Foxconn Tutup Kilangnya Di China
TAIPEI: Syarikat Foxconn Technology Group yang memasang iPhone keluaran Apple dan membuat komponen syarikat elektronik global utama dunia menutup kilang mereka di China, semalam, selepas kira-kira 2,000 pekerjanya terbabit dalam pergaduhan di asrama.
Laporan lain menyatakan, kira-kira 10 orang terbunuh dalam kejadian itu tetapi ia tidak dapat disahkan.
Tidak dapat dipastikan berapa lama kilang dengan 79,000 pekerja itu akan ditutup.
Ia terletak di bandar Taiyuan. Jurucakap polis berkata, mereka masih menyiasat punca kekecohan itu. Foxconn pula mendakwa, pergaduhan tercetus akibat perselisihan faham peribadi yang merebak menjadi pergaduhan besar.
Sumber lain pula mendakwa, pengawal kilang memukul pekerja menyebabkan berlaku rasa tidak puas hati. Jurucakap Foxconn berkata, kilang itu terpaksa ditutup bagi membolehkan siasatan dijalankan. Pergaduhan itu adalah insiden terbaru di kilang dikendali Foxconn.
Kenyataan media Foxconn pula mendakwa, pertelagahan peribadi berlaku di kalangan beberapa pekerja kira-kira jam 11 malam kelmarin. Bagaimanapun, ia dapat dikawal dengan kehadiran polis kira-kira jam 3 pagi. Komen yang dipos di Internet pula mendakwa, pengawal keselamatan patut disalahkan dalam insiden itu. Seorang pengguna blog mikro Sina Weibo dikenali sebagai “Jo-Liang” berkata, empat atau lima pengawal membelasah seorang pekerja sehingga hampir mati. Pengguna lain pula berkata, disebabkan berang dengan tindakan pengawal itu, sesetengah pekerja membakar cadar. - Reuters
p/s: kalau macam ni lambat la fan iphone5 dapat set korang..

0 comments:
Komen anda amat dihargai. Tapi jangan komen sesuatu yang boleh menyinggung perasaan dan melanggar undang-undang. Admin tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua yang ditulis dan penulisan anda tidak mewakili pandangan Admin.