Mau Terlepas Kontrak Lumayan Nih | Jep Sepahtu


BAGAI menjadi satu trend, apabila seseorang selebriti berada di puncak, pasti ada sahaja pihak yang mahu melihat seseorang itu jatuh tersungkur.


Biarpun tidak menyalahkan mana-mana pihak, Mohd Nadzri Zainal Abidin atau lebih mesra dikenali sebagai Jep, menganggap segala yang berlaku adalah ujian dari ALLAH SWT atas kesilapan yang mungkin pernah dilakukan dulu.

Mengakui terbit rasa kesal di hati, Jep yang juga ahli Sepahtu bersama Shuib berkata, dia reda jika mungkin kehilangan satu kontrak dengan amaun yang cukup besar buatnya.

“Baru-baru ini, tersiarnya artikel dengan tajuk yang cukup besar ‘Jep Besar Kepala’, tetapi pada saya mempunyai inti pati yang sangat bercelaru. Dalam artikel tersebut menjelaskan, saya besar kepala kerana meminta lokasi sebuah penggambaran ditukar, saya menerima bayaran yang lebih tinggi dari Shuib yang turut berlakon dalam drama itu kerana saya bercinta dengan penerbit.

“Saya akui agak kesal kerana wartawan terbabit tidak menghubungi saya bagi mendapat kepastian sebelum mengeluarkan artikel terbabit.

Kesannya, sebuah syarikat yang pada mulanya menawarkan saya menjadi duta produk mereka mengambil keputusan untuk mengadakan perbincangan semula mengenai tawaran itu.

“Malah, jika bukan rezeki, saya mungkin akan kehilangan kontrak yang mempunyai menawarkan bayaran yang cukup tinggi buat saya,” jelasnya kepada Zass.

Menjelaskan situasi sebenar, Jep berkata, dia sebenarnya bukan sahaja terlibat sebagai pelakon dalam satu produksi drama tetapi juga turut terlibat dalam penulisan skrip, bahkan idea asal drama tersebut datang darinya sendiri.

Katanya, jika benar dia sudah besar kepala, mengapa dia tidak merungut apabila diminta menjalani penggambaran pada jam tiga petang di Pantai Klebang, Melaka sebelum itu.

“Ketika tiba di klinik berkenaan, saya lihat banyak fail mengenai pesakit HIV dan lokasi penggambaran itu dilakukan di sebuah bilik di dalam klinik berkenaan. Namun, yang membuatkan saya rasa tidak sesuai kerana sudah tertulis peringatan dari pihak Agensi Anti Dadah Kebangsaan- bilik ini bukan tempat beristirahat.

“Jadi saya fi kir, tidak sesuai tempat tersebut dijadikan lokasi kerana sudah ada peringatan sebegitu dan ia juga melibatkan faktor keselamatan. Bukan hanya keselamatan saya seorang tetapi semua yang terlibat. Saya rasa apa salahnya tukar lokasi yang lebih sesuai dan bukannya hanya ada satu sahaja klinik di negeri Melaka.

"Tuduhan saya menerima bayaran tinggi kerana bercinta dengan penerbit, kesian penerbit itu, tak pasal-pasal dia dapat nama.

“Drama itu idea asal dari saya, saya juga membantu dalam penulisan skrip, jadi tentulah saya terima bayaran lebih dan Shuib juga tahu mengenai perkara itu. Malah, saya lihat ada juga konspirasi untuk melagakan saya dan Shuib,” jelasnya.

Ambi l tindakan ?

JEP berkata, setelah artikel tersebut tersiar, banyak pihak menghubunginya bagi mendapatkan penjelasan termasuk keluarganya.

Malah, beberapa teman artis turut menasihatkan Jep untuk mengambil tindakan undang-undang, kerana menyebabkan periuk nasinya terjejas.

“Orang yang kenal saya, tahu saya macam mana. Tapi orang yang tak kenal saya, yang membaca artikel itu, tentu mereka akan bercakap macam-macam mengenai saya.

“Namun begitu, saya tidak berdendam dengan individu yang menulis artikel berkenaan. Saya bukan jenis yang begitu dan sudah maafkan dia. Saya anggap ini kesilapan pertamanya dan semua orang buat silap.

“Malah saya juga tidak terfikir untuk mengambil tindakan undang-undang. Saya tak mahu cari duit dengan cara saman menyaman. Namun, jika saya ada buat silap pada sesiapa, saya dengan rendah diri memohon maaf. Mungkin jika saya terlepas tawaran itu, ia bukan rezeki saya,” ujar jejaka berusia 27 tahun ini.

Mura h r ezek i

BAGAIMANAPUN, menyentuh mengenai karier seninya, Jep berkata, dia bersyukur kerana rezekinya begitu murah selepas memenangi Maharaja Lawak Mega (MLM).

Katanya, biarpun Sepah telah berkubur, namun mereka masih berhubung baik dengan Mamat dan tidak kisah andai digandingkan bersama-sama.

“Saya akui selepas berakhir MLM, rezeki saya memang tidak putus-putus. Begitu juga Shuib. Malah sehingga penghujung Syawal ini, ada saya undangan pengacaraan pentas yang kami terima.

“Selain itu, saya dan Shuib baru sahaja selesai menjalani penggambaran program Betul Ke Bohong untuk dua musim lagi.

“Hujung September ini pula, saya, Shuib dan Mamat akan memasuki set penggambaran drama 13 episod untuk siaran RTM. Namun judul drama itu mungkin ditukar kerana mereka berhasrat menggunakan nama Boria Sepah. Tapi pada saya ia tak sesuai lagi kerana Sepah sememangnya dah berkubur. Cuma jika digandingkan saya tiada masalah,” jelasnya.

Menyentuh mengenai kehidupan peribadinya, Jep berkata, dia belum bersedia untuk menamatkan zaman bujang dalam masa terdekat ini, apatah lagi belum bertemu calon.

Katanya, dia mahu mengukuhkan kewangan dan kariernya sebelum berfi kir untuk mendirikan rumah tangga.

“Bila lihat Shuib dan keluarga, bohonglah kalau saya tak cemburu. Tapi buat masa ini biarlah saya sendiri dulu. Saya ini jenis kalau dah fikir, saya akan serius ke arah itu dan akan dapatkan,” katanya.

[kredit]

p/s: kalau rasa post ni menarik share la ye / if you like this post please share it

Mau Terlepas Kontrak Lumayan Nih | Jep Sepahtu


0 comments:

Komen anda amat dihargai. Tapi jangan komen sesuatu yang boleh menyinggung perasaan dan melanggar undang-undang. Admin tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua yang ditulis dan penulisan anda tidak mewakili pandangan Admin.

Blog Ping Tool