[Berita] Penduduk Berang Batu Nisan Dilonggok Belakang Stor
KANGAR - Projek menambak dan membersihkan Tanah Perkuburan Islam Tok Kembung, Repoh di sini menimbulkan kontroversi apabila waris dan penduduk sekitar mempersoalkan tindakan pekerja sebuah syarikat kontraktor mencabut batu nisan lebih 100 kubur sebelum dilonggokkan di belakang sebuah stor dekat situ sejak sejak Khamis lalu.
Antara yang terlibat ialah kubur seorang jurutera komputer, Allahyarham Noor Suzaily Mukhtar, 24, mangsa dicekik, dirogol dan diliwat dalam sebuah bas di Klang pada akhir tahun 2000 apabila batu nisannya turut dicabut.
Seorang penduduk, Shuib Abd. Rahman, 62, sedih melihat longgokan batu nisan di situ yang dicabut tanpa diletakkan tanda manakala pokok yang ditebang terbiar begitu sahaja.
"Tergamak mereka buat begini pada tanah perkuburan.
"Masalah timbul jika ada waris tidak pasti kedudukan sebenar kubur ahli keluarga mereka selepas batu nisannya dicabut," katanya.
Menurut Shuib, kubur ibu bapanya turut menjadi mangsa kerakusan para pekerja syarikat kontraktor itu apabila batu nisannya telah tiada manakala kawasan kuburnya pula ditimpa pokok besar yang tidak dialihkan. - kosmo
p/s: kalau rasa post ni menarik share la ye / if you like this post please share it











cerdik sangat la cabut batu nisan macam tu saja.. kan dan mnyusahkan keluarga si mati untuk mengenal pasti kedudukan sebenar kubur.. sekarang kubur dah terbiar dengan keadaan xteratur.. kalau nak cabut sekali pun, tanda..! :/ emo pulak..
ReplyDeletememang kontraktor ni kurang ajar dan kurang ilmu betul nak buat kerja tu biar la tersusun senang waris2 nanti ini sah boleh salah letak nisan dengan kubur lain ni
Delete