Bila Wanita Bertudung Jadi Model Iklan Ubat
Sebelum ini, pernah kecoh sebentar dengan isu berkenaan iklan gel perapat yang disiarkan dengan meluas melalui media cetak dan sosial.
Iklan itu (gambar di atas), memperlihatkan modelnya siap menggigit lidah lagi berserta dengan kata-kata yang hanya sesuai antara suami dan isteri.
Itu bukan iklan yang pertama dan terakhir.
Nampaknya, trend seumpama itu semakin menjadi-jadi apabila semakin banyak pengiklan yang berani menampilkan wanita-wanita bertudung sebagai model iklan disertakan testimoni ‘l***h’.
Bukan tidak boleh menggunakan wanita bertudung sebagai model, tetapi caranya perlulah dengan produk yang sesuai.
Bukan itu sahaja, pengiklan kini berani menggunakan wajah wanita bertudung bersama pendapat testimoni yang tidak sesuai bagi tatapan umum.
Dengan ‘headline’ – ‘Suami Lemas Dalam Dakapan’ kisah mesra suami isteri pun didedahkan.
Si model pula seolah-olah bangga menunjukkan asetnya pada umum tanpa rasa segan silu.
Malah, si model turut berkongsi pengalaman ‘luar dan dalam kain’ bersama si suami.
“Dulu suami ejek macam nasi lemak 20 sen” …antara baris ayat yang digunakan dalam iklan berkenaan. Perlu ke ayat -ayat seperti ini? Suami pun tak guna jugak kalau sebut camtu pada isteri dia.
Itu belum mengambil kira ayat seperti kemut, bergetah dan macam-macam lagi.
Kononnya produk yang dihasilkan sangat hebat sehingga dari muka sedih , berubah kepada muka penuh ceria.
Mungkin ada lagi cara lain yang boleh digunakan oleh pengiklan untuk melariskan produk mereka.
Bagaimana jika bangsa atau penganut agama lain melihat iklan sebegini? Pasti akan timbul satu persepsi terhadap wanita bertudung.
Pada pendapat admin, menggunakan model wanita bertudung serta memberi testimoni yang berunsur lucah bukan sahaja mengaibkan diri model itu malah kepada orang Islam secara umumnya.
Justeru, pihak-pihak berkuasa yang bertanggungjawab dalam hal ini seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Kementerian Dalam Negeri serta jabatan-jabatan berkaitan perlu memantau masalah seperti ini dari terus berleluasa.
Garis panduan yang lebih ketat juga harus diwujudkan kepada mereka yang berkenaan dengan penerbitan sebegini.
Apa pendapat anda?
sumber: mynewshub
p/s: kalau rasa post ni menarik share la ye / if you like this post please share it













adoihai.. pikirkan keuntungan tanpa pikir betul atau salah, buruk atau baik...
ReplyDeleteyang jadi model tu pun satu hal gak tak pikir panjang..
ReplyDelete