Saintis Mercun Tanah Air Hancur Tangan Kanan


KOTA BHARU: Eksperimen tak menjadi. Itulah nasib dua sahabat yang cuba meletupkan 20 biji mercun bola dalam bekas plastik di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC), dekat Tunjong, di sini, semalam.

NGERI...keadaan pergelangan tangan kanan Mohd Shahril yang hancur.

Akibatnya kedua-dua mangsa itu bukan sahaja bertempiaran menyelamatkan diri, sebaliknya menahan kesakitan dengan seorang hancur pergelangan tangan kanan dan rakannya melecur beberapa bahagian badan dan mata kabur.

Dalam kejadian jam 11 pagi itu, mangsa Mohd Shahril Afendi, 20, dan Mohd Ahmad Ismail, 19, yang juga pekerja kedai buah di kawasan berkenaan baru habis bekerja dan mengisi masa terluang dengan bermain mercun.

"Dua hari sebelum kejadian mereka dilihat bermain mercun buatan sendiri yang dihasilkan menggunakan karbaid yang dimampatkan di dalam 'starter' (penghidup) lampu."

Mereka kemudian ke kawasan lapang di belakang kedai dan mengumpulkan 20 biji mercun bola dalam sebuah bekas plastik sebelum Mohd Shahril cuba mencucuh sumbunya, tetapi tidak menyala dan sekali lagi mencuba sebelum mercun itu meletup.

Pergelangan tangan kanan Mohd Shahril hancur dengan satu jarinya terpelanting di atas tanah manakala Mohd Ahmad melecur di beberapa bahagian badan serta matanya kabur selepas terkena percikan api mercun. - harianmetro



p/s: kalau rasa post ni menarik share la ye / if you like this post please share it


0 comments:

Komen anda amat dihargai. Tapi jangan komen sesuatu yang boleh menyinggung perasaan dan melanggar undang-undang. Admin tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua yang ditulis dan penulisan anda tidak mewakili pandangan Admin.

Blog Ping Tool