[Berita] Disiplin Tentera Sebati Dalam Diri, Anjang Aki

Datuk Baharuddin Omar atau lebih dikenali Anjang Aki selepas menerima Pingat Jasa Malaysia (PJM) daripada Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Kementerian Pertahanan

KUALA LUMPUR: “Tidak ramai tahu saya bekas tentera tetapi saya menganggap semua pengalaman sebagai tentera adalah kenangan manis yang sukar dilupakan,” kata pelakon veteran, Datuk Baharuddin Omar atau lebih dikenali Anjang Aki selepas menerima Pingat Jasa Malaysia (PJM) daripada Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Kementerian Pertahanan, di sini, semalam.

Menurutnya, pengalaman 18 tahun berkhidmat dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dari 1956 hingga 1974 sentiasa terpahat dalam ingatan walaupun selepas itu menyertai Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan berkhidmat sebagai produser drama radio.


“Susah untuk saya ceritakan pengalaman pahit kerana ketika menjadi tentera, saya menganggap ia suatu yang manis untuk dikenang. Saya pernah dihantar berkhidmat di Congo dan Sabah tetapi saya pergi atas kerelaan sendiri,” katanya. Pelakon berusia 76 tahun itu berkata, pengalamannya sebagai tentera banyak mengajar semangat disiplin tinggi hingga masih membawa semangat itu apabila menjadi pelakon. “Disiplin tentera masih sebati dalam diri hingga saya selalu datang 15 minit lebih awal ke lokasi penggambaran drama sebelum bermula. Menariknya, saya juga pernah membawa watak tentera dalam lakonan,” katanya yang pernah menjawat pangkat staf sarjan.

Beliau antara lapan penerima PJM diraikan pada Majlis Penyerahan PJM, Penyerahan Cek Rayuan Hari Pahlawan 2011 kepada pertubuhan, persatuan dan kelab veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta sumbangan cek kepada Yayasan Veteran ATM.

Pada majlis itu, turut berkongsi kenangan manis selaku penerima PJM ialah pelakon komedi terkenal, Hamid Abdul Rahman atau Hamid Gurkha yang bersyukur dan gembira dengan anugerah itu sebagai mengenang jasanya dalam perkhidmatan tentera selama tujuh tahun berpangkat prebet. - mymetro

p/s: kalau rasa post ni menarik share la ye / if you like this post please share it

0 comments:

Komen anda amat dihargai. Tapi jangan komen sesuatu yang boleh menyinggung perasaan dan melanggar undang-undang. Admin tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua yang ditulis dan penulisan anda tidak mewakili pandangan Admin.

Blog Ping Tool