Kenapa Sibuk Sangat nak Main Muzik?


Isu yang selalu digembar gemburkan apabila melihat anak muda bermain muzik ialah 'bermain muzik haram'. Amat malang sekali kalau pemikiran ini ditanam dikalangan orang islam sendiri. Kenapa tak dilihat sejarah tokoh2 islam yang aktif dalam bidang muzik. Kalau nak diikutkan, tokoh islam lah yang banyak mengembangkan muzik secara ilmiah dan tersusun. Jadi kenapa perlu untuk terus memetik gitar yang ada?. Kepada yang berkarya, teruskan perjuangan dengan karya2 yang unik di telinga manusia. Korang baca dulu apa persamaan korang dengan tokoh2 islam yang terdahulu... Kalau diorg masih hidup, tentu diorg pun akan terkejut mendengar muzik di abad ini...
  
HEI WALLEI WALLEI!!!!
Muzik boleh ditakrifkan sebagai bunyi yang menghasilkan bentuk dan irama yang 
indah dan menyenangkan (Mahayudin, 2004). Bangsa Yunani dikatakan perintis dalam
bidang seni muzik. Namun begitu setelah kedatangan Islam, orang-orang Islam telah
memajukannya. Perkembangan seni muzik berlaku pesat pada zaman pemerintahan
Kerajaan Abbasiyah di mana kebolehan menyanyi dan bermain alat muzik dijadikan pra
syarat untuk diterima bekerja (Mohd Mokhtar, 1993). Kesannya, lahirlah ramai tokohtokoh
terkemuka yang arif dalam bidang muzik seperti al-Farabi dan al-Kindi. 


Al-Farabi 
Nama sebenar al-Farabi ialah Abu Nasr Muhammad Ibn Muhammad Ibn Tarkhan
(Haliza, 2006). Beliau dilahirkan pada 260 Hijrah (874 Masihi) di Khurasan, Turki.
Beliau banyak menyumbang dari segi pemikiran serta penghasilan buku dalam bidang
falsafah, mantik, sosiologi, sains dan muzik. 

Di dalam seni muzik, al-Farabi merupakan seorang pemuzik yang handal dan lagu hasil
karya beliau meninggalkan kesan secara langsung kepada pendengarnya. Selain
mempunyai kemampuan bermain alat muzik, beliau juga berjaya mencipta sejenis alat
muzik yang dikenali sebagai gambus (Umar, 1983). Mahayudin (2004) pula menyatakan
bahawa al-Farabi adalah pencipta dan pengembang seni muzik daripada alat rabah dan
qanun.

Al-Farabi turut menghasilkan sebuah buku yang mengandungi pengajaran dan teori
muzik Islam yang diberi judul al-Musiqa (Haliza, 2006, Mahayudin, 2004, Abd Alim dan
Syed Idrus, 1995). Menurut Mahayudin (2004), beliau juga terkenal menerusi karyanya
yang diterjemahkan bertajuk Grand Book on Music, Styles in Music dan On The
Classification of Rhythm. Buku-buku ini sebenarnya diterjemahkan daripada karya
bahasa Arab dan menjadi rujukan penting di Eropah. Selain itu, beliau juga memberi
sumbangan yang besar dalam penciptaan not-not muzik.


Al-Kindi
Nama sebenar al-Kindi ialah Abu Yusuf Ya’qub Ibn Ishaq al-Kindi.  Beliau dilahirkan di
Kufah sekitar tahun 800 Masihi (Dipetik di http://www.muslimheritage.htm). Beliau
merupakan seorang yang pakar dalam bidang muzik dan banyak menghasilkan bukubuku
mengenai teori-teori muzik. Banyak karyanya telah diterjemahkan kepada bahasa-bahasa Eropah antaranya, Essentials of Knowledge in Music, On The Melodies dan The Necessary Book in the Composition of Melodies (Mahayudin, 2004).  

Al-Kindi juga telah berjaya menemui pelbagai not muzik yang mana apabila
digabungkan akan menghasilkan harmoni. Mengikut beliau, nada-nada suara yang terlalu
rendah dan terlalu tinggi adalah tidak seimbang dan tidak menyenangkan (Dipetik di
http://www.muslimphilosophy.com). Al-Kindi juga berpendapat bahawa muzik termasuk
dalam disiplin ilmu sains, di samping turut berhubung rapat dengan matematik dan
memberi kesan terhadap kesihatan (Mahmood Zuhdi, 2003).


Muhyiddin Ibn Arabi
Beliau merupakan seorang ahli muzik Islam yang terkenal. Karya-karyanya banyak
berkisar tentang alat-alat muzik (Mahayudin, 2004). Di dalam bukunya beliau
menerangkan bahawa Islam mencadangkan agar seni muzik dipertingkatkan.


Safi al-Din Abd al-Mu’min
Beliau merupakan orang yang pertama sekali membina sekolah muzik. Malahan, beliau
turut menghasilkan beberapa karya muzik menerusi Syarifiya dan Modus Muzik
(Mahayudin, 2004). Beliau turut digelar ’Father of Music’ oleh ahli muzik Barat yang
mengagumi hasil karya seninya.


Shams al-Din Muhammad bin Safi al-Din
Beliau adalah anak kepada Safi al-Din yang juga merupakan pakar dalam bidang muzik
yang terkenal. Terdapat buku-buku hasil ciptaannya yang diterjemahkan seperti The
Jewels of Arrangement in the Knowledge of the Melodies (Mahayudin, 2004).


Al-Isfahani
Beliau merupakan seorang yang pakar dalam seni muzik. Hasil karya beliau yang begitu
terkenal ialah al-Aghani dan telah diterjemahkan ke dalam bahasa Eropah dengan nama
The Grand Book of Songs yang mengandungi 21 jilid (Mahayudin, 2004).


Khalil bin Ahmad
Beliau ialah orang yang pertama berjaya menghasilkan kamus muzik yang telah
diterjemahkan bertajuk The Book Notes dan The Book of Rhythm (Mahayudin, 2004).
Hasil karya beliau ini telah dijadikan sebagai buku teks rujukan bagi pelajar-pelajar
universiti di Sepanyol (Mahayudin, 2004).

Al-Urmawi
Nama sebenar beliau ialah Abd al-Mu’min Ibn Yusuf Ibn Fakhir (Dipetik di
http://www.muslimheritage.com). Beliau dilahirkan pada tahun 1230 Masihi. Al-Urmawi 
begitu dikenali kerana beliau merupakan seorang pembuat biola dan juga ahli muzik pada
zaman Khalifah al-Musta’sim.

Berdasarkan fakta-fakta di atas dapat disimpulkan bahawa orang-orang Islam bukannya
mencedok ilmu muzik daripada masyarakat Yunani tetapi telah terbukti mereka begitu
kreatif dalam penghasilan karya muzik yang tersendiri.


p/s: kalau rasa post ni menarik share la ye / if you like this post please share it

0 comments:

Komen anda amat dihargai. Tapi jangan komen sesuatu yang boleh menyinggung perasaan dan melanggar undang-undang. Admin tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua yang ditulis dan penulisan anda tidak mewakili pandangan Admin.

Blog Ping Tool