Samurai Melayu Serang Jabatan Perdana Menteri
Seorang wanita dan lelaki tiba-tiba cuba menceroboh Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri di sini sambil membawa pedang samurai!
Kekecohan bermula apabila mereka berdua kelihatan masuk di pondok pengawal keselamatan pada pukul 2.30 petang tadi.
Lelaki bertubuh sasa dan tidak berbaju itu bersama pasangannya yang berhijab hitam.
Bagi mengelak kejadian tidak diingini pasangan tersebut diminta masuk ke perkarangan bangunan.
Bagaimanapun, kedua-duanya bertindak ganas memecahkan sebuah Perodua Kancil dan dua Proton Waja di tempat letak kereta tidak jauh dari bangunan B1 yang menempatkan Biro Pengaduan Awam.
Anggota polis yang tiba di tempat kejadian cuba memujuk pasangan tersebut bagaimanapun gagal memaksa tembakan dilepaskan.
Suspek lelaki yang berseluar jeans cedera di tangan kiri, manakala pasangannya di paha kanan.
Kedua-dua dibawa ke Hospital Putrajaya untuk rawatan lanjut.
Kedua-dua suspek dikatakan memberitahu mahu menggulingkan kerajaan dan melaungkan perkataan takbir beberapa kali.
*Sementara itu TheStar Online dan NTV7 melaporkan lelaki yang dibawa mati semasa menerima rawatan di hospital..
*Sementara itu TheStar Online dan NTV7 melaporkan lelaki yang dibawa mati semasa menerima rawatan di hospital..
p/s: kalau rasa post ni menarik share la ye / if you like this post please share it













0 comments:
Komen anda amat dihargai. Tapi jangan komen sesuatu yang boleh menyinggung perasaan dan melanggar undang-undang. Admin tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua yang ditulis dan penulisan anda tidak mewakili pandangan Admin.