Kandang Harimau Atas Apartment


BANGKOK: Seorang lelaki ditahan dan didakwa memelihara enam ekor harimau secara haram di atas bumbung sebuah bangunan apartmen di pinggir bandar raya ini, semalam.


Penahanan itu dibuat selepas polis melakukan serbuan terhadap rangkaian sindiket penyeludupan harimau terbesar di negara itu. Polis Perhilitan mendapati empat harimau dewasa dan dua harimau anak harimau dikurung dalam kurungan berkarat di bumbung bangunan apartmen empat tingkat di kawasan penempatan di Pathum Thani.


Polis berkata, penjaga bangunan apartmen itu memberitahu dia memiliki haiwan berkenaan, tetapi hanya dibenarkan untuk memelihara dua daripadanya.

Surasak Bunthienthong, 28, sebelum ini pernah didakwa kerana memiliki haiwan spesies terancam secara haram.

Pegawai polis bertugas, Leftenan Kolonel Adtapon Sudsai berkata, siasatan mendapati apartmen itu adalah lokasi transit untuk jual beli harimau di negara itu di mana harimau dijual secara haram untuk kulit, organ dan taringnya. - Bangkok Post

p/s: kalau rasa post ni menarik share la ye / if you like this post please share it

”Gadget Information”

Kandang Harimau Atas Apartment


2 comments:

  1. wah.. mcm nk jer bela sekor~..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak larat ohhh hari2 nak beli ayam ngan daging nak bg makan

      Delete

Komen anda amat dihargai. Tapi jangan komen sesuatu yang boleh menyinggung perasaan dan melanggar undang-undang. Admin tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua yang ditulis dan penulisan anda tidak mewakili pandangan Admin.

Blog Ping Tool