Senarai 5 Filem Paling Mengerikan


AMARAN;Entri kali ini mengandungi gambar-gambar yang mengerikan bagi sesetengah pembaca.

Apa khabar pembaca semua, adakah anda suka filem ganas dan brutal? Adakan anda fikir filem-filem seperti SAW dan Final Destination cukup brutal? Jika jawapan anda adalah ya, anda tidak akan berani untuk menonton filem-filem yang admin akan senaraikan di dalam entri ini. Filem-Filem yang admin senaraikan dibawah adalah berdasarkan review penonton dan filem-filem ini adalah jauh lebih ganas daripada SAW dan Final Destination.


5) Cannibal


Jangan keliru dengan tajuk filem ini kerana ini bukannya filem Cannibal klasik. Filem ini diterbitkan pada tahun 2006 dan ianya adalah berdasarkan kisah benar. Filem ini mengisahkan tentang seorang lelaki yang mencari lelaki lain.....untuk dimakan.


4) Grotesque


Ini adalah sebuah filem Jepun yang mengisahkan tentang seorang lelaki dan wanita yang diculik oleh seorang lelaki sadistik. Lelaki dan wanita tersebut kemudiannya diletakkan di sebuah bilik gelap dan saya rasa anda mampu membayangkan apa yang berlaku seterusnya berdasarkan gambar diatas.


3) Flower of flesh and blood


Ini juga sebuah filem Jepun yang mengisahkan tentang seorang lelaki gila yang berpakaian baju samurai yang menculik seorang wanita dan membawanya kerumah. Selepas itu, lelaki tersebut mula mengerat-ngerat anggota badan wanita tersebut.


2) Men behind the sun


Ini adalah sebuah filem Hong Kong dan ia mengisahkan tentang tentera Jepun yang menghantar banduan Russia dan Cina ke unit 731. Selepas itu, banduan-banduan tersebut akan menjadi bahan ujikaji kepada ekperimen yang mengerikan.


1) Philosophy of a knife


Ini adalah sebuah filem yang berdasarkan kisah sebenar unit 731. Filem ini mengandungi temu ramah, gambar-gambar lama, dan juga lakonan semula tentang apa yang sebenarnya berlaku di unit 731


Filem-filem yang admin senaraikan diatas adalah sangat ganas dan mengerikan. Filem-filem ini adalah tidak sesuai untuk ditonton oleh orang yang lemah semangat juga yg dibawah umur. Jika anda tidak tahan untuk melihat filem seperti SAW, Hostel dan juga Final Destination, lupakan hasrat anda untuk menonton filem-filem ini.

[sumber]

p/s: kalau rasa post ni menarik share la ye / if you like this post please share it

Senarai 5 Filem Paling Mengerikan


0 comments:

Komen anda amat dihargai. Tapi jangan komen sesuatu yang boleh menyinggung perasaan dan melanggar undang-undang. Admin tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua yang ditulis dan penulisan anda tidak mewakili pandangan Admin.

Blog Ping Tool