ditutup Langkah Berjaga-Jaga
NEW YORK - Yum! Brands memutuskan untuk menutup kesemua restoran makanan segera KFC di Pakistan susulan protes anti-Amerika Syarikat (AS) berkaitan dengan filem menghina Nabi Muhammad SAW dan Islam.
Langkah itu diambil susulan serangan ke atas sebuah restoran KFC di Lubnan minggu lalu, demikian menurut syarikat itu, dipetik CNNMoney.
"Restoran KFC kami di Pakistan ditutup sebagai langkah berjaga-jaga," kata jurucakap Yum! Brands, Christopher Fuller.
"Mereka akan terus memantau situasi untuk memutuskan bila ia akan dibuka semula," katanya lagi.
Angka kematian ekoran protes terbaru semalam telah mencecah 15 sehingga petang semalam.
KFC ada lebih 60 restoran di 21 bandar di Pakistan.
Rangkaian itu juga mempunyai cawangan di 21 bandar raya di rantau Timur Tengah.
Laporan CNN menyebut bahawa pada 14 September lalu, penunjuk perasaan yang memprotes filem Innocense of Muslims telah menyerang sebuah restoran KFC dan dua lagi francais AS iaitu Hardee's dan Krisphy Kreme di Tripoli, Lubnan.
"Beberapa restoran jenama AS di Tripoli juga rosak termasuk satu restoran KFC," katanya lagi.
p/s: kalau rasa post ni menarik share la ye / if you like this post please share it

0 comments:
Komen anda amat dihargai. Tapi jangan komen sesuatu yang boleh menyinggung perasaan dan melanggar undang-undang. Admin tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua yang ditulis dan penulisan anda tidak mewakili pandangan Admin.