[Hiburan] Betul Ke Tiz Zaqyah Tak Layan Remy Ishak, Kesian


Umum mengetahui yang dua orang pelakon hebat tanah air, Remy Ishak dan Tiz Zaqyah mempunyai hubungan cinta.


Sebelum ini, ada juga timbul cerita kurang enak yang mengatakan hubungan mereka sudah pun berhenti tetapi dinafikan oleh kedua-duanya kerana tidak mahu cerita peribadi lebih terserlah dari cerita kerjaya mereka masing-masing.

Namun, cerita cinta mereka kembali dilanda kontroversi! Benarkah Remy dan Tiz Zaqyah sedang bergaduh?

Kalau dilihat gelombangnya, seperti besar sahaja cerita gaduh mereka.

Menerusi blog gosip hiburan Beautifulnara.com, Remy dikatakan ‘angin’ dengan sikap Tiz Zaqyah.

Semuanya kerana dia yang dimasukkan ke hospital kerana demam panas, Tiz Zaqyah langsung tidak mengambil tahu akan perkembangan diri Remy yang ditahan di wad hospital.

Semua orang tahu, Remy adalah lelaki yang tidak gemar menceritakan perihal peribadinya kepada umum lebih-lebih lagi menggunakan laman sosial untuk bercerita.

Tetapi, entah kenapa Remy secara tiba-tiba ‘berani’ meluahkan sesuatu di laman Twitternya.

Twitter Remy

Ayat-ayat yang digunakan pula terang ditulis untuk kekasihnya sendiri.

Dengan jelas, Remy ternyata sedih dirinya tidak dipedulikan oleh Tiz Zaqyah dan mengibaratkan dirinya dilayan seperti sampah.

Lebih mengejutkan, Tiz Zaqyah yang tidak mempunyai akaun Twitter telah memuat naik status di Facebook FanPagenya dengan kata-kata sebagai balasan terhadap kenyataan Remy.

‘status’ Tiz Zaqyah

Namun, ‘status’ Tiz Zaqyah itu telah dipadam tidak lama selepas itu.

Persoalannya, benarkah mereka bergaduh? Apa-apa pun, semoga hubungan cinta mereka kekal sehingga dapat mendirikan masjid satu hari nanti. InsyaAllah, amin!



p/s: kalau rasa post ni menarik share la ye / if you like this post please share it

0 comments:

Komen anda amat dihargai. Tapi jangan komen sesuatu yang boleh menyinggung perasaan dan melanggar undang-undang. Admin tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua yang ditulis dan penulisan anda tidak mewakili pandangan Admin.

Blog Ping Tool