Ketua Operasi Google Ditahan Polis
SAO PAULO: Polis semalam menahan Ketua Operasi Google Brazil ekoran keengganannya memadamkan video YouTube yang didakwa memfitnah seorang calon datuk bandar.
Bagaimanapun, polis berkata, disebabkan jenayah dikaitkan dengan Fabio Jose Silva Coelho itu “berpotensi rendah untuk menyinggung” pihak terbabit, dia tidak ditahan di penjara, sebaliknya dibebaskan selepas memberi persetujuan bertulis untuk hadir di mahkamah. Sebuah mahkamah pilihan raya berkata, Silva Coelho melakukan kesalahan apabila tidak memadamkan dua video yang “memfitnah, menghina dan memalukan” calon Datuk Bandar Campo Grande, Alcides Bernal.
Melalui video itu, Bernal antara lain didakwa menggalakkan amalan pengguguran janin, mabuk, penderaan fizikal ke atas kanak-kanak dan bersikap prejudis terhadap golongan tidak bernasib baik.
Tribunal di tenggara Mato Grosso do Sul juga meminta Google menyekat YouTube di bandar Campo Grande atau seluruh negeri itu selama 24 jam. Pusingan pertama Pilihan Raya Perbandaran di lebih 5,000 bandar di Brazil dijadual diadakan 7 Oktober ini. Semalam juga, sebuah mahkamah di Brazil mengarahkan Facebook membayar seorang wanita yang menggunakan rangkaian sosial itu sebanyak AS$1,500 (RM4,614) sebagai pampasan moral kerana gagal memadamkan sebuah profil palsu mengandungi nama dan maklumat peribadinya. Dalam kenyataannya, Mahkamah Daerah Persekutuan di Brasilia berkata, Facebook Brazil perlu membayar pampasan itu kerana menyebabkan imej wanita terbabit terjejas. Maklumat itu, kata plaintif, mengandungi gambar dan maklumat peribadinya yang dipos pihak ketiga. - AFP
p/s: kalau rasa post ni menarik share la ye / if you like this post please share it

0 comments:
Komen anda amat dihargai. Tapi jangan komen sesuatu yang boleh menyinggung perasaan dan melanggar undang-undang. Admin tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua yang ditulis dan penulisan anda tidak mewakili pandangan Admin.