[Berita] Bekalan Air Di Lembah Klang kritikal


KUALA LUMPUR – Meskipun jumlah kawasan yang terlibat dengan masalah gangguan bekalan air bersih di sekitar Lembah Klang telah berkurangan, namun situasi semasa permintaan air bersih di Lembah Klang dilaporkan masih berada pada tahap kritikal.

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) melalui satu kenyataan media memberitahu, rekod pada minggu in mendapati purata permintaan bekalan air bersih di Lembah Klang masih berada pada tahap yang tinggi iaitu 4,324.79 JLH (Juta Liter Sehari).

“Pengeluaran air bersih di loji rawatan air yang diuruskan Puncak Niaga (M) Sdn. Bhd. (PNSB), Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn. Bhd. (SPLASH) dan Konsortium ABASS masih di tahap pengeluaran maksima iaitu 4,371 JLH dan rezab bekalan air bersih juga didapati dalam keadaan kritikal iaitu 1.06 peratus sahaja pada minggu ini,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, atas faktor tersebut maka Syabas terpaksa terus mengaktifkan Pelan Tindakan Kecemasan di Kuala Lumpur, Hulu Langat dan Klang di Selangor supaya dapat membuat pemantauan situasi semasa secara berterusan.

Justeru, kata kenyataan itu, Syabas menasihatkan pengguna air bersih supaya terus mengurangkan penggunaan air dan menggunakannya dengan berhemah.

Tambah kenyataan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin membuat laporan berkaitan bekalan air boleh menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan Syabas di talian bebas tol 1-800-88-5252.


p/s: kalau rasa post ni menarik share la ye / if you like this post please share it

0 comments:

Komen anda amat dihargai. Tapi jangan komen sesuatu yang boleh menyinggung perasaan dan melanggar undang-undang. Admin tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua yang ditulis dan penulisan anda tidak mewakili pandangan Admin.

Blog Ping Tool